Azab Yang Diharungi Pesakit Yang Menjalani Hemodialisis - Tunsha Ayunie Punya Belog

March 27, 2015

Azab Yang Diharungi Pesakit Yang Menjalani Hemodialisis

Assalamualaikum wbt,

Idea dah tak ada nak menulis... betul, sejak musim panas yang berlarutan ni, Tuhan je yang tahu azab dia macam mana... kepala wa acapkali blank sampai naik menyampah nak hadap lappy je... kekadang usha jap, lepas tu duduk depan kipas sampai terlena... lena pun 5 minit je tau :(

Teringat zaman CAPD (Continous Ambulatory Peritoneal Dialysis), atau senang kita panggil cuci air.. Cuci air ni yang bestnya, kau tak pernah rasa semput... tapi lain plak azab dia... bila kena infection, rasa macam perut kau kena perah...

err... camne nak describes ek??

Cuba korang perah kain, haaaa bayangkan perut korang kena perah cenggitu... hiks ~



Proses CAPD ni, dia akan tarik keluar air kotor dalam badan, masukkan air bersih (air yang di-steril), dan keluarkan semula... mean macam cuci perut lah gittew kekdahnya...

CAPD ni kena buat 4 kali sehari... tiub akan dipasang di perut.



Ni pulak puan punya blog..
gambar mintak simpati extra pelempang sebijik plsss....

Itu gambar wa masa hemodialisis... azab dia lebih kurang sama dengan kimoterapi jugak... kalau badan tak kuat, semangat dah luput, memang rasa macam give-up dengan hidup laa alkisahnya..

Untuk menjalani hemodialisis, doktor akan pasang fistula kat tangan, atau IJC (Internal Jugular Catheter),  ataupun tiub sama-ada di leher @ dada. Yang wa pakai fistula, tu yang tangan bebengkak tu... darah beku terlampau banyak berkampung.

Azab yang wa & pesakit lain mungkin rasa adalah :-
  • Gatal2 badan
  • Darah rendah/pitam
  • Mual2
  • Kepanasan yang maksima
  • Kaki kejang
  • Sukar untuk tidur
  • Sengal2 sendi tulang
Kami pesakit buah pinggang ni kena kontrol semua perkara/makanan yang mempunyai phosphate. Kandungan phosphate yang tinggi dalam badan pun boleh menyebabkan kegatalan pada badan, dah laa gatal... tulang pulak makin mereput....

Kekadang kan wa rasa dah macam beruk matyehhh.... laaa ni musim panas... makin menjadi2 kegatalan... pastu asyik laaa pulun nak minum ayaq ja...

Sekian entri versi tagih simpati melampau dari wa....
("wa" bukan nama  puan blog, tapi kataganti nama diri bermaksud "gua")

9 comments:

  1. walaupun tidak berada di tempat sha,akak memahami sangat kesakitan yang ditanggung tu.akak harap sangt sha jangan putus harapan..sentiasa berdoa kepada Nya moga dipermudahkan segala perjalanan kehidupan walaupun kita adalah insan terpilih untuk mendapat penyakit tyu sayang...be strong!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak ida.... memang lawan tetap lawan :)

      Delete
  2. bersabar ya tunsha. moga kesabaran ini dibayar di akhirat kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...
      insyaAllah bro arz, mudah2an...

      Delete
  3. Pernah tgk kawan kena dialisis ni .. kejung je ...

    Malaysia Best Blog 2015

    ReplyDelete
  4. apa yg blh sis katakan selain sabar dgn ujian Nya ...

    ReplyDelete
  5. Saya sekarang ni tengah membela bapa saya yg terpaksa buat dialysis. Sekarang pakai IJC sbb fistula dah tersumbat. Memang azab di sbb kan oleh gatal2 dll

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.