Mujhse Dosti Karoge.. cerita yang tak pernah buat aku bosan ~ - Tunsha Ayunie Punya Belog

April 09, 2015

Mujhse Dosti Karoge.. cerita yang tak pernah buat aku bosan ~


Mujhse Dosti Karoge yang bermaksud "Sudikah awak menjadi sahabat saya?" adalah filem hindi romantik yang popular pada tahun 2002. Ianya diarahkan oleh Kunal Kohli dan diterbitkan oleh Aditya Chopra dan Yash Chopra dibawah penerbitan Yash Raj Film.

Cerita ini berkaitan cinta tiga segi antara tiga orang sahabat, iaitu Raj Khanna (Hritik Roshan), Pooja Sahani(Rani Mukherjee dan Tina Kapoor (Kareena Kapoor). Mereka bersahabat dari kecil.

Raj sering berbalas surat dengan Pooja... bila tiba untuk mereka berjumpa, Raj lebih tertarik dengan kecantikan Tina dan menyangka Tina adalah Pooja.

Selepas 2 minggu, barulah Raj menyedari kebenarannya dan melafazkan cintanya pada Pooja, namun Pooja berkorban kerana Tina juga mencintai Raj.

Apa kesudahannya?? cehhh kekonon saspen lettew... ntah berapa kali tunjuk kat TV cerita ni... sendu jugak laaa wa tengok setiapkali... Rani Mukherjee adalah pelakon hindi yang wa minat dari kecik.... hoho !

10 comments:

  1. suke sgt ngn cite ni!
    malam td pon layan jeee..
    mmg sedih.. tiap kali tgk cite ni msti menangis.. haha..

    ReplyDelete
  2. layan cite hindustan dulu2 lagik best kan..cite2 yang skang ni kureng layan dah..skang lebih pd cite2 action laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang cerita semua hampeh je... berlakon ntah pape je...

      Delete
  3. Lama dah tak tengok cerita hindustan.

    ReplyDelete
  4. sanggup bersengkang mata nak tengok cerita ni sha..hehehehe....akak suka sangat cerita ni..tapi akak tengok sampai dia kat kuil tu je..kat situlah yang rasa touching sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha tacing masa dia dalam gereja tu... sentap je dader... hahahhaha poyo lak sedih melayan citer hindustan...

      Delete
  5. Suka lagu-lagu dia. Sampaikan nak ikut menari sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita kakfar.... haritu buat muka tak malu je menari depan tv... hiks

      Delete
  6. boleh tahan citer ni.. citer2 lama best2.. yg baru2 ni cem krik krik..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.