JENIS-JENIS SANTAU DAN TANDA TERKENA SANTAU - Monolog Aku Cuma Di Kiri

April 15, 2015

JENIS-JENIS SANTAU DAN TANDA TERKENA SANTAU

JENIS-JENIS SANTAU DAN TANDA TERKENA SANTAU - Ramai orang Melayu kita mengamalkan ilmu santau ni, especially bila dengki terhadap perniagaan dan sebagainya.. Tuan suami pernah mengubati seseorang yang disantau, terus pesakit memuntahkan pelbagai barang termasuk kaca dan paku.

Kebanyakkan santau menggunakan mantera dari ayat Al-Quran dan bacaannya diterbalikkan.. Akibat santau ni jugak, korang boleh mati tau ! Kalau ada yang terkena, dinasihati, berubatlah.. emm moga dijauhkan..

Gambar hiasan semata-mata.

JENIS-JENIS SANTAU YANG PERLU KITA TAHU

Santau Angin
Selalunya ia akan dihantar melalui hembusan asap rokok.

Kesan
Mangsa akan mengalami mata merah dan pening2 macam rasa nak pecah kepala serta muntah darah dalam masa lebih kurang 2 jam & berisiko untuk mati jika tidak dirawat. Mangsa juga akan mengalami busung.


Santau Air
Mentera yang dibaca yang akan diselangi dengan nama si mangsa dan ada wirid yang digunakan daripada ayat Al-Quran yang diterbalikkan. Semua ini akan di baca pada air dan diberikan pada mangsa untuk diminum.

Kesan
Mangsa berasa terhuyung hayang, dada berasa sempit, rasa seperti sesuatu yang memberati mereka diantara bahu dan tengkuk belakang, dan berisiko mati dalam keadaan segera (on the spot).



Santau Tanah
Menggunakan gumpalan rambut, kaca, paku, duri yang dibacakan mantera kemudian ditanamkan kedalam tanah berhampiran atau didepan rumah mangsa.

Kesan
Apabila mangsa terpijak, mangsa akan jatuh dan akan terlihat satu bayangan hitam menghampiri dirinya dan akan berasa sesak nafas serta muntah darah, juga mengakitbatkan kematian.


Santau Api
Menggunakan perantaraan seperti iblis atau penanggal yang mana telah dikhadamkan untuk menghampiri mangsa dan diselingkan dengan mentara. Pelaku akan memuja khadam yang menjaga api iaitu makhluk yang bernama jin.

Kesan
Mangsa akan melihat makhluk berterbangan yang berbentuk seperti api atau bebola api menghampirinya, dan terus mengenainya tepat di dada mangsa.


Santau Pujangga
Menggunakan kepingan gambar mangsa, rambut mangsa, pakaian dalam mangsa, atau barang peribadi mangsa. Ianya dimasukkan ke dalam balang kaca dan dicampurkan dengan air kencing, air longkang dan paku serta dibacakan mantera keatasnya.

Kesan
Mangsa tiba2 akan mengalami sesak nafas yang teruk, rasa tidak berpijak di bumi, batuk berdarah dan memuntahkan serpihan paku.


Santau Keramat
Menggunakan tali pusat bayi yang meninggal dunia, gambar mangsa, rambut mangsa dan disatukan dalam satu balang yang bercampur dengan serpihan kaca, batu, paku serta dawai2 halus,. Kemudian kesemua bahan ini dicampurkan dengan bancuhan air kapur sireh bercampur air kencing.

Kesan 
Mangsa akan muntah darah dalam keadaan segera, keluar segala serpihan kaca dan segala barangan yang digunakan untuk kaedah santau keramat.



So korang hati2 lah ye,,, kekadang kita pun pelik apsal orang nak santau2 kita... tapi kadangkala kedengkian manusia ni tanpa sedar.... tahu2 kena sakit2 dan busung je perut tu... hmm

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

5 comments:

  1. peergh o.O huuurm.. seram tol.. syirik n x ingat tuhan..
    tau dendam duniawi je.. x selamat org2 yg buat semua ni..

    ReplyDelete
  2. Betol,.saye dah kene, santau ni mmg jahat

    ReplyDelete
  3. Beringat juga jgn aniaya org. Secara sengaja atau tidak. Bila dah kena br kata org lain jahat.... Sendiri punya jahat x mau ingat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.