February 17, 2015

Yeesang - Lambang Kemakmuran

Source by Google

Siapa yang pernah merasai keenakan Yeesang? Ada yang baru  tahu, ada yang tak sanggup nak cuba dan bermacam lagi... ehhh formal sangat ayat waolsss... agagaga... 

Bila Tahun Baru Cina je, mesti ada Yeesang ni... Makanan ni tak best kalau makan sorang2.. ianya perlu dinikmati beramai2 sebagai simbolik perpaduan...

Yeesang juga dikenali sebagai Yusheng atau Yuu Shang, ia sejenis salad ikan mentah (biasa yang digunakan adalah Salmon) dan makanan laut (tiram, kupang) selain daripada cebisan2 sayur sayuran yang dihiris halus dan dicampurkan dengan beraneka sos, perasa dan kekacang.


File:Yeesang.JPG
Source by Google

Lo Hei (Melambung Yeesang) - Memakan Yeesang adalah adat resam bagi kehidupan bangsa Cina yang tinggal di Malaysia dan Singapura. Mereka dan sanak saudara atau kawan2 akan mengelilingi sekeliling meja dan melambung bahan Yeesang menggunakan penyepit beramai2 sambil melaungkan ucapan menandakan bermulanya tahun yang makmur.

Dulu teringin nak makan Yeesang ni, tapi family takde keturunan cina, so abaikan je la.. Sekarang ni Tokis berdarah Cina, maka menggedik2 dengan Tokis nak makan Yeesang.. maka esok dapatlah lepas hajat nak makan Yeesang setelah impian lama terkubur... esok boleh korek kubur balik... agagaga

Selamat Tahun Baru Cina !

6 comments:

  1. pernah mkn masa ada boss cina . dah mcm mkn ulam pun ada ...

    ReplyDelete
  2. Hee bole la wish Gong Xi Fat Chai Ayunie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe boleh2... Gong Xi Fat Choi kaklynn !

      Delete
  3. Ohh..bestnya..Kak wana nak join tunsha bleh? Nak juga rasa yeesang ni..nampak menarik tu.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.