3/1/15 - Monolog Aku Cuma Di Kiri

March 28, 2015

Segmen Pencarian Bloglist April - Mei 2015

2:07 AM 11
Segmen Pencarian Bloglist April - Mei 2015

Dah lamaaaaaaaaaaaaa sangat2 tak join segmen dari mana2 blogger.... sebab kesihatan wa yang turun naik.... musim panas ni memang musim sakit bagi semua orang.. kan??

Wa nak join segmen anjuran kak +Maria Firdz ... nak join silalah klik banner pepinkish tu ye...

March 27, 2015

Azab Yang Diharungi Pesakit Yang Menjalani Hemodialisis

11:09 PM 9
Azab Yang Diharungi Pesakit Yang Menjalani Hemodialisis
Assalamualaikum wbt,

Idea dah tak ada nak menulis... betul, sejak musim panas yang berlarutan ni, Tuhan je yang tahu azab dia macam mana... kepala wa acapkali blank sampai naik menyampah nak hadap lappy je... kekadang usha jap, lepas tu duduk depan kipas sampai terlena... lena pun 5 minit je tau :(

Teringat zaman CAPD (Continous Ambulatory Peritoneal Dialysis), atau senang kita panggil cuci air.. Cuci air ni yang bestnya, kau tak pernah rasa semput... tapi lain plak azab dia... bila kena infection, rasa macam perut kau kena perah...

err... camne nak describes ek??

Cuba korang perah kain, haaaa bayangkan perut korang kena perah cenggitu... hiks ~



Proses CAPD ni, dia akan tarik keluar air kotor dalam badan, masukkan air bersih (air yang di-steril), dan keluarkan semula... mean macam cuci perut lah gittew kekdahnya...

CAPD ni kena buat 4 kali sehari... tiub akan dipasang di perut.



Ni pulak puan punya blog..
gambar mintak simpati extra pelempang sebijik plsss....

Itu gambar wa masa hemodialisis... azab dia lebih kurang sama dengan kimoterapi jugak... kalau badan tak kuat, semangat dah luput, memang rasa macam give-up dengan hidup laa alkisahnya..

Untuk menjalani hemodialisis, doktor akan pasang fistula kat tangan, atau IJC (Internal Jugular Catheter),  ataupun tiub sama-ada di leher @ dada. Yang wa pakai fistula, tu yang tangan bebengkak tu... darah beku terlampau banyak berkampung.

Azab yang wa & pesakit lain mungkin rasa adalah :-
  • Gatal2 badan
  • Darah rendah/pitam
  • Mual2
  • Kepanasan yang maksima
  • Kaki kejang
  • Sukar untuk tidur
  • Sengal2 sendi tulang
Kami pesakit buah pinggang ni kena kontrol semua perkara/makanan yang mempunyai phosphate. Kandungan phosphate yang tinggi dalam badan pun boleh menyebabkan kegatalan pada badan, dah laa gatal... tulang pulak makin mereput....

Kekadang kan wa rasa dah macam beruk matyehhh.... laaa ni musim panas... makin menjadi2 kegatalan... pastu asyik laaa pulun nak minum ayaq ja...

Sekian entri versi tagih simpati melampau dari wa....
("wa" bukan nama  puan blog, tapi kataganti nama diri bermaksud "gua")

March 23, 2015

TAHNIAH ! BLOGGER FADZI RAZAK SELAMAT MELAHIRKAN BABY BOY !

7:19 PM 11
TAHNIAH ! BLOGGER FADZI RAZAK SELAMAT MELAHIRKAN BABY BOY !

Gambar penculikan dari Instagram Fadzi Razak 

TAHNIAH ! BLOGGER FADZI RAZAK SELAMAT MELAHIRKAN BABY BOY ! - Wah wah... siapa tak kenal Fadzi Razak ni?? Dia femes sebab hidden identity awalnya.. Semua ingat dia bro2... Aku je tahu dia gegurl... Aku cam berharap je dia boboy itu time, sebab cara dia ni machooooo sangat.... wakkakaka kk tipu ..

