4/1/15 - DARI JARI NOVELLA

April 30, 2015

Antara 6 Lokasi Seram Di Seluruh Dunia

10:30 PM 8
Antara 6 Lokasi Seram Di Seluruh Dunia
Banyak lokasi seram kat mukabumi ni lagi2 bila tempat yang lama tak didiami.. Biasalah makhluk halus memang suka pun tempat cenggitu... Teringat pulak Penjara Pudu yang dirobohkan.. orang cakap kawasan tu pun sangat seremmmmmmm.............

Ini pulak antara lokasi yang seram terdapat di celah2 dunia ni...


lokasi-seram-bikin-merinding-di-seluruh-dunia-pulau-boneka-2

1)Island Of The Dolls (Mexico)
  • Pulau yang berukuran kecil ini memiliki suatu aura... aura apa hakakk tak tau laa.. Katanya ada seorang lelaki yang tinggal daerah pulau ni, akan gantung patung sebuah patung mewakili setiap mayat perempuan yang dijumpai di pulau tersebut.

lokasi-seram-bikin-merinding-di-seluruh-dunia-hutan-aokigahara-2

2) Hutan Aokigahara - (Jepun)
  • Hutan ini memang dikategori seram oleh penduduk disini kerana ianya menjadi markas bunuh diri dan dipercayai ada aura jahat. Tanda larangan dipasang supaya yang memasuki hutan ini tiada niat yang tidak baik.

lokasi-seram-bikin-merinding-di-seluruh-dunia-helltown-2

3) Helltown (Ohio,USA)
  • Seram ke?? bagi hakakkk nama dia tak laa seram pun.. hahahha... Tapi tempat ni memang femesss la jugak dengan seramnya sebab banyak cerita seram yang berasal dari tempat ni.. wallahualam lerr... 

lokasi-seram-bikin-merinding-di-seluruh-dunia-leap-castle

4) Leap Castle - (Ireland)
  • Semasa pengubahsuaian istana ini, beberapa pekerja menemui sebuah gua bawah tanah atau dikenali sebagai oubliette . Mereka juga turut menemui 3 gerabak yang dipenuhi mayat !

lokasi-seram-bikin-merinding-di-seluruh-dunia-the-overtoun-bridge

5) The Overtoun Bridge (Scotland)
  • Jambatan ini adalah salah satu lokasi misteri di dataran Eropah dan juga menjadi markas membunuh diri. Difahamkan jugak anjing2 yang berkeliaran kat sini akan lompat dari jambatan tersebut.. haih

lokasi-seram-bikin-merinding-di-seluruh-dunia-villisca-murder-house-2

6) Villisca Axe Murder House (USA)

  • Josiah Moore dan adiknya ditemui dibunuh kejam oleh seorang pemuda misteri menggunakan kapak di rumah ini, tetap sampai sekarang pembunuhnya masih tidak ditemui.. Apa yang seram?? Penduduk disini selalu mendengar jeritan budak perempuan dari arah loteng.

April 29, 2015

5 Perkara Yang Korang Rasa Seram Bila Tinggal Di Rumah Seorang Diri !

10:30 PM 6
5 Perkara Yang Korang Rasa Seram Bila Tinggal Di Rumah Seorang Diri !
Korang yang selalu berseorangan tu pernah menghadapi sesuatu yang mistik tak?? seram lah gittew... hahaha ! hakakkk? PERNAH ! biasalah... kalau berdua pun yang ketiga adalah saitonnnn.... kalau sesorang lagi laaa saiton, jin, jembalang semua nak join kita... betoi dak?

Meh hakakk nak share sikit pasal benda2 seram yang kekadang mengganggu emosi kita bila tinggal seorang diri di rumah...


hal menyeramkan yang terjadi kalau lagi sendiria
  • 1) Korang memiliki poster di salah satu ruangan, tetiba je angin kuat dan gambar tu bergerak sendiri.. hahh ! seram kan kan?? padahal korang tahu gambar tu bergerak sebab angin.

hal menyeramkan yang terjadi kalau lagi sendiria
  • 2) Gambar yang tergantung kat dinding... tapi bila korang perati je gambar tu... korang rasa ianya sungguh seram... wuahahahhaa !! *gelak mak sihir*

hal-menyeramkan-yang-terjadi-kalau-lagi-sendirian-di-rumah-3

  • 3) Korang dengar suara berbisik, yang pasti bukan suara korang lah kan... kadang2 tu rasa macam ada orang panggil korang, padahal takde siapa di dalam atau di luar rumah...

hal-menyeramkan-yang-terjadi-kalau-lagi-sendirian-di-rumah-6

  • 4) Korang membela kucing atau apa2 lah... lepas tu dia pandang je satu sudut & tak pedulikan korang... mesti korang pun pelik apekehelnyee kucing korang cenggitu... padahal tak ada apa disitu !

hal-menyeramkan-yang-terjadi-kalau-lagi-sendirian-di-rumah-8

  • 5) Tetiba je pulak korang dah memang tengah seram... tetiba ada private call masuk... masa ni mesti ingat hantu yang call korang.... hahahaha !!

