TANDA-TANDA MENGALAMI KEGAGALAN BUAH PINGGANG - DARI JARI NOVELLA

February 02, 2015

TANDA-TANDA MENGALAMI KEGAGALAN BUAH PINGGANG

ewww... so jijikkknesss....


Kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap tanpa apapun tanda dan gejala sehingga ke peringkat yang teruk. Korang dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya korang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.

Kalau demam tak kebah2 tu pergilah jumpa doktor. Jangan harapkan ubat.. Sebab wa pun kena demam panas then doktor HKL istiharkan wa sebagai pesakit buah pinggang end stage, tiada ubat dah...



Korang akan disyaki mengalami kegagalan buah pinggang kalau mempunyai tanda-tanda yang sebegini :-
  • Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah)
  • Rasa mual, muntah dan hilang selera makan
  • Gatal seluruh badan
  • Sakit tulang
  • Bengkak pergelangan kaki dan sesak nafas
  • Pucat
  • Kencing yang berbuih
  • Darah keluar bersama air kencing
  • Jangkitan salur kencing berulang-ulang
  • Pengeluaran kencing berkurangan
  • Kerap kencing terutama sebelah malam
  • Mengalami hypertensi pada usia muda

Kalau rasa badan korang bengkak lain macam sangat tu, silakanlah buat rawatan susulan... Sebab dulu wa badan dah bengkak2 family wa ingat wa bengkak gebu sebab makan banyak, namun sebenarnya dua2 buah pinggang wa dah rosak... Kecik lagi oii... umur 4 tahun baru... Info ni bukan untuk korang je, tapi anak2 yang masih baby... Risiko tetap ada dimana2...

Cheers,
Tuca.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.