February 06, 2015

WORLD INTERFAITH HARMONY WEEK - 2015

Wa dapat tahu hari World Interfaith Harmony Week ni dari blog +Prince Noob sebenarnya, pasal gambar gadis Melayu yang memegang banner I am Muslim and I love Hindus. Ramai yang tak boleh terima perkara ni especially Muslim la kan... well... di Malaysia tak macam negara lain.. di Malaysia, penduduknya begitu sensitif.

WORLD INTERFAITH HARMONY WEEK | Ianya dicadangkan pada Perhimpunan Agung PBB pada 23 september 2010 oleh Raja Abdullah II dari Jordan. Ianya sukar diterima pada mulanya, tetapi diterima oleh PBB dan sebulat suara meneruskan minggu pertama Februari sebagai hari World Interfaith Harmony Week.

Dalam inisiatif ini adalah untuk mempromosi dan menyemai keharmonian di kalangan manusia tanpa mengira agama dan kepercayaan mereka, tanpa menjejaskan mana-mana rukun agama masing-masing.




  • Mereka memberi imperatif bahawa semua agama memerlukan keyakinan, kepercayaan, keamanan, tolenrasi dan saling memahami.
  • Kepercayaan bahawa persefahaman dan dialog antara agama merupakan dimensi penting dalam budaya keamanan.
  • Mengistiharkan minggu pertama Februari setiap minggu sebagai hari World Interfaith Harmony Week antara semua agama dan kepercayaan.
  • Menggalakkan semua negara untuk menyokong secara sukarela, penyebaran mesej keharmonian antara agama dan muhibah di gereja, masjid, kuil dan rumah-rumah ibadat di dunia, berdasarkan cinta kepada Allah dan kasih sayang sesama manusia, mengikut tradisi mereka sendiri.

Wa hanya keluarkan pendapat dan buat research sikit supaya wa tidak menunduk seperti Baqarah (Sapi) ... 

Untuk pengetahuan jiwa yang kelam (Termasuk diri sendiri) :-

Hindu = agama
A Hindu = seorang penganut agama Hindu
Hindus = ramai penganut agama Hindu

Christian = agama
A Christian = seorang penganut agama Christian 
Christians = ramai penganut agama Christian 

Islam = agama
A Muslim = seorang penganut agama Islam
Muslims = ramai penganut agama Islam

Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.