Sebenarnya banyak lagi kan situasi seram dalam rumah ni?? Hakakkk memang fobia tinggal seorang tak kisah laa malam ke siang ke... sebab suka bebenauuuu makhluk Allah ni ganggu hakakk.... nih hakakk nak habaq tips laa....  jangan kita lemah semangat... Sesungguhnya darjat manusia lebih tinggi dari makhluk haluihhh ni....

Sekian.. senyum sket !

Wordless Wednesday #35

10:30 AM 0
Wordless Wednesday #35

April 27, 2015

KISAH JUNKO FURUTA - MANGSA KEKEJAMAN SEKS YAKUZA

2:10 PM 13
KISAH JUNKO FURUTA - MANGSA KEKEJAMAN SEKS YAKUZA
KISAH JUNKO FURUTA - MANGSA KEKEJAMAN SEKS YAKUZA - Cerita ni menjadi sejarah pada tahun 1988-1989.. cerita tentang seorang gadis remaja berumur 16 tahun yang menjadi mangsa kerakusan seks remaja lelaki yang diketuai seorang ahli Yakuza.. Junko Furuta, terseksa selama 44 hari dalam keadaan yang penuh azab...


Hakakkk baca cerita dia ni... hakakk sebak... nak nangis... trauma... hakakkk jadi psiko... terbayang2 kalau diri sendiri disiksa dengan azab sebegini... mampukah hakakkk tahan selama 44 hari?? aduhai... sengugut sikit pun hakakk dah menangis tau :(

Awalnya Junko Furuza diculik.. Kemudian dia dikurung dan dirogol bergilir2 dengan para penculiknya hampir 100 kali setiap hari, dan perkara berlarutan lebih kurang 44 hari sehinggalah dia dibunuh di dalam tong drum.

Pada tanggal 25 November 1988, Junko telah diculik oleh 4 orang lelaki, dan mengurungnya di sebuah rumah keluarga Kamisaku yang terletak di Ayase, daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai teman wanita salah seorang dari penculik tersebut.

Antara nama-nama yang terlibat dalam kekejaman ini :
  1. Hiroshi Miyano (宮野裕史 Miyano Hiroshi) (Pesalah pertama. Telah menukar namanya kepada Hiroshi Yakohama (横山裕史 Yokoyama Hiroshi) setelah dilepaskan dari penjara. 
  2. Jō Ogura (小倉譲 Ogura Jō) (Menukar namanya kepada Jō Kamisaku (神作譲 Kamisaku Jō?)
  3. Shinji Minato (湊伸治 Minato Shinji)
  4. Yasushi Watanabe (渡邊恭史 Watanabe Yasushi)
  5. Tetsuo Nakamura (中村哲夫 Nakamura Tetsuo)
  6. Kōichi Ihara (伊原孝一 Ihara Kōichi)


Untuk menutup perbuatan mereka, penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa dia lari dari rumah dan tidak dalam keadaan bahaya... emm pengecut jugak penjahat2 ni... dah laa muka masing2 mintak kaki...

Sepanjang penculikan Junko, dia berusaha melarikan diri tetapi nasib Junko tidak baik kerana ditemui penculiknya dan diseksa dengan kejam..

Ni antara kekejaman yang Junko alami, sebelum tu, kredit to Kisah Seorang Budak U.




Hari Pertama - Hari Sepuluh
- Diculik. 
- Dirogol (lebih daripada 400 kali).
- Dibiarkan kebuluran.
- Diberi makan lipas dan minum air kencing sendiri.
- Dipaksa beronani.
- Dipaksa berbogel depan penculiknya.
- Dicucuh dengan pemetik api.
- Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing.

Hari 11 - Hari 19
- Dipukul berulang-ulang kali.
- Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepala Junko.
- Tangannya diikat ke siling dan badannya dijadikan punch bag.
- Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut.
- Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya.
- Muntah ketika cuba minum air. (perutnya sukar menerima air)
- Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok pada lengannya.
- Dituang cecair mudah terbakar di kakinya kemudian dibakar.
- Botol arak dimasukkan ke dalam duburnya dan mengakibatkan kecederaan

Hari 20 - Hari 29
- Tidak dapat berjalan dnegan betul kerana luka terbakar di kakinya.
- Dipukul dengan buluh.
- Dipukul dengan kayu golf.
- Dipukul dengan batang besi berulangkali.
- Duburnya dimasukkan mercun kemudian dinyalakan.
- Tangannya dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan.
- Rokok dicucuh pada kemaluannya.
- Dipaksa tidur di balkoni pada musim sejuk (dalam keadaan bogel)
- Batang besi pemanggang dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan.

TAKE 5! Nak nangis....


