Bila Aku Memaafkan, Aku Lebih Berasa Marah... - Tunsha Ayunie Punya Belog

May 11, 2015

Bila Aku Memaafkan, Aku Lebih Berasa Marah...

Memaafkan lebih mulia dari yang minta maaf.

Oklah hakakk tahu ni ayat klise untuk pujuk diri sendiri.. tapi bagi pendendam macam hakakkk ni lain pulak alkisahnya... hakakk ni bukanlah gadis dibawah lindungan kaabah sangat... hanya seorang gadis.. eh gadis ke?? ok tukar.. hanya seorang wanita yang penuh nafsu nafsi..

Kisah silam kau dicerca sedangkan kau bina hidup baru dengan seorang suami yang sah... agak2 tak tercalar ke ego seorang suami bila kisah silam yang lagi hitam isterinya "ditelanjangkan"?

Hanya orang yang faham mungkin tahu apa yang hakakkk ingin sampaikan...


Hakakk hanya jalaninya dengan sabar walaupun hati hakakkk tak mampu redha dengan apa yang orang tohmahkan tentang hakakkk... Hakakkk desperate nak kahwin sebab hakakkk dah penat dengan kehidupan hakakkk yang terumbang ambing...

Suami hakakk, Tokis. 
Hakakkk bukanlah nak menyanjung dia, tapi dia banyak bersabar sejak berkahwin dengan hakakk.. makin teruk dia dicaci... punyalah banyak kali orang cabar egonya sebagai seorang suami dan lelaki, tapi dia tetap bertahan... alasannya, demi hakakkk... isterinya...

Ya, sejak kahwin dengan hakakk, tanggungjawabnya dipertikai.. kurang sempurnanya dia dicaci... hakakk sebagai isteri?? hakakkk nangis dalam hati... hakakkk sedih... rasa macam mengajak dia menjadikan hakakk isteri adalah sesuatu yang salah... seolah hakakkk yang mengguris dia... Ya Allah.. sakitnya hakakkk rasa...

Orang tak tahu... 
Orang nampak hakakkk ni hanya keras kepala, kebudak-budakan, hanya jalani hidup duniawi... Takkanlah hakakk belajar jalan mencari Tuhan pun hakakkk nak bagitau dunia?? angkuh sangat bunyinya....

Malu hakakkk nak luahkan semuanya... tapi hakakkk tak ada sesiapa melainkan tuan suami yang benar2 faham perasaan hakakkk... Maaf laaa kalau rasa hakakkk tak patut luahkan disini... tapi sini je medium hakakk "bersuara" tentang hati...

2 comments:

  1. tak ada orang luar yg memahami kehidupan dalaman suami isteri . Dan tak ada yg boleh selesaikan masalah malahan mereka boleh menambah kekusutan lagi. Berhati hati jika ingin meluahkan rasa hati kepada umum.. Berkongsi rasa tiada salahnya, kena bijak memilih kepada siapa sepatutnya. Orang luar mampu nampak tapi tidak merasainya..pengalaman seseorang dlm kehidupan selalunya tidak sama , bahagian kita tak semestinya bahagia bagi mereka.

    ReplyDelete
  2. Jika meluahkan di sini dapat melegakan perasaan cik Sha, berceritalah di sini. Lagipula, jika terus memendam, hati bisa terluka lebih banyak. Mulut manusia tak dapat ditutup cik Sha, bertabahlah. Pahala bisa jadi lebih banyak. Ganjarannya sudah pasti. Saya doakan yg terbaik utk kehidupan cik Sha sekeluarga. Aamiin..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.