Sinopsis Filem - Queen Of Langkasuka - Monolog Aku Cuma Di Kiri

March 03, 2015

Sinopsis Filem - Queen Of Langkasuka


Wa memang peminat cerita sejarah ni, especially tentang Langkasuka. Pernah terbaca kisah tapi tak pernah habis pun.. hewhew... Cerita ni ditayangkan di Astro Citra..

Ratu Hijau (1584-1616) yang memerintah Pattani menghadapi ancaman pemberontak yang diketuai Putera Rawai, yang besekutu dengan kapten lanun, Ekadam (Gagak Hitam). Harapan Ratu Hijau adalah untuk mendapatkan meriam berkuasa daripada seorang pakar senjata daripada Belanda, Janis Bree. 

Bagaimanapun, kapal Belanda yang membawa meriam tersebut meletup dan karam bersama muatannya ke dalam laut dalam serangan lanun Ekadam. Janis Bree terbunuh manakala muridnya yang berasal dari China, Lim Kium diselamatkan oleh orang laut.

Sementara itu, Pari adalah seorang anak yatim piatu yang dibesarkan di sebuah kampung nelayan (orang laut) yang sering diserang lanun Ekadam. Beliau yang dianugerahkan dengan ilmu mistik Du Lum, telah dibawa oleh bapa saudaranya Anjar untuk mendalami ilmu tersebut dengan Krabenkaow (Pari Putih), namun orang tua itu enggan mengajar Pari. 

Pari kemudiannya membesar dan belajar berkomunikasi dengan hidupan laut. Apabila dewasa, beliau menjadi seorang pahlawan menentang kekejaman Ekadam.

Sumber - Wikipedia

6 comments:

  1. dah tgk, citer lama kan...baru 3x ulang hehehe

    ReplyDelete
  2. La ya ke... dah melepas ke bakal tayang kat Astro Citra ni ?

    ReplyDelete
  3. ratu hijau namanya? oh, first time saya baca pasal sejarah langkasuka

    ReplyDelete
  4. tak penah tengoklah plak, macam best aje
    saya pun suka juga dok tengok cite pasal sejarah ni

    ReplyDelete
  5. Mmg best citer ni.. saya pun suka.. :D

    ReplyDelete
  6. tak berkesempatan nak tengok lagi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.