Hari 30 - Hari 39
- Lilin panas dititiskan atas muka.
- Kelopak mata dibakar dengan pemetik api.
- Dicucuk jarum pada buah dada.
- Puting buah dada dipotong dan dihancurkan dengan playar.
- Mentol lampu yang panas dimasukkan dalam kemaluan.
- Dimasukkan gunting kedalam kemaluan dan mengakibatkan pendarahan.
- Tidak boleh membuang air kecil dengan baik.
- Kecederaan teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun ke tandas.
- Gegendang telinga mengalami kerosakan teruk.
- Saiz otak mengecut.

Hari 40
- Merayu penyeksanya "membunuh dan membiarkan siksaannya itu berakhir"
- Tanggal 1 Januari 1989, menyambut Tahun Baru sendirian.
- Badannya sudah hilang rupa dan fungsi.
- Tidak dapat bergerak.

Hari 44 (Hari Kematian) 
Penculiknya memukul badan Junko dengan batang besi angkat berat, menjadikannya alasan kalah bermain mahjong. Junko berdarah dengan teruk di mulut dan hidungnya, kemudian penculiknya membakar muka dan mata Junko dengan lilin.

Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut Junko, dan dinyalakan api. Seksaan terakhir buat Junko, ianya mengambil masa lebih 2 jam, dan Junko meninggal dunia dengan penuh kesakitan.


Ada maklumat yang mengatakan setelah kematian Junko, pembunuhnya menyangka Junko berpura2 lalu membalut mayat Junko di dalam sebuah beg pakaian dan memasukkan beg tersebut didalam tong drum dan disimenkan lalu dicampakkan ke sebuah saluran tanah terbiar di Koto, Tokyo.


Sebenarnya, boleh kata ramai tahu kejadian Junko diseksa dalam rumah tu, termasuk ibubapanya. Tapi mereka tidak mampu nak buat apa2pun.. mungkin diugut oleh penjenayah berkenaan.

The best part, penjenayah2 ni tak dikenakan hukuman berat langsung.. cuma didakwa atas "mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian", dan yang pasti, bukan dakwaan pembunuhan.

Keluarga Junko puas membawa perkara ini ke mahkamah namun tiada bukti kukuh, hasil air mani & DNA pun tak ngam dengan penjahat2 ni..

Mereka hanya dikenakan hukuman maksimun penjara 4, 6, dan 8 tahun masing2.. ketua penjenayah pulak penjara 20 tahun je. Junko langsung tidak mendapat keadilan dan penjenayah2 itu masih bebas sehingga kini.. (Tak tahu laaa lepas tsunami, depa diangkut sekali ombak & mampuih kat situ)..


Kesian gadis bernama Junko ni kan?? di kalangan gadis2 sebayanya belajar erti kehidupan, hidupnya melebihi neraka... cuma hakakkk nak ingatkan, jagalah anak2 kita... perkara sebegini tak mustahil jadi kat Malaysia jugak...

Sekian perkongsian hakakkk tentang Junko Furuta, berehatlah di sana dengan tenang, Junko !

Manfaat Buah Epal Untuk Korang..

11:30 AM 2
Manfaat Buah Epal Untuk Korang..
Siapa suka makan epal?? hakakk suka tapi tak boleh makan banyak sebab potasium sangat tinggi.. diingatkan hakakk bukanlah insan normal... banyak pantang larang hakakk kena follow.


Epal atau nama saintifiknya Malus Pumila, sangat sedap dan ianya tumbuh berkurun lama di Asia & Eropah... rasanya? Sedapppp lahhh sangat.... Epal banyak jenis, semua orang tahu tu tapi hakakkk sesaja nak taip.. hiks...

Epal banyak khasiat tau !

Khasiat Buah Epal :
  • Penjagaan tulang.
  • Bantuan Kepada Astma.
  • Mencegah Kanser.
  • Mencegah Alzheimer.
  • Mengurangkan Kolestrol.
  • Pengurusan Diabetes.
  • Menurunkan Berat Badan.


Epal jugak boleh divariasikan dalam pelbagai bentuk makanan... korang nak buat jammed ke.. aiskrim ke.. air ke... hahhh terserah laa macam mana pun korang mahu menikmati epal yang sedap tu... hakakkk suka apple pie je ! tapi homemade la, mekdi punya... hampeh !


Telefilem Aku Tahu, Lakonan Mantap Dari Erra Fazira, Umie Aida dan Aqasha

11:10 AM 1
Telefilem Aku Tahu, Lakonan Mantap Dari Erra Fazira, Umie Aida dan Aqasha

Telefilem ini adalah gandingan Erra Fazira, Umie Aida dan Aqasha serta pelakon cilik, Puteri Balqish.. hakakk baru sempat menonton memalam buta pukul 2am something just because tak mampu nak tido... lama dah hakakk tak tido lewat...

Sinopsis Aku Tahu

Mengisahkan tentang Aswar (Aqasha) yang menjalinkan hubungan sulit dengan Nurul (Umie Aida) sedangkan Aswar sudah berumahtangga dan mempunyai isteri yang cantik bernama Syuhada (Erra Fazira) dan anak yang comel, Zulaikha (Puteri Balqish).

