2/1/15 - DARI JARI NOVELLA

February 28, 2015

CELEBRATE BIRTHDAY DI MY MOM'S CHICKEN RICE SHOP CITARASA LINDA ONN

2:22 AM 16
CELEBRATE BIRTHDAY DI MY MOM'S CHICKEN RICE SHOP CITARASA LINDA ONN
CELEBRATE BIRTHDAY DI MY MOM'S CHICKEN RICE SHOP CITARASA LINDA ONN - Hajat hati kononnya nak celebrate kat Nando's laa... Sushi King laaa... Restoran Korea and so so laaa... yang memahal gittew... Tapi tekak mengidam nasi ayam jugak !

Dah lama sebenarnya nak pergi My Mom's Chicken Rice ni. Owner dia Linda Onn , bekas DJ Radio Era dulu. Imagine laaa dari first time dia bukak kedai tu dalam tahun 2008 kot... laa ni baru dapat jejakkan kaki....



Gambar ihsan Google je ni, lupa nak snap gambar sendiri..

Semalam (27Februari2015) birthday puan punya blog, so tuan suami tanya laa nak makan kat mana... ehhh teringin pulak nak makan nasi padang. Tapi disebabkan aku tak tahan panas, kita pergi tempat yang ada aircond lah khennn..? 

Kami singgah Ampang Point dulu, tuan suami ni gemar sangat pergi toilet. Apa yang berkampung dalam perut dia pun tak tahu lah kan. Eehhh sambung citer laa, then kami pun  gerak lah ke destinasi... kedai Linda Onn ni belakang Ampang Point je, sederet dengan Gulatis, sebelah kedai ni adalah studio jamming.



Masuk-masuk kedai je dah nampak MMCR tu...

Oh ya ! Pekerja mereka sangat peramah ye..
Sampai2 je terus sambut kami dengan mesra...

Selamat datang kak !"
Selamat datang bang !"

Peramah kan kan?? Terharu tau orang panggil kita kakak... kami pun mencari tempat yang sesuai... tempat duduk kami dah ala2 candle light dinner gittew... lampu malam2 je... haha !




Tuan suami yang leka memilih menu,
hampir 15 minit tengok menu je...


Tuan suami suruh buat muka paling cute,
maka inilah muka PALING CUTE yang boleh "disajikan" !!

hahahhaha... cuteee lahhh sangat... tangan bebonggol tu....






Bukan nasi ayam je menu dia tau, ada nasi goreng, mee rebus, soto, kerabu mangga, sayur (kangkung/kailan) goreng... ahhh macam2 lagi laa !! Paling aku teringin nak cuba adalah Sup Tulang Merah Singapore !! Frustrated dah nak balik baru perasan menu tu... sebenarnya dah lama sangat teringin nak makan....




Malas nak snap satu-satu kita snap laa semua menu atas satu meja.. (sebenarnya bukan malas tapi....) cik adik waitress kita asyik pandang-pandang... puan gojes ni nampak je mental sket tapi pemalu orangnya.... so bila orang dah usha-usha kita macam rasa tak best laa kan...

1) Mom's Selection : Nasi Ayam serve with Ayam Tabur Sambal

Komen : Rasa sambal dia macam sambal belacan, Tokis saja nak try.. tapi tak kena tekak aku pulak, biasa makan nasi ayam of course dengan sambal nasi ayam...

2) Mom's Original : Nasi Ayam serve with Roasted Chicken

Komen : Dah nama pun original so rasa pun original laa kan... Tapi takde laa sesedap Mama Nora belikan... hahahha ! OK laa... ''tak berapa sedap'' pun still mintak nasi tambah... 




Order Carrot Juice tetiba waitress tu datang depan meja...

"Kak!! Carrot Juice takde, Carrot Susu boleh tak??"

erkkk !! terkejut sambil ketawa... jawab je laa... "boleh je!"... terfikir jugak ni... carrot juice dengan carrot susu memang lelain ke?? hahhahaa !! aku yang slow ke hape ni...?? ahhh hentam lahhh...

