Google Icon | Sally Ride

googleicon

Kalau korang bukak New Tab, atau homepage Google, mesti gambar kat kat tab tu bertukar2 kan?? Comel je doodle-nya... eh... ni tentang siapa pulak ni...?? Ok, ni tentang Sally Ride, angkasawan wanita Amerika yang pertama uolsss....


Google Icon telah memberi tanda hormat kepada beliau sempena hari kelahiran beliau hari ini. 

Sally Kristen Ride (May 26, 1951 - July 23, 2012) adalah seorang ahli fizik Amerika dan merupakan seorang angkasawan. Lahir di Los Angeles dan Ride telah memasuki NASA pada tahun 1978 dan menjadikannya wanita Amerika pertama yang ada di angkasa pada tahun 1983.


Ride-s.jpg

Ride kekal sebagai angkasawan Amerika termuda yang telah mengembara ke angkasa ketika umurnya 32 tahun.

Selepas terbang dua kali menggunakan kapal Angkasa Challenger, beliau meninggalkan NASA pada tahun 1987. Beliau bekerja selama dua tahun di Pusat Universiti Stanford untuk Keselamatan Antarabangsa dan Kawalan Senjata, kemudian berkhidmat di Universiti California, San Diego sebagai Profesor Fizik. Beliau juga berkhidmat sebagai jawatankuasa yang menyiasat bencana kapal angkasa Challenger dan Columbia.

Beliau meninggal dunia akibat kanser pankreas.


Bagus kan kalau ramai diantara kita mempunyai semangat yang jitu... aku teringin tapi antibodi aku tak mengizinkan aku terlalu aktif... aku sangat salute dengan Sally Ride ni... hee ~

Moga bermanfaat !

Google Icon | Sally Ride Google Icon | Sally Ride Reviewed by Tunsha Ayunie on May 26, 2015 Rating: 5

3 comments

  1. Dah meninggal rupanya.. nampak sangat tak ambil tahu perkembangan semasa.. Dedulu time belajar pernahlah dengar nama dia.. Hehehe

    ReplyDelete
  2. bila la malaysia nak ada angkasawan wanita sendiri

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.