Hasrat Aswar adalah mempergunakan Nurul untuk mengikis harta Nurul kerana Aswar hanya bekerja sebagai seorang jurugambar majalah. Namun, Nurul menyintainya sepenuh hati..

Akibat rasa terganggu antara hubungannya dengan Aswar, Nurul telah menculik Zulaikha.


Cerita ni keluar tahun 2013 haritu... hahhh baru tadi dapat tengok... hahahaha hebat tak?? Best sangat tengok Umie Aida berlakon... memang hakakk suka je lakonan Umie Aida dengan Aqasha ni... sendu jugak laaa alkisahnya...

The Phone.. Antara Cinta Dan Dendam..

12:24 AM 1
The Phone.. Antara Cinta Dan Dendam..
#NTV7 #Seram #ThePhone #Korea

Ingat lagi tak cerita ni? Agak popular jugak sekitar tahun 2002.. zaman ni ramai suka beli CD je.. tak main lah nak tunjuk gempak sangat tengok kat panggung wayang...

Family hakakkk especially abah memang suka belikan kami VCD (sekarang panggil DVD).. cerita seram memang menjadi koleksi... macam kak +Suria Lekatlekit .. ahaks ! Sekarang ni takde laa... CD player pun jahanam tak tahu pasaipa..


PHONE, ditulis dan diarahkan oleh Ahn Byeong-ki. Sebuah cerita bergenre seram, tentang percintaan dan hantu... oh ya, cerita ni tentang dendam jugak..

Seorang wartawan, Ji-Won telah menulis satu artikel tentang skandal pedofilia, dan menerima pelbagai panggilan ancaman, memaksa dia untuk menukar nombor telefon.

Seorang budak menjawab panggilan telefonnya dan menjerit seolah histeria. Sejak kejadian itu, budak kecik tu jadi cemburu dengan kemesraan ibu dan ayahnya, Chang-Hoon.

Itu antara konflik yang ada dalam cerita ni.. hantu yang merasuk budak kecik ni adalah Jin-Hee, skandal kepada Chang-Hoon.. Kejadian dendam ini terjadi disebabkan oleh Ho-Jung, merangkap isteri kepada Chang-Hoon, menolak Jin-Hee dari tangga, dia niat membunuh Jin-Hee.


Hahhh gittew laa serba sikit cerita dia... hakakkk dulu masa tengok ni umur 12 tahun... memang ler takut... lagi2 kalau telefon berdering tengah malam... saspennnn je... siap tengok lagi nombor telefon tu, ada tak 6644?? Hahahhaa !! Kuat gak pengaruh cerita ni pada hakakkk dulu.. Paling best background mucic, Moonlight Sonata by Beethoven ~

Ok tu je nak share...

April 26, 2015

Pembedahan Ghaib/Batin, Adakah Harus?

9:02 PM 2
Pembedahan Ghaib/Batin, Adakah Harus?
BEDAH GHAIB, bila dengar ghaib pun dah tahu benda jenis tak nampak... siapa pernah gunakan rawatan ala ghaib ni?? hurm.. hakakk dari kecik kot rasanya dah macam2 bomoh, ustaz yang hakakk jumpa.. dari moden sampai ke tradisional... well.. orang kata, ikhtiar kan...

Last hakakk pergi area Selayang... muda sangat yang merawat hakakk tu... pun guna kaedah bedah batin/ghaib.. haremmmm hakakkk tak rasa apa2... punya lama tunggu, lepas tu dia buat ala kadar, bagi minum, dan SIAP !! sampai hakakk dah cakap dengan mama, hakakk dah takmau laa berubat cenggini lagi....

10635967 10206120462626788 1989153072547465586 n
Pakteh dari Dengkil sedang merawat pesakit dengan cara bedah ghaib.

Jadi? Apa hukumnya pembedahan batin/ghaib ni?
Ada yang kata diharuskan, ada juga yang kata haram.. sebab apa haram? sebab ianya suatu perubatan menggunakan jin/syaitan sebagai khadam/perantaraan. 

Walau macamanapun ianya tidak mempunyai sebarang sandaran hukum.. sedangkan Allah SWT memberikan sebaik2 "ubat" untuk hamba-NYA iaitu Al-Quran..


Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra, ayat 82,
...."....Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya.."..
Jadi, tepuk dada tanya hati... tanya iman... wajar ke membuat perubatan seperti ini?? ikhtiar tak salah tapi biar pada medium yang sebenarnya...

Wallahualam bisawab...
Yang baik semuanya dari ALLAH SWT.

