February 11, 2015

Nostalgia Susu Legend Yang Sedap !

Tak tahu pun apa nama susu ni sebenarnya... Yang wa tahu dipanggil Susu Segar... Legend sangat kot susu ni, sampai sanggup curi duit arwah opah sebab nak beli susu ni kat sekolah.. haha !


Dulu susu ni adalah susu kambing tau, tapi masa Lia beli haritu dah tukar jadi susu lembu... Hah ! Ke memang susu lembu tapi wa perasan je yang susu tu susu kambing?? krikkk krikkk krikkk



Nostalgia sangat susu ni... dulu kat sekolah mesti ada lori yang akan bawak pelbagai jenis minuman termasuk yogurt, vitagen dan susu segar ni laa... Cikgu bagi kita kertas untuk kita tulis & tanda minuman apa kita nak, then bagi kat abang lori tu..

Tengok susu ni serta merta ingatkan zaman sekolah.. Zaman yang tiada hasad dengki, hanya bergembira, bergaduh dan berbaik semula....

Apapun, wa tak boleh minum susu banyak2, nanti tulang wa reput !

Cheers,
Tuca.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.