Ubat Atarax - Penghilang Gatal Yang Mengkhayalkan

Lepas dialisis, wa memang akan mengalami kegatalan badan yang teruk.. dulu seriously tak tau nak manage macam mana... kalau bagitau doktor, memang dia suruh kita masuk ward, amik darah itu ini.. bosan k...

Then mama pergi farmasi... tanya kalau2 ada ubat untuk cegah kegatalan ni.. hahh !! Depa bagi mama Atarax..



Inilah contohnya... actually ubat ni agak terkawal.. tak boleh suka2 hati... Penangan ubat ni pun boleh kata agak kuat jugak lagipun bila badan kaw2 gatal & kau telan ubat ni.. Comfirm gempa bumi pun kau tak sedar... kah !

Buktinya malam tadi laa... badan ni dah start gegatal sebab kering sangat after dialysis.. Makan laa ubat darah tinggi, calcium, kolestrol, phoshate & Atarax.. takdan beberapa minit dah start ngantuk... oh yaa.. effect ubat ni hanya berkesan bila badan betul2 dalam kondisi tak stabil... kalau badan kau sihat walafiat, kau telan memang tak jadi apa lah kan...

Dah ngantuk, terhuyung hayang maka pelagi... tidoOoo lah kisahnya...


Macam wa katalah kan... bila dah tido di bawah pengaruh ubat tu.. memang tak sedar diri... So masa tido tu kita hanya bermimpi jelah kan... Alkisahnya celik2 mata nampak Tokis tido kat lantai... ahhh ! Apsal plak ni?? (terus recall malam tadi kot2 ada gaduh kepe).. ok takde..

Tapi tak kejut Tokis, biar dia tidoOoo lena... siang sket baru tanya...

Tokis cerita yang wa bangun , duduk, bangun, duduk, kejap tido kat kaki, kejap tido elok, lepas tu wa ada bangun sampai terlanggar dinding...

Memang superb-mabuk laa ubat2 yang wa makan malam tadi... wa tak sedar sikitpun apa yang Tokis bagitau... bila masa aku berjalan?? wuahhahahaha !!

So bagi yang mengalami kegatalan badan yang kritikal, boleh la kot amik Atarax ni tapi mintak pandangan doktor dulu... jangan main redah je... takut side-effect teruk plak....

Ubat Atarax - Penghilang Gatal Yang Mengkhayalkan Ubat Atarax - Penghilang Gatal Yang Mengkhayalkan Reviewed by Tunsha Ayunie on April 22, 2015 Rating: 5

14 comments

  1. ni la sebab saya tak suka mkan ubat . hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakakkk suka makan ubat especially yang mengkhayalkan in fact hakakk susah nak tido...

      Delete
  2. Ini kalau umah terbako pun tak sedar ni. Yg penting, jangan makan waktu takde orang kat umah ye cik sha. bahayaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far makan memang ada orang kat rumah.. pernah sekali je makan masa duduk sorang2... lepas tu pengsan masa solat... :D

      Delete
  3. byknye ubat sis mkn...take care ye...smoga cpt smbuh...

    ReplyDelete
  4. maknanya kalau nak ambik kena ada pengawasan dari orang jugak la..kang ada yang berjalan sambil tidur sampai kedai makan kang..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahhaha naya jugak tu... tak pernah sleepwalking gitu... selalu sedar je !

      Delete
  5. Mknanya kuat ubat dan pengaruh dadah utk ubat tu..

    ReplyDelete
  6. kalau mkn ubat ni utk tdr boleh x.. sbb ssah nk tdr

    ReplyDelete
  7. Salam. Saya nk brtanya ubat Atarax ni blh buat urine positive tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam... maaf puan, saya tidak pasti sebab saya tak boleh urinate :)

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.