DATUK SERI NAJIB RAZAK KEMALANGAN DIREMPUH BAS

7:41 PM 1
DATUK SERI NAJIB RAZAK KEMALANGAN DIREMPUH BAS
10635967 10206120462626788 1989153072547465586 n

Kot ye pun janganlah sampai kejam sangat ayat tuuuu... tak baik tau... hakakk pun tak suka gak DS.Najib ni tapi takdelah sampai hal sebegini hakakk nak buat lawak... bayangkan kalau keluarga kita sendiri yang kena camni...

Walaupun ada rasa kelakar sebab hanya gambar banner yang dilanggar bas, tapi hakakk sensitip tau... benda camni hakakk tak suka nak bergurau... haihhh...

TITANIC... Keangkuhan Yang Mengorbankan Nyawa...

3:14 PM 2
TITANIC... Keangkuhan Yang Mengorbankan Nyawa...
#TV2 #Titanic #Movie #TrueStory

Hahhh gittew... kemain laa nak hashtag bagai kan.... semalam hari Sabtu... cerita movie banyak tapi hakakkk tak berkenan satu pun... then bukak je TV2 ada plak citer peberet hakakk... bukan hakakk je kot... bley kata kat FB ramai jugak hapdet pasal Titanic ni... hakakk memang minat sebab cerita ni based from true story.... kira sejarah ler gittew kan...


Dah based from true story,
hakakkk selalu bayangkan diri sendiri atas kapal tu.

Sedikit info tentang Titanic | TITANIC merupakan kapal British yang membawa penumpang dan karam di Utara Lautan Anlantik. Ianya terjadi pada awal pagi 15 April 1912 selepas kapal tersebut bergesel dengan ketulan ais (Iceberg) ketika kapal itu dalam perjalanan dari Southampton yang terletak di UK ke New York City (US).

Ianya melibatkan 1,500 penumpang dan anak kapal. 

Sikit2 je info sudah lah ye.. lagipun search je Google bersepah sangat cerita pasal Titanic ni... ada yang betul, ada yang propa, sekian sekian sekian..... hahh pepandai korang laaa nak telaah sejarah Titanic ni macam mana.


Nak tau? beli je buku ni..

Hakakkk saja nak taip cerita tentang keangkuhan si pencipta kapal yang yakin tiada musibah yang akan terjadi pada kapal itu... betapa angkuhnya penumpang Kelas 1 sehingga merendahkan penumpang kelas bawah...

Akhirnya, malapetaka tidak terduga menjadi nyata apabila kapal yang sangat gah ini bergesel hanya dengan ketulan ais dan memusnahkan kapal yang gah tersebut... Hahh ! kejadian dia bergesel je, tapi terus meragut nyawa !

Masa tu... dah takde lagi istilah kelas keberapa.. semua masing2 cuba menyelamatkan diri sendiri... takde lagi rasa jijik dengan kelas bawahan... sanggup berhimpit di dalam kapal keselamatan... hahhhh mana pergi hang punya kelassssss sangat tu??

Jadikan pengajaran cerita cenggini.. kita tak selalu di atas pun....

April 25, 2015

Beza Kita Dengan Ahmad Maslan...

10:52 AM 2
Beza Kita Dengan Ahmad Maslan...

Penggiat FB mesti pernah nampak gambar ni kat mana2 komen di page... biasalah... siapa tak anti dengan Pakar GST ni kan?? hasben pun cakap dari zaman Tun M pun, mamat ni busuk sungguh hatinya...

ehh hakakkk malasss laaa nak berpolitik dalam entri hakakk... bukan minat pun politik ni... menyampah & semak otak sangat... cuma yang hakakkk pelik orang kita ni... perangai ala Yahudi sekarang...

Tak suka je mulalah kaitkan muka orang tu macam khinzir laa, anjing la, beruk laa... akal mana akal??

Tu hakakkkk nak tanya tu.... kalau Ahmad Maslan ni korang anggap bodoh, habis korang tu macam mana pulak kategorinya...?? Menyamakan seorang manusia dengan binatang... itu ke yang islam ajar...?? Bukankah orang2 yang macam korang ni jugak yang martabatkan Islam habis-habisan??

Hiks.. semuanya takde beza pun yang menghina dengan Ahmad Maslan ni... sama je sikapnya.. Bodoh Tapi Sombong :)

April 24, 2015

Akhirnya TokTeh Pergi Jua...

7:31 AM 9
Akhirnya TokTeh Pergi Jua...
Terasa sebak bila dapat tahu Tokteh dah takde.. diakui, wa bukanlah antara cucu saudara yang rapat sangat dengan arwah.. cuma sikap arwah yang kelakar dan mempunyai anak2 yang berhati murni buat wa rasa rapat je dengan keluarga arwah..

Entri sebelum ini : Melawat Tokteh Yang Sakit Di Johor.

Hakikatnya diri ini pemalu dan ''sombong'' untuk bertegur sesiapa...

10305514 10205184035903099 1430107039532731594 n
Arwah Tokteh disamping Nekton..

Khamis 23 April 2015 (05Rejab1436), selepas maghrib.. Tokteh telah menghembuskan nafasnya yang terakhir... Allah lebih menyayanginya.. Terima kasih kepada yang mendoakan sebelum ini..