Hari ini, 23 Mac 2015, Fadzi a.k.a Bam Paji, selamat melahirkan seorang baby lelaki... tapi takde laa gambar baby.... haha... maka dengan rasmi dah jadi #bloggermom laa Bam Paji kita...

Oh yaaa ! Baby awal 2 minggu ! Tahniah Bam Paji !! Semoga baby dan Bam Paji sihat2 sentiasa.. selamat berpantang !

GEMPAR !! "Pocong" Muncul di Kota Tinggi?

7:10 PM 2
GEMPAR !! "Pocong" Muncul di Kota Tinggi?
GEMPAR !! "POCONG" MUNCUL DI KOTA TINGGI? - Assalamualaikum wbt. Hahhaha nak tergelak pulak.... tak tahu kenapa rasa nak tergelak tengok nama pocong ni... tak pasti jugak kenapa ada yang takut... (wahhh riak takbur kau...)


pocong

Penduduk kawasan perumahan Taman koya Jaya menjadi gempar dengan kemunculan lembaga berupa pocong yang tersandar di sebatang pokok pisang..

Khabarnya lembaga itu berukuran lebih kurang 1.5 meter yang dibenmtuk menyerupai mayat berkafan ditemui di persimpangan Jalan Nangka-Jalan Belinjau menuju Kampung Kelantan.

Tak tahu la pocong betul atau budak2 je pakai macam pocong sebab nak takutkan orang kampung... tapi perkara sebegini kita ingat satu je la, mereka makhluk Allah jugak... jangan ada rasa takut sangat dengan makhluk macam ni..

Salam maghrib !

CAWANGAN KEDUA IKEA BAKAL DIBUKA DI CHERAS !

5:34 PM 2
CAWANGAN KEDUA IKEA BAKAL DIBUKA DI CHERAS !
CAWANGAN KEDUA IKEA BAKAL DIBUKA DI CHERAS ! - Assalamualaikum wbt. Wah wah ! Kemain bahagia dapat berita macam ni uolssss. Aku ni bukanlah kaki shopping sangat tapi sejak berkahwin ni memang peel macam mak-mak sikit walaupun aku tak bergelar mak pun. Heh!


Dengar cerita IKEA nak bukak cawangan kat Cheras. Propa ke Auta tak tau laa kan?Pengendali rangkaian IKEA Singapura, Malaysia dan Thailand,  Ikano Pte Ltd, dijangka akan membuka cawangan keduanya di Cheras, bertempat di Jalan Cochrane. 

Cawangan kedua ini juga dijangka adalah yang terbesar di negara ini dengan keseluruhannya 20 peratus lebih besar dari IKEA Damansara.

Wah wah... tak sabar pulak rasanya... ehh over-excited plak ~

AWAL ASHAARI PULAK MENGAMUK BILA DAPAT PETUA MANCUNGKAN HIDUNG LARA ALANA !

2:50 PM 0
AWAL ASHAARI PULAK MENGAMUK BILA DAPAT PETUA MANCUNGKAN HIDUNG LARA ALANA !
AWAL ASHAARI PULAK MENGAMUK BILA DAPAT PETUA MANCUNGKAN HIDUNG LARA ALANA ! - Assalamualaikum wbt. Hadoiiii tak habis-habis kes Awal Ashaari dengan anaknya, Lara Alana. Protective jugak laaa Awal Ashaari ni kan, sebab wa tengok Scha takdelaa respon apa-apa bila peminat bagi komen tentang Lara Alana... ehh... ke ada??

Awal Ashaari marah sangat sebab orang bagi petua untuk mancungkan hidung Rara... ehh ok lettew... at least ada la alert... hahhh by the way saja nak menyibuk.... hidung puan blog pun kembang jugak and I'm proud with it... haha !


awal ashaari

Ada ke statement2 di atas yang menunjukkan pengomen menghina hidung Rara?? takde kot... dia bagi petua bernas lagi.... mana tahu boleh dipraktikkan... betul tak??

Kalau rasa sensitipppp je... jangan upload la gambar Rara tu Awal... cerr low profile sket... Nama2 besar macam Rosyam Nor, Ziana Zain, Amy Mastura, Didie Alias & ramai lagi... takde pun expose anak2 diorang... pun boleh popular...