Soooo... inilah subtotal rega(harga) yang sempat dikikis dari tuan suami !

1) Mom's Selection
2) Mom's Original
3) + Chicken Rice x2
4) Carrot Juice
5) Float Coffee
= RM 36.60

Service : Good
Place : 4/5
Food : 4/5 

Address : No. 84, Lorong Mamanda 1,Ampang Point,68000 Ampang,Selangor. 
Tel : 03 4251 1177 

February 27, 2015

27 February 2015 - Google Cake Doodle !

1:45 PM 6
27 February 2015 - Google Cake Doodle !

Terasa macam Google bagi penghargaan pulak..
Semalam saja je tekan gambar atas tu... 
Sekali gambar ni pergi ke profile +TunSha Ayunie ...

Hahaha !!
Tahun ni wa tak dapat hadiah tapi suka sangat dapat wish dari ramai orang walaupun diorang hanya tahu birthday wa thru Facebook..

Paling terharu bila mama yang wish... alahai...
menitis airmata...

emm... mood nak kikis duit Tokis makan nasi ayam je harini..
see ya !

Rumah Angker Pondok Indah | Roh Yang Tidak Suka Keluarga Bahagia !

1:12 AM 5
Rumah Angker Pondok Indah | Roh Yang Tidak Suka Keluarga Bahagia !

Satu keluarga telah berpindah di sebuah rumah. Semasa masuk ke rumah itu, anak mereka, Dimas telah ternampak seorang budak yang sebaya dengannya. Budak tu sentiasa mengganggu Dimas.

Pada siang itu semasa Dimas di sekolah, makciknya, Dian telah diganggu dengan jelmaan Dimas dan ibunya. Ibu Dimas juga sering bermimpi perkara yang menakutkan.

Suatu hari Dimas telah dirasuk oleh roh Ito dan telah menikam sehingga mati bapanya sendiri. Bukan bapanya saja, Dian juga mati ketika melarikan diri dari Ito.


Cerita dia macam scary laa jugak kan... tapi takde la scary sangat... scary bab part2 terkejut lepas tu part Dian kena kacau tu.. Watak dalam tu boleh dikatakan semua mati kecuali mak Dimas & Dimas....

Tuca bagi 3/5 bintang jeeeeeeee...... hiks !

February 23, 2015

SINOPSIS TELEMOVIE | TIANG SERI : BILA ROH BERATUS TAHUN MERASUK

3:53 AM 16
SINOPSIS TELEMOVIE | TIANG SERI : BILA ROH BERATUS TAHUN MERASUK


Bapa Nadrah telah membeli sebatang tiang seri purba yang berusia beratus tahun dan menggunakannya untuk membina Gazebo.. Satu hari tu pulak si Nadrah ni pandai2 cabut satu paku yang tertanam kat tiang seri tu.. Maka semangat yang pernah tertanam dalam tiang seri tersebut keluar dan menyerap masuk ke dalam badan Nadrah.

Maka Nadrah menjadi semakin agresif dan seorang demi seorang mati akibat benda yang merasuk Nadrah. 

Komen aku tentang cerita ni, just so-so walaupun jalan cerita tu ada.. Tiang Seri memang ada cerita tersendiri dan pantang larangnya... Boleh laa usha Google kalau nak tahu cerita Tiang Seri ni kan...

Tuca bagi 3/5 je.. Macam aku cakap, jalan cerita ada.. tapi susunan tu tak berapa nak ada....  ini hanya pendapat peribadi semata2... lain orang lain pendapatnya...

Cheers,
Tuca.

Kisah Seram : Rumah Aku Ada Hantu

2:02 AM 13
Kisah Seram : Rumah Aku Ada Hantu
Tajuk yang mengundang kan?? Tapi tak semua percaya kewujudan makhluk ghaib ni... Aku percaya, sebab dah banyak kali kena... tapi mama abah, tak pernah percaya...