Kesakitannya menduga anak , isteri serta menantu akan ketaatan mereka terhadap arwah... Betapa sayu tengok anak2 arwah, isteri, anak2 saudara & menantu sangat2 teguh menjaga seorang bapa yang sedang sakit..

Tak ralat sangat sebab wa sempat bertemu arwah seminggu sebelum pemergiannya... 
ALLAH sebaik-baik perancang.. DIA berhak mengambil HAK-NYA kembali...

uj

Innalillahwainnalillahirojiun,
Daripada-Nya kita datang,
kepada-Nya kita kembali...

Semoga arwah Tokteh ditempatkan bersama para soleh yang dikasihi ALLAH SWT :)
amin..

April 22, 2015

Ubat Atarax - Penghilang Gatal Yang Mengkhayalkan

6:41 PM 14
Ubat Atarax - Penghilang Gatal Yang Mengkhayalkan
Lepas dialisis, wa memang akan mengalami kegatalan badan yang teruk.. dulu seriously tak tau nak manage macam mana... kalau bagitau doktor, memang dia suruh kita masuk ward, amik darah itu ini.. bosan k...

Then mama pergi farmasi... tanya kalau2 ada ubat untuk cegah kegatalan ni.. hahh !! Depa bagi mama Atarax..



Inilah contohnya... actually ubat ni agak terkawal.. tak boleh suka2 hati... Penangan ubat ni pun boleh kata agak kuat jugak lagipun bila badan kaw2 gatal & kau telan ubat ni.. Comfirm gempa bumi pun kau tak sedar... kah !

Buktinya malam tadi laa... badan ni dah start gegatal sebab kering sangat after dialysis.. Makan laa ubat darah tinggi, calcium, kolestrol, phoshate & Atarax.. takdan beberapa minit dah start ngantuk... oh yaa.. effect ubat ni hanya berkesan bila badan betul2 dalam kondisi tak stabil... kalau badan kau sihat walafiat, kau telan memang tak jadi apa lah kan...

Dah ngantuk, terhuyung hayang maka pelagi... tidoOoo lah kisahnya...


Macam wa katalah kan... bila dah tido di bawah pengaruh ubat tu.. memang tak sedar diri... So masa tido tu kita hanya bermimpi jelah kan... Alkisahnya celik2 mata nampak Tokis tido kat lantai... ahhh ! Apsal plak ni?? (terus recall malam tadi kot2 ada gaduh kepe).. ok takde..

Tapi tak kejut Tokis, biar dia tidoOoo lena... siang sket baru tanya...

Tokis cerita yang wa bangun , duduk, bangun, duduk, kejap tido kat kaki, kejap tido elok, lepas tu wa ada bangun sampai terlanggar dinding...

Memang superb-mabuk laa ubat2 yang wa makan malam tadi... wa tak sedar sikitpun apa yang Tokis bagitau... bila masa aku berjalan?? wuahhahahaha !!

So bagi yang mengalami kegatalan badan yang kritikal, boleh la kot amik Atarax ni tapi mintak pandangan doktor dulu... jangan main redah je... takut side-effect teruk plak....

Wordless Wednesday #34

5:14 PM 2
Wordless Wednesday #34

Google Icon | Earth Day

10:30 AM 7
Google Icon | Earth Day
google

Hari ini, Google telah membuat sejenis doodle sempena "Hari Bumi" (Earth Day). Merupakan acara tahunan yang disambut pada 22 April dimana peristiwa seluruh dunia diadakan tanda sokongon bagi perlindungan alam sekitar.



Pertama kali diraikan pada tahun 1970, kini diselaraskan ke peringkat global oleh Rangkaian Hari Bumi (Earth Day Network), juga akan diraikan lebih dari 192 buah negara setiap tahun.

Haaaa ! Teringin sangat nak hidup dalam suasana Malaysia yang bersih.,... tapi sedih sekarang ni.. pergi sungai penuh pampers... Laut pun kekadang tertimbul najis2... Aduhaiii... awatlaaaa pengotoq sangat....

April 19, 2015

SINOPSIS 3 NOTA : GANDINGAN BEST BRONT PALARAE DAN BETO KUSYAIRY

12:10 AM 10
SINOPSIS 3 NOTA : GANDINGAN BEST BRONT PALARAE DAN BETO KUSYAIRY

3 Nota adalah telemovie di bawah sutradara Sabri Yunus yang ditayangkan di Astro Prima & Astro Maya HD.. wa tengok cerita ni sebab ada Bront Palarae dengan Beto Kusyairy.. muahahhaha !

SINOPSIS DAN PLOT 3 NOTARazali dan Atoi berkawan baik di penjara.. Setelah keluar dari penjara, Razali atau dikenali sebagai Kopak (Beto Kusyairy), berniat tidak akan mengulangi perbuatannya dan tidak mahu kembali ke penjara.. Dia bersama isterinya, Mun (Nadiya Nissa) memulakan kehidupan di rumah setinggan bersama anak mereka, Aiman.

