Kenangan Dirotan.. Sekali Sekala Aku Tersenyum... - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 24, 2015

Kenangan Dirotan.. Sekali Sekala Aku Tersenyum...

Aku.
(Aku rasa lebih releven menggunakan kataganti nama diri yang ini sekarang).

Teringat zaman sekolah rendah.. macam korang tahu laa aku ni kan sakit kronik dari kecik.. so bila part denda ni cikgu selalu bagi excuse kat aku... takut aku pengsan laa sakit laa... emm benda camni buat aku naik lemak.. so aku malas buat homework etc etc..

... kecuali Cikgu Suraya, cikgu matematik aku ketika aku, dia masih mendenda aku... tak siapa kerja rumah, aku akan kena libas muka dengan buku latihan, ketuk ketampi, rotan kat tapak tangan, berdiri atas kerusi atau siapkan kerja rumah di luar kelas....

Masuk je sekolah menengah... aku tak menjadikan alasan sakit sebagai aku tidak didenda... aku pernah ditanya oleh seorang guru Pendidikan Jasmani... Cikgu Fatimahwati ...

.." Takpe ke saya rotan awak?? Awak tak pengsan ke...??" 





Hahhaha ! Rotan tangan je boleh pengsan ke?? tulah pengaruh ketakutan melayan murid yang sakit.. berbanding Cikgu Suraya, dia tak kisah langsung... so far aku tak pernah pengsan selama menjadi mangsa Cikgu Suraya...

Know what?
... Mama Abah tak pernah pun warning cikgu supaya jangan denda aku walaupun aku ni sakit.. mama abah taknak orang layan aku special dari murid lain...

Bagi aku, rotan tu kenangan.. kau takkan dapat dah lepas habis sekolah... kecuali mak abah kau memang kaki rotan walaupun kau dah besar ^^~

Rugi budak2 sekarang, kena marah sikit pun sampai mak bapak dah datang sekolah, siap bersaman bagai... haih...

4 comments:

  1. aku banyak kali jugak kena rotan, bkn takat rotan ja. kena cubit bagai lagi dengan cikgu. Tapi tak dak pun nak bagitau parents mcm bdk2 skrg ni. Rasanya klau cikgu tak rotan, tak dak la aku jadi mcm skrg ni. Mesti masih malas nak buat kerja skolah n masih bodoh bila jwb soklan math. hee

    ReplyDelete
  2. sis JM pun ernah kena rotan waktu sekolah rendah dulu

    ReplyDelete
  3. kena rotan x pernah rasanya tapi berdiri atas kerusi..atas meja...bawah meja ...ada la..

    ReplyDelete
  4. Rasanya sebab kena rotan lah orang dulu2 ramai berjaya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.