Jangan jadi lelaki la kot kalau asyik menyentap je.... :)

REVIEW | TALAK (TV3)

12:42 AM 6
REVIEW | TALAK (TV3)

TALAK adalah telemovie yang ditayangkan di TV3 sebentar tadi bermula pukul 10 malam (22/03/3015).. Ianya mengisahkan tentang Badrul (Fizo Omar) yang amat mencemburui isterinya, Yasmin (Diana Danielle) kerana berkawan rapat dengan sahabatnya, Mukhriz. Mukhriz adalah teman rapat dari kecil Yasmin di kampung.

Badrul mengesyaki Yasmin menjalinkan hubungan dengan Mukhriz dan membuat syarat, andai antara mereka suami isteri yang bersama dengan orang lain, maka jatuh talak.

Konflik terjadi apabila Badrul digoda oleh teman sekerja, Rina (Reen Hashim). Mereka menjalinkan hubungan dan akhirnya Rina mengandung. Badrul tidak mahu bertanggungjawab dan menyuruh Rina menggugurkan kandungan tersebut.

Selama beberapa bulan Badrul menyimpan rahsia itu dari Yasmin, dan akhirnya terbongkar bila Rina memberitahu Yasmin sendiri. Akhirnya Yasmin meminta Badrul mengahwini Rina dan Yasmin telah membawa diri.


  • Cerita ni memberi moral yang baik sebenarnya.. Dalam rumahtangga perlu ada sefahaman antara satu sama lain.. Tusebab sebelum kahwin kena kenal dulu siapa pasangan kita, mampu ke jadi seseorang yang kita mahu kelak.
  • Jangan terlalu syak wasangka, nanti makan diri.. Akhirnya yang tersayang, jadi terbuang... rugi kan??

Itulah sedikit sebanyak pendapat wa tentang cerita TALAK ni... hahaha...

Kita kasi  !


March 22, 2015

BILA ANAK BLACK HANIFAH DIPANGGIL BERUK

7:07 PM 6
BILA ANAK BLACK HANIFAH DIPANGGIL BERUK
BILA ANAK BLACK HANIFAH DIPANGGIL BERUK - Ibubapa mana yang tidak terasa kalau anak sendiri dipanggil beruk? Lagi-lagi si ibu, dia yang penat mengandungkan, sesedap rasa je orang panggil anak dia beruk. Tapi sebagai ayah, of coz akan rasa tempiasnya kan?


Gosip ni tadi telah tersebar dalam Melodi cuma wa dah lama tak layan sangat Melodi so tak tengok lah... dapat info pun bila baca komen2 yang ada dalam page Rotikaya...

Dengar kata Black mengamuk bila seorang fan memanggil anak dia "beruk"... wah wah... melampau sangat memberukkan anak orang... comel pe anak Black... biasalah baby.. kekadang hidung nampak kembang la penyet laa... tapi masih sangat comel !

 “ Dia kata anak saya beruk, maksudnya dulu kau pernah jugak jadi beruk. Isteri aku cantik, anak aku sempurna. Itu anak aku, kau nak cakap apa, cakap. Tapi jangan aku jumpa kau depan-depan, aku rembat muka kau,”...

Marah betul Black... yelaa... ibubapa mana tak terasa? anak sulung pulak tu... yang komen plak memang takde insurans langsung kan... Apapun semoga Black mengambil positif je perkara sebegini... kifarah tu akan terjadi jugak :)

RESEPI : Gulai Rebung Dan Babat (Perut Tuala)

2:49 PM 1
RESEPI : Gulai Rebung Dan Babat (Perut Tuala)

Hahhh !! Kalau orang Kole panggil tuala lah kan.. hahaha
Aku nih kategori.. Perak Selatan ada, Perak Utara ada, Johor ada, Kedah pun !

Harini nak buat entri resepi simple je...