Berkenalan & berkahwin dengan Tokis telah mengikis perasaan takut aku pada makhluk halus ni... Sebab Tokis adalah Pengamal Perubatan Ilmu Islam dan biasa mengubati orang yang kena rasuk, kena sihir, kena santau, pagar rumah & macam-macam lah kan....


Rumah ni (in law) banyak juga barongan yang tersimpan... Memang rasa dah lali... "Penjaga" pun ada... Tapi rumah di Rawang tu agak scary... haha...

Ini bukan cerita mengarut, dan mungkin dianggap mengarut.. Pedehal?? Bukan boleh paksa orang terima cerita kita , kan...?? Tapi memang kisah benar dan aku macam malas nak buang masa untuk menaip kisah yang menjadi rekaan lelagi bab HANTU ni....


Kenapa aku kata kisah benar?

Kisah 1
Aboy pernah cakap dia nampak seorang perempuan menyerupai aku tengah menari dalam bilik... (padahal masa tu aku kat bawah). 

Kisah 2
Adik-adik biasa nampak kelibat aku dalam bilik sedangkan aku takde pun dalam bilik ketika tu.. Bukan diorang je, aku pun kekadang nampak kelibat adik2 aku kat bilik diorang, tapi diorang memang TAKDE dalam bilik tu... 

Kisah 3
As, kakak angkat aku... Datang rumah waktu raya 2012... Masa tu malam tau... As duduk diam je, tak banyak cakap... bila balik dia msg aku.. "Dari orang masuk rumah sampai ke luar 'benda' tu asyik ikut orang je, sampai masuk dalam kereta"...

Kisah 4
Raya jugak, 2013.. Bro aku, Adat & Haidi datang rumah... Dedua ni pun hijab terbuka kot kekdahnya... bila balik, Haidi msg aku... "Buruk betul rupa kawan lu yang sambut wa kat rumah tadi... lepas tu asyik renung wa kat tangga".. jejejenggggg......

Kisah 5
Aboy kena tindih kat belakang, masa tu aku tak kawin lagi... tapi dengan sikit ilmu yang Tokis ajar thru henpon, aku tarik benda yang tindih Aboy tu... and campak kat luar tingkap... Nak tahu satu benda? Memang realistik sangat bunyi benda tu melompat2 kat luar tingkap... Sebab luar tingkap aku tu macam balkoni je... hahhaha 1 malam tak tido gara2 perkara tu..

Kisah 6
Aku tido, then terbangun... memang sikap aku kalau terbangun tido, harus pandang langsir dan tingkap dulu... Aku nampak satu kelibat pandang ... puas la baca ayat kursi semua takmau gak... sekali pujuk dia camni je... "Aku tak kacau kau, tolonglah jangan kacau aku..." tupss! Hilang...

Kisah 7
Aku nampak rupa hantu senyum kat sliding door rumah... dah macam hantu kak limah pun hader.... 2 kali tengok dah hilang... hahahhaa

Kisah 8
Terbaru, Lia cerita konon dia nampak pontianak... malam tu dia rasa macam kena cakar... dia buat bodoh je ingatkan perasaan.... tapi bangun pagi tangan dia memang ada kesan cakaran...


Hurmm.... nak mintak tolong Tokis pagarkan balik rumah tu... sebab dulu dah berpagar tapi dah tercabut kekdahnya....  Memang nak pagar tapi mama abah tu kata benda camtu khurafat laa, syirik apa semua, the best thing mama abah ingat kami ni "dreaming" je... huwaaaa camne ekkk??

Sebenarnya dah acapkali diri kami 4 beradik diganggu, cuma aku paling selamat lah sekarang kan sebab dah tak tinggal kat sana...  Tapi kalau balik Rawang, memang terseram gak... haha

Kenapa manusia takut hantu?? Jawapannya senang... manusia hanya percayakan perkara yang LOGIK... yang hakikat... yang nampak dengan mata kasar...

