SINOPSIS & REVIEW MOVIE | EVIL DEAD (2013) : KISAH PEMBEBASAN IBLIS YANG KEJAM - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 17, 2015

SINOPSIS & REVIEW MOVIE | EVIL DEAD (2013) : KISAH PEMBEBASAN IBLIS YANG KEJAM


Kisah 5 sahabat. Mia (Jane Levy) adalah seorang penagih dadah dari keluarga yang porak peranda. Dia ada seorang abang bernama David (Shilloh Fernandez).

Mereka bercadang untuk ke sebuah kabin milik ibu mereka di tengah Nameless Forest bersama dengan sahabat mereka Olivia (Jessica Lucas), Natalie (Elizabeth Blackmore) dan Eric (Lou Taylor Pucci).


Tujuan diorang just nak sembuhkan si Mia ni dan jauhkan dia dari najis dadah dan mulakan kehidupan baru. Tapi tujuan asal diorang ni berganti dengan malapetaka pulak kat kabin tu. Sebabnya? Si Eric ni tadi tak sengaja pergi baca mantera dalam buku misteri yang dia jumpa kat kabin tu..

Mantera tu pulak adalah mantera membebaskan iblis kejam yang dikurung beberapa tahun dulu. Iblis tu merasuk si Mia dan mulalah kejadian dimana seorang demi seorang mati dalam keadaan yang mengerikan...




Tokis cakap dia tengok citer ni, dia boleh jadi gila... ! Hahhaa... hakakkk setuju since scene dalam cerita ni sangat2 mendebarkan.. kalau layan dengan kusyuk ni mau hakakkk termasuk dalam imaginasi sendiri... dia banyak potong2... toreh2... koyak2 kulit... takde cover punya ! hilang gengster hakakkk dengan Tokis tau !

Rate : 4 out of 5

4 stars1

2 comments:

  1. huih.... seriau bab toreh2, koyak2 kulit tu...

    ReplyDelete
  2. hahaha.. boleh bagi berapa bintang kak..???

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.