Resepi Gulai Rebung Dan Babat (Perut Tuala)

Bahan-bahan : Basic la kan.. Bawang merah selabu (besar), bawang putih 2 ulas, kunyit hidup ikut sukati korang, cili api segenggam dua, semua bahan ni blend.. Hero dia mestilah rebung dengan perut kan... kuantiti pun terserah korang... garam, gula, pak aji atau apa2 penambah perisa korang nak, kalau taknak takpe, takde hal... haa jangan lupa santan !

Cara-cara
  • Perut/babat tu rebus sampai empuk & lembut... nak potong dulu boleh, nak rebus cenggitu pun boleh.. Rebung tu kalau guna rebung jeruk, kasi rendam la dulu kalau taknak masam dia kuat sangat... in this care, aku rendam rebung tu sejam, then rebus dengan air campur gula sikit... ketepikan hero kita kejap.
  • Dalam satu periuk, masukkan bahan yang korang blend, masak hingga didih, masuk santan dan semua perasa yang ada.. kalau nak masam letak la asam keping sekeping dua... dah sedap tu masukkan hero2 kita tadi... masak hingga didih & pekat.
  • Tak cukup garam letak garam, tak cukup masam letak asam... nak mengelat boleh laa letak aji setengah paket... kk mati kau lepas tu... jangan arr letak aji bebanyak ye... so dah siap.. boleh laa makan...
Aku masak malam tadi lauk ni, sebab Tokis dah tak larat makan makanan luar je... dia nak gak Aku masak... memalam butersss koooo selagi dapur... pukul 10 malam start masak, pukul 11 lebih baru makan... hahaha...

March 20, 2015

Ancaman Dan Ugutan Bunuh Dan Rogol Buat Aishah Tajudin !

3:50 PM 20
Ancaman Dan Ugutan Bunuh Dan Rogol Buat Aishah Tajudin !

Siapakah Aishah Tajudin ni?

Dia adalah BFM journalist sebenarnya... wa pertama kali layan video dia pasal hantaran kawin aritu... memang boleh terima laa apa dia cakap... ramai je yang share video dia time tu...

tapi malapetaka terjadi bila dia mengupas tentang hudud dalam videonya yang bertajuk :

"HUDUD ISI PERIUK NASI? [KUPAS]"

Well, bab hudud ni, ada yang wa tak setuju & setuju... tapi nak buat video viral macam ni memang tak mampu laa kot... sebab sensitiviti orang ni pelbagai... kita tak boleh expect satu video kita orang suka, maka semua video kita orang suka..

Cuma rasanya tak perlulah sampai bagi ancaman rogol lah, bunuh laa, nak tembak segala bagai... apa bezanya orang yang mengugut dengan yang buat video ni??

Kata nak bela agama, tapi kalau kau sendiri buat orang Islam ni nampak setaraf pengganas, macam mana??

Wa kekadang malu dengan bangsa dan agama sendiri... langsung tak gunakan alternatif yang menampakkan Islam ini sangat makmur & penuh kasih sayang...

hmmmm....

Psttt .... wanita ada 9 nafsu dan cuma 1 je akal dia... kekadang terkhilaf jugak....

UPDATE : Post ini langsung tidak menyokong perbuatan #BFM @ Aishah sendiri, lebih kepada pendapat peribadi penulis tentang respond masyaratakat Islam tentang hal ini :)


CABARAN MENULIS ENTRI DENGAN TULISAN TANGAN by Suria Lekatlekit

3:32 PM 11
CABARAN MENULIS ENTRI DENGAN TULISAN TANGAN by Suria Lekatlekit

Jom la join sebab memang takde tarikh tutup..
selagi hayat dikandung badan la kira...
haha !


Guna camera je since takde scanner pun...
gambar pun rabak... hentam arr kan...

Tazkirah Jumaat #2

1:59 PM 1
Tazkirah Jumaat #2

Adakala rasa hampa, 
bila Tuhan asyik menguji,
kesabaran pergi,
kemarahan hadir...

Tuhan,
semoga sisa kesabaranku membawa hikmah .

March 19, 2015

Layanan Double Standard Punca Aku Ingin Pergi ~

10:27 PM 6
Layanan Double Standard Punca Aku Ingin Pergi ~
Bukan nak memalukan sesiapa, tapi hati sakit dan bengkak dengan keadaan yang semakin hari semakin buat wa rasa nak berambossss cepat dari rumah ni...

