REVIEW | TALAK (TV3)


TALAK adalah telemovie yang ditayangkan di TV3 sebentar tadi bermula pukul 10 malam (22/03/3015).. Ianya mengisahkan tentang Badrul (Fizo Omar) yang amat mencemburui isterinya, Yasmin (Diana Danielle) kerana berkawan rapat dengan sahabatnya, Mukhriz. Mukhriz adalah teman rapat dari kecil Yasmin di kampung.

Badrul mengesyaki Yasmin menjalinkan hubungan dengan Mukhriz dan membuat syarat, andai antara mereka suami isteri yang bersama dengan orang lain, maka jatuh talak.

Konflik terjadi apabila Badrul digoda oleh teman sekerja, Rina (Reen Hashim). Mereka menjalinkan hubungan dan akhirnya Rina mengandung. Badrul tidak mahu bertanggungjawab dan menyuruh Rina menggugurkan kandungan tersebut.

Selama beberapa bulan Badrul menyimpan rahsia itu dari Yasmin, dan akhirnya terbongkar bila Rina memberitahu Yasmin sendiri. Akhirnya Yasmin meminta Badrul mengahwini Rina dan Yasmin telah membawa diri.


  • Cerita ni memberi moral yang baik sebenarnya.. Dalam rumahtangga perlu ada sefahaman antara satu sama lain.. Tusebab sebelum kahwin kena kenal dulu siapa pasangan kita, mampu ke jadi seseorang yang kita mahu kelak.
  • Jangan terlalu syak wasangka, nanti makan diri.. Akhirnya yang tersayang, jadi terbuang... rugi kan??

Itulah sedikit sebanyak pendapat wa tentang cerita TALAK ni... hahaha...

Kita kasi  !


REVIEW | TALAK (TV3) REVIEW | TALAK (TV3) Reviewed by Tunsha Ayunie on March 23, 2015 Rating: 5

6 comments

  1. tak tengok pun..tengok bola...ramai jugak yang bagi laporan kat fb kata drama ni best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak ler bila dah takde cerita nak tengok..haha

      Delete
  2. skt je hati tgk badrul tu..pdn muka last2 termkn dgn talak sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha memang tak suka Fizo, dia berlakon camtu lagilah menambah kebencian...hahahhaa

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.