The Phone.. Antara Cinta Dan Dendam.. - Monolog Aku Cuma Di Kiri

April 27, 2015

The Phone.. Antara Cinta Dan Dendam..

#NTV7 #Seram #ThePhone #Korea

Ingat lagi tak cerita ni? Agak popular jugak sekitar tahun 2002.. zaman ni ramai suka beli CD je.. tak main lah nak tunjuk gempak sangat tengok kat panggung wayang...

Family hakakkk especially abah memang suka belikan kami VCD (sekarang panggil DVD).. cerita seram memang menjadi koleksi... macam kak +Suria Lekatlekit .. ahaks ! Sekarang ni takde laa... CD player pun jahanam tak tahu pasaipa..


PHONE, ditulis dan diarahkan oleh Ahn Byeong-ki. Sebuah cerita bergenre seram, tentang percintaan dan hantu... oh ya, cerita ni tentang dendam jugak..

Seorang wartawan, Ji-Won telah menulis satu artikel tentang skandal pedofilia, dan menerima pelbagai panggilan ancaman, memaksa dia untuk menukar nombor telefon.

Seorang budak menjawab panggilan telefonnya dan menjerit seolah histeria. Sejak kejadian itu, budak kecik tu jadi cemburu dengan kemesraan ibu dan ayahnya, Chang-Hoon.

Itu antara konflik yang ada dalam cerita ni.. hantu yang merasuk budak kecik ni adalah Jin-Hee, skandal kepada Chang-Hoon.. Kejadian dendam ini terjadi disebabkan oleh Ho-Jung, merangkap isteri kepada Chang-Hoon, menolak Jin-Hee dari tangga, dia niat membunuh Jin-Hee.


Hahhh gittew laa serba sikit cerita dia... hakakkk dulu masa tengok ni umur 12 tahun... memang ler takut... lagi2 kalau telefon berdering tengah malam... saspennnn je... siap tengok lagi nombor telefon tu, ada tak 6644?? Hahahhaa !! Kuat gak pengaruh cerita ni pada hakakkk dulu.. Paling best background mucic, Moonlight Sonata by Beethoven ~

Ok tu je nak share...

1 comment:

  1. akak pun pernah tengok dulu gambar ni.
    kalau sekarang ni akak dah tak berapa berani nak tengok cite-cite seram
    dah hilang keberanian, hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.