Apa saja wa dengan Tokis buat semua tak kena... tapi kalau yang lelain buat takde siapa pun nak bising... padahal wa jugaklah yang mem"bibik" kat rumah ni sekarang... langsung takde siapa hargai... nak pandang kita lagilah tidak...

Nikah pun ampa tak hadir ! tu pun cheq sabaq ~

Wa tak kisah pun di-hamba-abdikan... tak kisah langsung... wa ikhlas pada mulanya... setakat masak, kemas rumah, lipat kain semua tu apalaaa sangat.... rutin laaa tu... wa bukan kerja pun... walaupun Tokis marah, dia kata wa patut jaga makan pakai dia je... bukan semua seisi dalam rumah...

Tapi dah hidup menumpang kan, kita buat laa kerja kita..



Dah jadi menantu sah dalam rumah, tapi selama 2 tahun perkahwinan sikitpun depa tak tanya khabar wa, tentang wa apatah lagi pasal family... langsung tidak ! Depa ingat wa orang kampung sebab wa kata wa stay Rawang...

ahhh mentaliti ! bila Rawang je depa kata KAMPUNG.... vebissssssss !

Adik ipar bawak GF datang rumah, depa layan si GF bagai menatang minyak yang penuh, sedangkan yang wa sebagai menantu... sikitpun takde offer nak kemana... heh...

wa takde kereta, takde duit, takde keje, pelajaran takat SPM je...
perghhh gila double standard !

Ingat wa takde perasaan?? boleh tengok je depa gitu lepas tu senyum bangga?? entahlah... ni hal family tak patut cerita pun.... hurm... wa masih hide lagi siapa depa, kira ok laaa kan...

Wa memang nak brambosssssssssssss dari rumah ni, terlalu bersubahat dengan dosa... terlalu sakit di dada....

Moga Tuhan permudahkan... emmm nak cari rumah kemain susah... area Ampang ni, kaum PATI yang memonopoli rumah... semuanya Myanmar, Bangla, Nepal dan Indon...  hurm...

March 18, 2015

Isteri Suka Buat Macam Ni Kalau Suami Tengah Bersenang-Lenang !

6:16 PM 9
Isteri Suka Buat Macam Ni Kalau Suami Tengah Bersenang-Lenang !

Kan kan kan?? wa akui tau wa pun suka kacau Tokis sampai dia hangin je... bab GIGIT tu paling best laaa... kita takde baby nak gigit2... so kita gigit je laa isi hasben kita yang solid sangat tu... weeeeeee !!

Dalam rumahtangga, tak boleh serious je memanjang, kena gak memanja... cari satu point untuk buat suami tu setia dengan kita... tak kisah la atas dasar layanan ke, masak ke.. apa ke....

Tokis suka bila wa memanja dengan dia, dan dia paling sakit hati bila wa buat dont know je dengan dia... muahahahhaa !!

Para isteri, 
korang macam ni tak?

Review | Racun Menantu

12:18 AM 6
Review | Racun Menantu


Sarah (Sharifah Sakinah) telah diculik dari kecil dan telah di didik menjadi seorang pelacur. Hidup Sarah musnah dari kecil.. Dan setelah dewasa, Sarah berkahwin dengan Zain (Helmi Moin).

Setelah berkahwin, Zain membawa balik Sarah ke kampungnya, dan bertemu dengan Pak Dollah (Zaidi Omar), bapa Zain.

Konflik timbul apabila Sarah cuba menggoda Pak Dollah dan menundukkan Pak Dollah kerana ingin membalas dendam pada Pak Dollah kerana menculik dan menjadikannya seorang pelacur dari kecil.

Jamilah yang tidak berdosa juga menjadi mangsa akibat perbuatan dendam Sarah.


********************************************

Cerita ni dah ditayangkan seminggu lepas... ni pun entri draft... internet baru ok balik... hewhew.. ok, komen wa tentang cerita ni... watak Sharifah Sakinah amat menjadi... cerita tentang trauma seorang perempuan yang terpisah dengan ibunya akibat diculik...

