February 23, 2015

Kisah Seram : Rumah Aku Ada Hantu

Tajuk yang mengundang kan?? Tapi tak semua percaya kewujudan makhluk ghaib ni... Aku percaya, sebab dah banyak kali kena... tapi mama abah, tak pernah percaya...

Berkenalan & berkahwin dengan Tokis telah mengikis perasaan takut aku pada makhluk halus ni... Sebab Tokis adalah Pengamal Perubatan Ilmu Islam dan biasa mengubati orang yang kena rasuk, kena sihir, kena santau, pagar rumah & macam-macam lah kan....


Rumah ni (in law) banyak juga barongan yang tersimpan... Memang rasa dah lali... "Penjaga" pun ada... Tapi rumah di Rawang tu agak scary... haha...

Ini bukan cerita mengarut, dan mungkin dianggap mengarut.. Pedehal?? Bukan boleh paksa orang terima cerita kita , kan...?? Tapi memang kisah benar dan aku macam malas nak buang masa untuk menaip kisah yang menjadi rekaan lelagi bab HANTU ni....


Kenapa aku kata kisah benar?

Kisah 1
Aboy pernah cakap dia nampak seorang perempuan menyerupai aku tengah menari dalam bilik... (padahal masa tu aku kat bawah). 

Kisah 2
Adik-adik biasa nampak kelibat aku dalam bilik sedangkan aku takde pun dalam bilik ketika tu.. Bukan diorang je, aku pun kekadang nampak kelibat adik2 aku kat bilik diorang, tapi diorang memang TAKDE dalam bilik tu... 

Kisah 3
As, kakak angkat aku... Datang rumah waktu raya 2012... Masa tu malam tau... As duduk diam je, tak banyak cakap... bila balik dia msg aku.. "Dari orang masuk rumah sampai ke luar 'benda' tu asyik ikut orang je, sampai masuk dalam kereta"...

Kisah 4
Raya jugak, 2013.. Bro aku, Adat & Haidi datang rumah... Dedua ni pun hijab terbuka kot kekdahnya... bila balik, Haidi msg aku... "Buruk betul rupa kawan lu yang sambut wa kat rumah tadi... lepas tu asyik renung wa kat tangga".. jejejenggggg......

Kisah 5
Aboy kena tindih kat belakang, masa tu aku tak kawin lagi... tapi dengan sikit ilmu yang Tokis ajar thru henpon, aku tarik benda yang tindih Aboy tu... and campak kat luar tingkap... Nak tahu satu benda? Memang realistik sangat bunyi benda tu melompat2 kat luar tingkap... Sebab luar tingkap aku tu macam balkoni je... hahhaha 1 malam tak tido gara2 perkara tu..

Kisah 6
Aku tido, then terbangun... memang sikap aku kalau terbangun tido, harus pandang langsir dan tingkap dulu... Aku nampak satu kelibat pandang ... puas la baca ayat kursi semua takmau gak... sekali pujuk dia camni je... "Aku tak kacau kau, tolonglah jangan kacau aku..." tupss! Hilang...

Kisah 7
Aku nampak rupa hantu senyum kat sliding door rumah... dah macam hantu kak limah pun hader.... 2 kali tengok dah hilang... hahahhaa

Kisah 8
Terbaru, Lia cerita konon dia nampak pontianak... malam tu dia rasa macam kena cakar... dia buat bodoh je ingatkan perasaan.... tapi bangun pagi tangan dia memang ada kesan cakaran...


Hurmm.... nak mintak tolong Tokis pagarkan balik rumah tu... sebab dulu dah berpagar tapi dah tercabut kekdahnya....  Memang nak pagar tapi mama abah tu kata benda camtu khurafat laa, syirik apa semua, the best thing mama abah ingat kami ni "dreaming" je... huwaaaa camne ekkk??

Sebenarnya dah acapkali diri kami 4 beradik diganggu, cuma aku paling selamat lah sekarang kan sebab dah tak tinggal kat sana...  Tapi kalau balik Rawang, memang terseram gak... haha

Kenapa manusia takut hantu?? Jawapannya senang... manusia hanya percayakan perkara yang LOGIK... yang hakikat... yang nampak dengan mata kasar...

Cerita ni bukan nak seramkan sesiapa... cuma saja berkongsi sambil berfikir camne nak pagar rumah tu?? kk tu je.

13 comments:

  1. haaaa benci nyaaa tengok gambar2 tu! saya nak tdo nii haha

    ReplyDelete
  2. errr..seram juga cerita tunsha ni..tapi memang hantu tu wujud..

    ReplyDelete
  3. Perkara2 ni mmg wujud.. cuma berdoalah dgn usaha yg sebaiknya agar tak mengganggu kita kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekadang kita kena berinteraksi jugak dengan makhluk2 ni... tak boleh tunjuk takut ...

      Delete
  4. Ada juga yang x percaya?
    Pelik juga..
    Kan makhluk ghaib tu memang wujud..
    Makhluk tu macam kita, makhluk ciptaan Allah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekadang taknak terlalu melayan, itu yang kata tak percaya...

      Delete
  5. kisah sendiri ke ni?hmm memang sah berhantu kalau macamtu.kalau aku takde maknanya la nak stay lama lagi2 ada anak kecik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah tu kena pagar je beb.... tak memudaratkan pun sebenarnya.... cuma mama abah aku tak percaya...

      Delete
  6. ala kaksha.. saje je tunjuk gambar2 tu >.< muka weird creatures saya ley terima. hantu xley!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.