CELEBRATE BIRTHDAY DI MY MOM'S CHICKEN RICE SHOP CITARASA LINDA ONN - Tunsha Ayunie Punya Belog

February 28, 2015

CELEBRATE BIRTHDAY DI MY MOM'S CHICKEN RICE SHOP CITARASA LINDA ONN

CELEBRATE BIRTHDAY DI MY MOM'S CHICKEN RICE SHOP CITARASA LINDA ONN - Hajat hati kononnya nak celebrate kat Nando's laa... Sushi King laaa... Restoran Korea and so so laaa... yang memahal gittew... Tapi tekak mengidam nasi ayam jugak !

Dah lama sebenarnya nak pergi My Mom's Chicken Rice ni. Owner dia Linda Onn , bekas DJ Radio Era dulu. Imagine laaa dari first time dia bukak kedai tu dalam tahun 2008 kot... laa ni baru dapat jejakkan kaki....



Gambar ihsan Google je ni, lupa nak snap gambar sendiri..

Semalam (27Februari2015) birthday puan punya blog, so tuan suami tanya laa nak makan kat mana... ehhh teringin pulak nak makan nasi padang. Tapi disebabkan aku tak tahan panas, kita pergi tempat yang ada aircond lah khennn..? 

Kami singgah Ampang Point dulu, tuan suami ni gemar sangat pergi toilet. Apa yang berkampung dalam perut dia pun tak tahu lah kan. Eehhh sambung citer laa, then kami pun  gerak lah ke destinasi... kedai Linda Onn ni belakang Ampang Point je, sederet dengan Gulatis, sebelah kedai ni adalah studio jamming.



Masuk-masuk kedai je dah nampak MMCR tu...

Oh ya ! Pekerja mereka sangat peramah ye..
Sampai2 je terus sambut kami dengan mesra...

Selamat datang kak !"
Selamat datang bang !"

Peramah kan kan?? Terharu tau orang panggil kita kakak... kami pun mencari tempat yang sesuai... tempat duduk kami dah ala2 candle light dinner gittew... lampu malam2 je... haha !




Tuan suami yang leka memilih menu,
hampir 15 minit tengok menu je...


Tuan suami suruh buat muka paling cute,
maka inilah muka PALING CUTE yang boleh "disajikan" !!

hahahhaha... cuteee lahhh sangat... tangan bebonggol tu....






Bukan nasi ayam je menu dia tau, ada nasi goreng, mee rebus, soto, kerabu mangga, sayur (kangkung/kailan) goreng... ahhh macam2 lagi laa !! Paling aku teringin nak cuba adalah Sup Tulang Merah Singapore !! Frustrated dah nak balik baru perasan menu tu... sebenarnya dah lama sangat teringin nak makan....




Malas nak snap satu-satu kita snap laa semua menu atas satu meja.. (sebenarnya bukan malas tapi....) cik adik waitress kita asyik pandang-pandang... puan gojes ni nampak je mental sket tapi pemalu orangnya.... so bila orang dah usha-usha kita macam rasa tak best laa kan...

1) Mom's Selection : Nasi Ayam serve with Ayam Tabur Sambal

Komen : Rasa sambal dia macam sambal belacan, Tokis saja nak try.. tapi tak kena tekak aku pulak, biasa makan nasi ayam of course dengan sambal nasi ayam...

2) Mom's Original : Nasi Ayam serve with Roasted Chicken

Komen : Dah nama pun original so rasa pun original laa kan... Tapi takde laa sesedap Mama Nora belikan... hahahha ! OK laa... ''tak berapa sedap'' pun still mintak nasi tambah... 




Order Carrot Juice tetiba waitress tu datang depan meja...

"Kak!! Carrot Juice takde, Carrot Susu boleh tak??"

erkkk !! terkejut sambil ketawa... jawab je laa... "boleh je!"... terfikir jugak ni... carrot juice dengan carrot susu memang lelain ke?? hahhahaa !! aku yang slow ke hape ni...?? ahhh hentam lahhh...

Soooo... inilah subtotal rega(harga) yang sempat dikikis dari tuan suami !

1) Mom's Selection
2) Mom's Original
3) + Chicken Rice x2
4) Carrot Juice
5) Float Coffee
= RM 36.60

Service : Good
Place : 4/5
Food : 4/5 

Address : No. 84, Lorong Mamanda 1,Ampang Point,68000 Ampang,Selangor. 
Tel : 03 4251 1177 

16 comments:

  1. hahaha...bab carrot juice tu lawak..kesian pelayan tu kan tunsha...agak baru kerja kot...

    lapar terus nampak gambar makan :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapar jangan tahan yanty !! Jom makan !!

      Hahhh itu la yang kelakar part carrot juice tu... rasanya takde lagi orang buat carrot juice without susu kan?? haha

      Delete
  2. Omg lama dah tak pergi sini! Hahaa ingat lagi dulu masa pergi ada linda tengah duduk kat bahagian atas kedai 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahaha kita memang nak makan nasi ayam... kalau dulu baru bukak mesti ramai eksaited nak jumpa linda kan...

      Delete
  3. Memang sedap la berbnding chicken rice shop..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk tekak sha, sha lagi suka plak chicken rice shop.. hehe

      Delete
  4. wah, seronok la sambut birthday dengan insan tersayang..sedap2 menu tu kan..erm, lapar kak wana tengok tau..btw, happy birthday tunsha cayang..moga diberikan kesihatan yang baik, ceria dan comel selalu dan berada dibawah lindungan Allah..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak wana cayang...
      sorry lambat rely... hehe.... aminnnnnnn moga diperkenankan doa kak wana...

      Delete
  5. Assalammualaikum...

    sedapnyer float coffee tu.. yum3..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wbt , selim..

      hehehhee hasben sha tak suka :P

      Delete
  6. adoiii tengok makanan tu lapar lu puleee :p

    btw hapy belated birthday :D

    ReplyDelete
  7. not bad la eh... x pernah lagi try ke sana.. maybe one day :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. since kaksha memang suka hainainese chicken rice, kira not bad la sini...

      Delete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.