SINOPSIS 3 NOTA : GANDINGAN BEST BRONT PALARAE DAN BETO KUSYAIRY


3 Nota adalah telemovie di bawah sutradara Sabri Yunus yang ditayangkan di Astro Prima & Astro Maya HD.. wa tengok cerita ni sebab ada Bront Palarae dengan Beto Kusyairy.. muahahhaha !

SINOPSIS DAN PLOT 3 NOTARazali dan Atoi berkawan baik di penjara.. Setelah keluar dari penjara, Razali atau dikenali sebagai Kopak (Beto Kusyairy), berniat tidak akan mengulangi perbuatannya dan tidak mahu kembali ke penjara.. Dia bersama isterinya, Mun (Nadiya Nissa) memulakan kehidupan di rumah setinggan bersama anak mereka, Aiman.

Krisis terjadi apabila Kopak bertemu dengan Atoi (Bront Palarae), yang menjalankan kegiatan haram. Atoi mengugut Kopak supaya meninggalkan rumah.. Kopak sekali lagi cuba mencari rumah baru dan menyewa sebuah rumah kedai menjual peralatan eletrik.

Sementara itu, markas kegiatan Atoi diberkas polis. Atoi menuduh Kopak yang membuat laporan polis... Atoi tidak berpuas hati dan mencari Kopak.. Mereka berjumpa dan bergaduh.

*****************************************

Keseluruhan cerita ni agak menarik walaupun slowww sangat.. hahahhaa Kisah mengenai persahabatan yang lama.. Dendam dan erti sebuah persahabatan. Dalam slot cerita ni, Mun merupakan seorang isteri yang taat dan setia.. well, tak ramai isteri yang boleh terima suaminya seorang banduan...

Bront & Beto pernah berlakon bersama dalam Juvana dan Jiwa Taiko.. Nadiya juga pernah bekerjasama dengan Bront dan Beto dalam filem Jiwa Taiko jugak...

ehh amacam?? Best tak citer ni tadi??

SINOPSIS 3 NOTA : GANDINGAN BEST BRONT PALARAE DAN BETO KUSYAIRY SINOPSIS 3 NOTA : GANDINGAN BEST BRONT PALARAE DAN BETO KUSYAIRY Reviewed by Tunsha Ayunie on April 19, 2015 Rating: 5

10 comments

  1. nampak mnrik jlan citer nih Sha..saya suka beto kushairi tu berlakon..mmg best..:)

    ReplyDelete
  2. alaaaa knp mesti tayang kat astro huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak ditayang di chanel biasa... huahuahua

      Delete
  3. Assalam sha,
    haah
    soka nengok citer ni :)

    ReplyDelete
  4. Tak tengok cerita ni...abang2 sibuk tengok bola..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.