Pengajaran, untuk yang ada anak tu hati2 laa... ramai budak hilang dan tidak dijumpai... dan tidak mustahil mereka juga dididik menjadi seorang pelacur dari kecil :)

March 17, 2015

Tuhan Tahu Betapa Ku Rindu.....

5:19 AM 5
Tuhan Tahu Betapa Ku Rindu.....
Sobs... assalamualaikum wbt...

Betapa sedih rasa hati sebab lama meninggalkan kekasih hati yang satu ni... sebak sangat....

readers, anda sihat tak?? masih ingat pada Tuca?? atau masing2 dah asingkan diri selama Tuca menghilang?? sobsss... nangis lagi....

oleh kerana TM yang macam hamjadah tak boleh angkat, maka wa terpaksa korbankan hampir sebulan aktiviti blogging ni.... internet sangat tak boleh harap....

Tuhan jelaaa yang tahu betapa sakitnya hati tengok kekawan lain post entri bagai nak gila.... :(

ini entri random je, wa guna fon line maxis...  memang macam siput vebisssss.......

hopefully masih ada rakan yang setia... see ya :(

March 04, 2015

Makan Di NLP Seafood - Kuala Selangor

11:54 AM 23
Makan Di NLP Seafood - Kuala Selangor
Mama suddenly panggil balik Rawang... hahaha... sebenarnya bukan panggil... dia tanya kalau wa nak balik ke tidak hari esok selepas wa punya birthday tu...

Wa memula cakap je laa taknak... ingatkan nak start niaga dah... eksaited ni...

Tetiba mama kata nak belanja makan...
ohh readers, plssss understand..

Bab makan, memang puan gojes tak boleh elak... hewhew



Pemandangan senja ketika itu....

Hajat hati mama, nak belanja kami makan dekat Aroma Ikan Bakar, sayangnya TUTUP !! Nampaklah sedikit sebanyak muka frustrated mama tu... termasuklah birthday gegirl ni.. kesian kat mama yang eksaited nak makan kat situ... memang sadissss perasaan ketika itu...

Walaupun Adib relaks cakap...

"Makan kat mana nanti jadi tahi jugak..."...

haha ! apa laaa adik wa sorang ni... tapi memang betul pun... cuma kalau boleh kita nak makan laa something yang worth dengan harga kan....?? emm sebenarnya wa segan tau mama belanja, patut wa yang belanja diorang makan... ehh terbalik plak...

*memang ada nawaitu, moga ada rezeki....


Adik beradik sedang bergambar...

So kami singgah kedai sebelah je la, NLP Seafood.. bolehlah masakan dia... nak kata sedap gila tu takde laaa tapi seafood dia fresh... udang, ketam.. memang manis laa... termasuk ikan siakap...




1) Selingan Tokis yang tetiba putih melepak..
2) Selingan Puan Gojesss yang gonjeng...

Servis ok je... cuma rasa tak enjoy nak makan sebab haritu wa agak overloaded air.. tapi demi menghargai mama, ku sumbatkan jugak... cita2 nak makan nasi bertambah hanya tinggal cita2.. so kita meratah je lauk yang ada.... (macam tak percaya wa meratah je aritu...)


Selingan adik-adikku yang meng-kerang...


Ini menu :
Kerang bakar
Tiram bakar
Ketam Sweet Sour
Udang Sweet Sour
Siakap Steam
Sotong Goreng Tepung
Udang Goreng Tepung
Sayur Kailan Ikan Masin
Tomyam
Air Tembikai
Air Apple Asamboi
= RM 304

Ok, sila pengsan ! 
Abah saya dah pengsan, anda bila lagi ?


Selingan adik-beradik yang tidak bermotif,
perut kenyang, suka hati !

Tiada lagi simpan perasaan kurang baik dalam diri... *tetibe*

Wa rasa konsep kat Kuala Selangor ni sama je kan?? Korang pilih apa2 seafood, nak buat masak apa, diorang yang masak... cuma kat NLP aritu, Adib mintak butter prawn dia tak buat... hehhh... patut harus diadakan....

