Google Icon | Barbapapa

cats

BARBAPAPA adalah watak kartun yang berona merah jambu, diminati kanak-kanak di sekolah Perancis dan ianya diterjemahkan ke dalam 30 bahasa, sudah mencapai pertengahan umur.

Barbapapa adalah nama bagi keluarga kartun tersebut, dimana telah diwjudkan pada 19 Mei 1970 oleh arkitek Perancis dan penulis Annette Tison dan pasangannya dari Amerika, Talus Taylor, yang meninggal dunia bulan lepas di Paris pada umur 82 tahun.


Annette Tison and Talus Taylor.

Lagenda mengatakan bahawa pasangan itu yang tinggal di Paris, berjalan di Luxembourg Gardens apabila Taylor mendengar seorang kanak-kanak berkata sesuatu kepada bapanya yang berbunyi seakan-akan "baa baa baa baa".


Taylor bertanya pada Tison apa yang kanak-kanak itu mahu lalu Tison menjawab kanak-kanak itu meminta "Barbe-à-papa" (janggut ayah) ataupun gula-gula kapas.

Beberapa jam pasangan itu duduk di restoran, mereka mula melukis watak-watak kartun yang kebanyakkannya berbentuk buah pir. Lukisan mereka kemudiannya menjadi sebuah buku cerita dan ditayangkan sebagai kartun di TV selama 5 minit pada tahun 1970-an.



Semoga bermanfaat ye..
lambat sket hakakkk hapdet harini...

Google Icon | Barbapapa Google Icon | Barbapapa Reviewed by Tunsha Ayunie on May 19, 2015 Rating: 5

2 comments

  1. info yg menarik sis... akak pun tak tahu sbelelum ni... hehe

    ReplyDelete
  2. mmm mmc pernah tgk katun ni...kalau xsilap laaa hurmmm dah lama :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.