Tazkirah Jumaat #4

Manusia Yang Dikasihi Allah.

Salam Jumaat .. Akhirnya dapat jugak bangun awal... sedikit perkongsian pagi2 Jumaat sebegini.. semoga bermanfaat untuk diri wa dan kekawan yang lain...



Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya:
" Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. 
Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya (ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu...."

(Hadith Riwayat ibnu Abid-Dunya)

Huraian Hadith ..

Berbuat baik serta memberi keselesaan kepada orang lain. Segalanya boleh dibuat dengan niat ikhlas kerana Allah taala.

Kita jugak digalakkan untuk tidak membalas kehahatan orang lain dengan kejahatan sebaliknya membalas saja dengan kebaikan, umpama api yang disiram air.

Jika membiarkan kecenderungan untuk membuat perkara2 mungkar, maka ianya akan terus menguasai diri maka rosaklah kebaikan yang pernah dilakukan.

● Sesungguhnya keimanan itu selalu terbuka untuk ditingkatkan tetapi akan berkurang jika sentiasa melakukan perkara mungkar / maksiat.

Sesungguhnya yang baik datang dari Allah kan?? dan yang buruk dari wa sendiri....

Tazkirah Jumaat #4 Tazkirah Jumaat #4 Reviewed by Tunsha Ayunie on April 17, 2015 Rating: 5

3 comments

  1. great sharing tuca...dah nak masuk Ahad baru baca ni..hehe

    ReplyDelete
  2. ehehe hari ahad ni haaa baru nak bace.. thank u.. nice sharing =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.