Krisis terjadi apabila Kopak bertemu dengan Atoi (Bront Palarae), yang menjalankan kegiatan haram. Atoi mengugut Kopak supaya meninggalkan rumah.. Kopak sekali lagi cuba mencari rumah baru dan menyewa sebuah rumah kedai menjual peralatan eletrik.

Sementara itu, markas kegiatan Atoi diberkas polis. Atoi menuduh Kopak yang membuat laporan polis... Atoi tidak berpuas hati dan mencari Kopak.. Mereka berjumpa dan bergaduh.

*****************************************

Keseluruhan cerita ni agak menarik walaupun slowww sangat.. hahahhaa Kisah mengenai persahabatan yang lama.. Dendam dan erti sebuah persahabatan. Dalam slot cerita ni, Mun merupakan seorang isteri yang taat dan setia.. well, tak ramai isteri yang boleh terima suaminya seorang banduan...

Bront & Beto pernah berlakon bersama dalam Juvana dan Jiwa Taiko.. Nadiya juga pernah bekerjasama dengan Bront dan Beto dalam filem Jiwa Taiko jugak...

ehh amacam?? Best tak citer ni tadi??

April 18, 2015

Zul Ariffin, Si Sado Yang Tidak Profesional...

5:49 PM 8
Zul Ariffin, Si Sado Yang Tidak Profesional...
Based dari entri Kak SuriaLekatLekit, KALAU JUMPA ZUL ARIFFIN BUAT MACAM TAK KENAL SUDAH, ini saja je nak buat entri selingan... hiks ! 

Semua orang ada sifu memasing, walaupun Kak Suria ni teman yang tak pernah sependapat dengan wa, tapi wa tetap anggap dia sifu... sebab dia bukan blogger femes, tapi orang menerima penulisan dia yang sangat puaka tu.... memang best !


Ni kisah Zul Ariffin yang kekwat dengan peminat..

Bukan hape, nih hakak nak cakap padanlah dengan muka korang si pentaksub jul ripin ni... Masa zaman drama Rindu Awak 200%, hakak tengok kemain depa update abang sado hensem la... bestnya dapat laki macam abang sado.... siap ada yang edit gambar kekonon bergambar dengan jul ripin alkisahnya....

Dari dulu pun hakakk memang tak pernah suka dengan jul ripin ni sebab muka dia very2 the ikan ! (fishy)... nampak dia punya bongkak tu dari riak muka... kontrol ensem padahal takde laa ensem mana.. sado2 je lebih... konon...

Hang tu pokcik jul ripin, kalau rasa malaih nak layan peminat... jangan jadi retissss laaa... hang femes, dapat anugerah pun pasal peminat... hang nak wat kerekkkk plak.... berapa ramai retisss otai yang reti penat gak... ada family jugak.... tapi takda laa sekekwat hang....



Bak kata Kak Suria lagi, lepas ni peminat kalau nampak Pokcik Jul Ripin, buat tak nampak, buat tak kenal, buat lah tak tahu atau layan dia sama dengan orang awam yang lain... itu yang dia nak pun...

Nasib baik hakakkkk ni tak gila retissss.... hakakkk minat Jonidepp & Zamani je... tu pun sejak Zamani rambut pendek hakakkk dah tak minatttt... kbai,,


April 17, 2015

Tazkirah Jumaat #5

8:03 AM 9
Tazkirah Jumaat #5

Sesungguhnya Adam sangat sunyi ketika dia dicipta,
maka dia minta pada Allah supaya kurniakan seorang teman :)

Tazkirah Jumaat #4

7:54 AM 3
Tazkirah Jumaat #4
Manusia Yang Dikasihi Allah.

Salam Jumaat .. Akhirnya dapat jugak bangun awal... sedikit perkongsian pagi2 Jumaat sebegini.. semoga bermanfaat untuk diri wa dan kekawan yang lain...



Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya:
" Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. 
Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya (ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu...."

(Hadith Riwayat ibnu Abid-Dunya)

Huraian Hadith ..

Berbuat baik serta memberi keselesaan kepada orang lain. Segalanya boleh dibuat dengan niat ikhlas kerana Allah taala.

Kita jugak digalakkan untuk tidak membalas kehahatan orang lain dengan kejahatan sebaliknya membalas saja dengan kebaikan, umpama api yang disiram air.

Jika membiarkan kecenderungan untuk membuat perkara2 mungkar, maka ianya akan terus menguasai diri maka rosaklah kebaikan yang pernah dilakukan.

● Sesungguhnya keimanan itu selalu terbuka untuk ditingkatkan tetapi akan berkurang jika sentiasa melakukan perkara mungkar / maksiat.

Sesungguhnya yang baik datang dari Allah kan?? dan yang buruk dari wa sendiri....

April 15, 2015

Wordless Wednesday #33 - Some People Wish.........

