SINOPSIS ROCK BRO! : GARAPAN KISAH ROCK TERAKHIR DARI MAMAT KHALID - Monolog Aku Cuma Di Kiri

April 12, 2015

SINOPSIS ROCK BRO! : GARAPAN KISAH ROCK TERAKHIR DARI MAMAT KHALID

SINOPSIS ROCK BRO! : GARAPAN KISAH ROCK TERAKHIR DARI MAMAT KHALID - Assalamualaikum wbt. Semasa filem pertama rock garapan Mamat Khalid yang berjudul "Rock", Mamat Khalid meneruskan kisah rock beliau dalam "Rock Oo, Rimba Bara Kembali".. Memang filem berunsur rock ni adalah kesukaan aku dan tuan suami. Terbaru, Mamat Khalid telah menggarap satu lagi cerita berkenaan rock berjudul "Rock Bro!"..

Rock Bro  Sumber gambar: Grand Brilliance / Instagram


JUDUL : ROCK BRO !
TARIKH RELEASED : 27 Oktober 2016
PENGARAH : Mamat Khalid
GENRE : Rock Komedi
PELAKON : Khir Rahman, Sofi Jikan, Pekin Ibrahim, Azmi Black, Kamarool Yusof, Dato Hattan dan ramai lagi.

Sinopsis
"Rock Bro!" diceritakan melalui Jijoe (Khir Rahman),dimana pada zaman ini era rock sudah berada di kemuncaknya dan seakan menanti fasa kejatuhan kemasukan aliran muzik rap & hiphop pada awal 90-an.

Rimba Bara sudah lama tidak membuat persembahan menyara hidup sebaliknya lebih memberi fokus kepada kerja2 sambilan selain mengambil tawaran gig di tapak ekspo tani, dimana bayaran diterima dalam bentuk buah-buahan dan sayur-sayuran dari penganjur.

Inilah liku hidup seorang rocker yang memperjuangkan muzik rock. Ada yang kecundang di tengah jalan apabila Zul Kapan (Sofi Jikan) beralih arah dan menyertai kumpulan rap, 4URU.

Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Pada masa yang sama Jijoe jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella semasa terserempak di studio rakaman. Jijoe terlalu sayangkan Ella sehingga sanggup meninggalkan kehidupan rockernya dan menjadi kontraktor kelas F sebagai bukti dia benar2 menyayangi Ella.

Apakah kesudahan cerita ini?? 
Filem ini dijangka akan ditayangkan awal 2016 .

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.