Kami makan tanpa membazir ! Kami jakun makan tiram (especially kami, adik beradik)... Tiram tak sedap, sebab overcook... lupa nak suruh dia bakar kejap je then perah lemon.... lupa jugak yang tiram tak boleh overcook ! ingat ye hadek2...


Bebanyak gambar, lupa nak snap gambar mama abah haritu... ahhh frustratedddd !! Bukan tak snap, tapi abah mama asyik pandang tempat lain dan agak kabur jugak... So kita selingkan gambar makan kat Nando's haritu... sempena anniversary mama&abah...

Thanks mama for the belanja....
Agaknya sebab tu rezeki mama alhamdulillah, selalu ada... mama jenis tak kedekut... ohhh betapa saya sayangkan mama saya...

Sekian.

March 03, 2015

Sinopsis Filem - Queen Of Langkasuka

10:07 PM 6
Sinopsis Filem - Queen Of Langkasuka

Wa memang peminat cerita sejarah ni, especially tentang Langkasuka. Pernah terbaca kisah tapi tak pernah habis pun.. hewhew... Cerita ni ditayangkan di Astro Citra..

Ratu Hijau (1584-1616) yang memerintah Pattani menghadapi ancaman pemberontak yang diketuai Putera Rawai, yang besekutu dengan kapten lanun, Ekadam (Gagak Hitam). Harapan Ratu Hijau adalah untuk mendapatkan meriam berkuasa daripada seorang pakar senjata daripada Belanda, Janis Bree. 

Bagaimanapun, kapal Belanda yang membawa meriam tersebut meletup dan karam bersama muatannya ke dalam laut dalam serangan lanun Ekadam. Janis Bree terbunuh manakala muridnya yang berasal dari China, Lim Kium diselamatkan oleh orang laut.

Sementara itu, Pari adalah seorang anak yatim piatu yang dibesarkan di sebuah kampung nelayan (orang laut) yang sering diserang lanun Ekadam. Beliau yang dianugerahkan dengan ilmu mistik Du Lum, telah dibawa oleh bapa saudaranya Anjar untuk mendalami ilmu tersebut dengan Krabenkaow (Pari Putih), namun orang tua itu enggan mengajar Pari. 

Pari kemudiannya membesar dan belajar berkomunikasi dengan hidupan laut. Apabila dewasa, beliau menjadi seorang pahlawan menentang kekejaman Ekadam.

Sumber - Wikipedia

Releven Dan Seronok Ke Tengok Orang Tua Melatah?

7:09 PM 18
Releven Dan Seronok Ke Tengok Orang Tua Melatah?
MELATAH - Salah satu penyakit saraf & psikologi, yang mengalaminya memang tak kira usia.. emm .. ada orang cakap, penyakit latah ni dari bebuat so terus melekat latah tu... tak tahu la kan... oh ya, yang ada penyakit latah ni... mostly Melayu la kan kan kan?

Sebenarnya bukan pasal latah sangat pun nak diceritakan kat sini, cuma persoalan yang timbul.. seronok sangat ke kita bila tengok orang melatah?? Seronok sangat ke kasi orang tu penat melayan kerenah kita yang mencucuk-cucuk mereka supaya melatah??

Mungkin kita geli hati tengok depa pakat melatah, joget sana joget sini ikut rentak kita...... seronok sangat lettew, mungkin.


Kejadian di hospital, Makcik Bakyah seorang yang kuat sangat melatah... 

Staff acapkali kacau dia especially staff lelaki.... adakala wa pun tergelak tengok Makcik Bakyah... tapi beberapa kali ni... wa jadi kesian sangat.... terfikir pulak maruah Makcik Bakyah yang tidak sedar orang jadikan dia badut kat situ...

Staff lelaki cucuk Makcik Bakyah sambil bercakap benda lucah, Makcik Bakyah terikut2... Termasuklah dengan mengerang segala bagai.... dia sungguh2 menjadi bahan tatapan ketawa berderai di unit dialisis....

Wa sedih, terbayang kalau itu mama... wa takkan diam je orang bikin wa punya mak malu macam tu...

Kesian si pelatah, mereka penat sebenarnya :)