9:08 PM 3
Wordless Wednesday #33 - Some People Wish.........

JENIS-JENIS SANTAU DAN TANDA TERKENA SANTAU

8:21 PM 5
JENIS-JENIS SANTAU DAN TANDA TERKENA SANTAU
JENIS-JENIS SANTAU DAN TANDA TERKENA SANTAU - Ramai orang Melayu kita mengamalkan ilmu santau ni, especially bila dengki terhadap perniagaan dan sebagainya.. Tuan suami pernah mengubati seseorang yang disantau, terus pesakit memuntahkan pelbagai barang termasuk kaca dan paku.

Kebanyakkan santau menggunakan mantera dari ayat Al-Quran dan bacaannya diterbalikkan.. Akibat santau ni jugak, korang boleh mati tau ! Kalau ada yang terkena, dinasihati, berubatlah.. emm moga dijauhkan..

Gambar hiasan semata-mata.

JENIS-JENIS SANTAU YANG PERLU KITA TAHU

Santau Angin
Selalunya ia akan dihantar melalui hembusan asap rokok.

Kesan
Mangsa akan mengalami mata merah dan pening2 macam rasa nak pecah kepala serta muntah darah dalam masa lebih kurang 2 jam & berisiko untuk mati jika tidak dirawat. Mangsa juga akan mengalami busung.
____________________________________________________________

Santau Air
Mentera yang dibaca yang akan diselangi dengan nama si mangsa dan ada wirid yang digunakan daripada ayat Al-Quran yang diterbalikkan. Semua ini akan di baca pada air dan diberikan pada mangsa untuk diminum.

Kesan
Mangsa berasa terhuyung hayang, dada berasa sempit, rasa seperti sesuatu yang memberati mereka diantara bahu dan tengkuk belakang, dan berisiko mati dalam keadaan segera (on the spot).
____________________________________________________________

Santau Tanah
Menggunakan gumpalan rambut, kaca, paku, duri yang dibacakan mantera kemudian ditanamkan kedalam tanah berhampiran atau didepan rumah mangsa.

Kesan
Apabila mangsa terpijak, mangsa akan jatuh dan akan terlihat satu bayangan hitam menghampiri dirinya dan akan berasa sesak nafas serta muntah darah, juga mengakitbatkan kematian.
____________________________________________________________

Santau Api
Menggunakan perantaraan seperti iblis atau penanggal yang mana telah dikhadamkan untuk menghampiri mangsa dan diselingkan dengan mentara. Pelaku akan memuja khadam yang menjaga api iaitu makhluk yang bernama jin.

Kesan
Mangsa akan melihat makhluk berterbangan yang berbentuk seperti api atau bebola api menghampirinya, dan terus mengenainya tepat di dada mangsa.
____________________________________________________________

Santau Pujangga
Menggunakan kepingan gambar mangsa, rambut mangsa, pakaian dalam mangsa, atau barang peribadi mangsa. Ianya dimasukkan ke dalam balang kaca dan dicampurkan dengan air kencing, air longkang dan paku serta dibacakan mantera keatasnya.

Kesan
Mangsa tiba2 akan mengalami sesak nafas yang teruk, rasa tidak berpijak di bumi, batuk berdarah dan memuntahkan serpihan paku.
____________________________________________________________

Santau Keramat
Menggunakan tali pusat bayi yang meninggal dunia, gambar mangsa, rambut mangsa dan disatukan dalam satu balang yang bercampur dengan serpihan kaca, batu, paku serta dawai2 halus,. Kemudian kesemua bahan ini dicampurkan dengan bancuhan air kapur sireh bercampur air kencing.

Kesan 
Mangsa akan muntah darah dalam keadaan segera, keluar segala serpihan kaca dan segala barangan yang digunakan untuk kaedah santau keramat.
____________________________________________________________

So korang hati2 lah ye,,, kekadang kita pun pelik apsal orang nak santau2 kita... tapi kadangkala kedengkian manusia ni tanpa sedar.... tahu2 kena sakit2 dan busung je perut tu... hmm

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Wordless Wednesday #32

4:35 PM 0
Wordless Wednesday #32

Sometimes I just feel jealous or resentful,
but then I know,
I don't have to be :)

April 14, 2015

Google Icon | Pony Express

10:26 AM 14
Google Icon | Pony Express

Google Icon menyambut ulangtahun Pony Express yang ke-155 tahun.

The Pony Express adalah perkhidmatan menghantar mesej, suratkhabar, mel dan pakej kecil dari St. Joseph, Missouri , merentasi Great Plains , sepanjang Pergunungan Rocky dan Sierra Nevada untuk ke Sacramento, California , dengan menggunakan kuda.

Sepanjang 18 bulan beroperasi, ia mengurangkan masa untuk mesej untuk perjalanan di antara Atlantik dan Pasifik pantai kepada kira-kira 10 hari.  



Kat Google tu ada game,
pergilah main ! hiks ~