Harus Ke Bermasam Muka Ketika Meniaga? - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 28, 2015

Harus Ke Bermasam Muka Ketika Meniaga?

Ni laaa nama peniaga... senyum je..
(Opsss sorry, gambar carian Google semata)

Balik dari hospital memang aku malas masak pun... hahahah ! sejak bila aku rajin? Tuan suami aku pun dah fedup dengan aku... ehh bukan fedup... dia kesian sebab aku cepat letih... so dia ikut je laaa makan apa adanya kat luar tu.

Harini ada pasar malam... so cadang hati nak makan nasik kerabu tapi takde kerabu... hahhh ! macam mana tu?? kira nasik biru dengan lauk dia je... aku tak suka langsung serdak segala hampas dia tu... buat aku tak enjoy nak makan... eh sukati aku laa kan.. tekak aku... lalalalalala

... Malangnya, kedai tu tak bukak... takdir memang sebegitu kejam terhadap aku.. bila aku nak, takde... bila aku taknak.. kedai tu boleh pulak bukak tersergam indah di depan mata aku... sobs..

Jalan-jalan je la dengan tuan suami, sekali nampak orang goreng ayam... nyum nyum... nampak sangat2 tempting... apa lagi ! buat laa muka manja gilossss depan tuan suami...




OK.. lepas tu kami beli laaa Nasi Ayam Penyet, dua. Tuan suami memula mintak nasi lemak ayam since nampak nasi lemak bungkus kat situ... dengan ayam goreng panas... tapi...

"Nak nasi lemak ke ayam penyet?" Hakakkk peniaga tu tinggikan suara kat kami... muka plak aku rasa nak lempang je... damn ! Camni ke peniaga? Aku rasa nak ajak tuan suami angkat kaki dah time tu tapi disebabkan no choice sebab aku kebulur... relakan jiwa je laaa walaupun aku panas hati dengan hakakkk tu...

Moral of the story, kalau kau nak meniaga, cer senyum sikit AT LEAST dengan customer kau tak kisah laaa kau tengah period ke sengugut kepe... kalau rasa nak badmood pi dok rumah jangan niaga... hish ...

4 comments:

  1. Macam manalah pelanggan nak senang hati membeli kalau muka peniaga 'ketat' dan bahasa pun macam 'harem'....huhu

    ReplyDelete
  2. nsb baii ida belum lgi jumpe peniaga yg tengking ni

    ReplyDelete
  3. eit..tu bukan hampas la.. kelapas ngan ikan.. sedap tu.. hahaha

    ReplyDelete
  4. lol kalo CT blah terus kot.. bila dia tanya tu..
    jeling then cakap.. ko makan la sorang semua makanan ko jual ni..

    kemudian berlalu pergi.. biadap nye.. eeeh kalo xde pengguna semua ke longkang tau
    lauk2 dia.. x rugi la jadi mesra.. lgi orang nak datang singgah..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.