CEREKARAMA TV3 - Malihah (TV3) - Tunsha Ayunie Punya Belog

April 13, 2015

CEREKARAMA TV3 - Malihah (TV3)


TAJUK : Malihah
PENGARAH : Abdul Azizi Awang Ghazali
TERBITAN : Xsense Studio Sdn Bhd
PELAKON : Adik Yuyun, Sherie Merlis, Yus Waisar, Fauzi Nawawi, Tengku Puteri Najwa, Sharifah Nadia, Leeza Zain, Hanafi Rahman, Azlan KOmeng, Kamal Bakar, Badrol Shah, Adik Syamim Razi, Adik Sued Fakhri Naim, Nabila Huda

SINOPSIS
Malihah dilahirkan sempurna, namun pada suatu hari Malihah diserang demam panas dan ibubapanya lambat membawanya ke klinik untuk rawatan.. Akibat kejadian itu, beberapa saraf Malihah tidak berfungsi dan ditakdirkan dia menjadi pekak.

Ibunya sangat menyayangi Malihah, namun bapanya tidak dapat menerima kenyataan setelah keadaan Malihah begitu. Kelebihan Malihah adalah dapat membaca  gerakan bibir orang sekelilingnya walaupun dia tidak mendengar namun dia merahsiakannya.

Malihah telah hilang akibat diculik oleh sindiket untuk dijadikan pengemis dan berjaya melarikan diri. 

REVIEW
Ayat paling padu dan menyebakkan yang dikeluarkan oleh ibu Malihah (Sheril Merlis) :
"Ibu mana yang suka tengok anak sendiri kena maki & hina dengan orang lain?" ... Awal2 tengok cerita ni dah sedih dah sebab lagu background yang memang menyedihkan tu... lakonan berjaya... tahniah Adik Yuyun ! Muka Sheril Merlis dalam ni nampak sayu je... tengok muka dia pun sendu sangat... sobs..

9 comments:

  1. Replies
    1. kaksha sempat tengok after layan bintang bersama bintang.. kalau tak, tak tengok gak.. hehe

      Delete
  2. tak tgk smlm sbb anak aku sebuk tgk kartun .. klu boleh bg budak2 tu gerun sikit .... kena culik dan dijual as pengemis .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai budak2 hilang dijadikan pengemis ataupun pelacur..... edar dadah jugak :(

      Delete
  3. apa nama lagu yg sedih sikit dalam movie ni?

    ReplyDelete
  4. ala tak tengok sebab ada benda nak buat time tu. :(

    hai sha, sory lama tak singgah. sha sihat?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.