May 25, 2015

Gadis 16 Tahun Dipukul Dan Dibakar Hidup-Hidup di Guatemala !


Dia dikatakan bersama 2 lagi sahabatnya merompak & membunuh seorang pemandu teksi berusia 68 tahun, Carlos Enrique Gonzalez Noreiga di Ria Bravo, Guatemala, Mexico.

Mereka melarikan diri tapi sayangnya gadis itu memilih jalan yang salah dan dikepung oleh penduduk disitu.. maka terjadilah adegan memukul gadis tu di khayalak ramai.. Lebih kejam, badannya disimbah petrol seterusnya dibakar hidup-hidup dan dia mati disitu..

emm.. itulah yang terjadi bila manusia yang dikuasai hati dan membuat undang-undang sendiri...

Screenshot 2015 05 25 14 36 37

Ramai yang menyifatkan perbuatan penduduk disitu sebagai tidak berperikemanusian... Ya, memang dia antara yang terlibat dalam kes merompak dan membunuh pemandu teksi tersebut, tetapi adil ke bagi seorang gadis ini sedangkan 2 orang lagi sahabatnya terlepas??

Gigil aku tengok video tadi.. terlalu ekstrem ! Bagi aku, apa salahnya mereka hantar dia kepada polis dan selanjutnya biar polis yang selesaikan, bukan ikut undang2 sendiri...

Tetiba aku jadi takut andai terjadi perkara ni di Malaysia... Sedangkan seorang penagih dadah mencuri tabung masjid pun dah dipukul separuh mati...

Jauhkanlah..

4 comments:

  1. begitulah jaman sekarang mba suka main hakim sendiri ...

    ReplyDelete
  2. x sanggup la nk tengok video tu...buat hukuman sendiri

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.