Cerita ni bukan nak seramkan sesiapa... cuma saja berkongsi sambil berfikir camne nak pagar rumah tu?? kk tu je.

February 22, 2015

Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era 2015

11:42 PM 14
Senarai Pemenang Anugerah Meletop Era 2015

Anugerah Meletop Era 2015

Artis Terbaru Meletop 
- Ayda Jebat

Bintang Online Meletop 
- Dato' Siti Nurhaliza

Pasangan Meletop 
- Scha Al-Yahya & Awal Ashaari

Program Radio Meletop 
- JoHaRa Pagi Era

Penyampai Radio Meletop 
- Johan

Group/Duo Meletop 
- Akim & The Majistret

Penyanyi Meletop 
- Dato' Siti Nurhaliza

Lagu Meletop 
- Mewangi ( Akim & The Majistret )

Program TV Meletop 
- Maharaja Lawak Mega 2013

Drama TV Meletop 
- Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Hos Popular Meletop 
- Dato' AC Mizal

Artis Lawak Meletop 
- Johan

Pelakon TV Meletop 
- Zul Ariffin

Pelakon Filem Meletop 
- Nelydia Senrose

Filem Meletop 
- Abang Long Fadil

Top Meletop Wanita 
- Ayda Jebat

Top Meletop Lelaki
- Johan

Komen wa, anugerah kali ni lebih nampak berprestij berbanding tahun lepas... memang best... hahaha nak makan pun hold dulu tau... Tahniah semua kepada para pemenang !!

Nampaknya semua muka2 baru je yang menang ni :)

Kekadang Solat Pun Hilang Kusyuk...

9:56 PM 12
Kekadang Solat Pun Hilang Kusyuk...

SOLAT : Perkara wajib yang harus kita lakukan, tapi ramai seringkali terkandas.. termasuk puan punya blog.

OK, itu mukadimah ye... korang pernah kena gangguan ketika solat?? Lepas tu korang sambung solat ke, atau mulakan kembali??

Wa selalu kena yang no.6 tu... Hahahha ! Terpijak lepas bangun dari sujud... hahhh selalu sangat kot... kenalah mula solat balik... tapi kalau dah sampai rakaat terakhir tu, wa betulkan je then sambung solat..

hee ~ korang ada pengalaman?

My Ex 2 : Haunted Lover | Bila Hantu Bekas Kekasih Membalas Dendam...

12:43 AM 6
My Ex 2 : Haunted Lover | Bila Hantu Bekas Kekasih Membalas Dendam...

Cee mendapat tahu teman lelakinya, Aof seorang kaki perempuan dan berjaya menangkap teman lelakinya bersama seorang wanita, Ying, anak kepada seorang pemilik hotel. 

Cee dan Aof telah bergaduh di hadapan Ying, Ying yang terkejut terus meninggalkan mereka selepas Cee menampar Aof. Selepas itu, Ying ditemui mati dipenuhi darah di kolam mandi oleh Aof.  Ying disangka terjun dari bangunan tersebut namun sebaliknya telah terjadi.

Pada masa yang lain pula, Cee pergi bercuti bersama kakaknya, Bowie, seorang pelakon dan rakan-rakannya.. Sambil bercuti, Cee juga menjalani penggambaran cerita seram..

Disitu terjadi pelbagai peristiwa kerana Cee asyik diganggu dengan roh Ying. Seorang demi seorang mati di tangan Cee termasuk Aof. Bangun daripada tidur, Cee mendapati dirinya juga sebenarnya sudah mati.

Bagi wa tak seram mana cerita ni.. dah boleh dapat agak je setiap scene tu.. tapi layankan laa jugak... ada laa jugak seram bila tutup lampu & tengok sorang2 sebab Tokis tido... Hantu tu kira menjadi la dengan sound dia.. cuma jalan citer tak berapa best...

Tuca bagi 3/5 bintang... peace !

Cheers,
Tuca.

February 21, 2015

Saturday Smiles #2

11:05 AM 14
Saturday Smiles #2

Sleep was free,
but I can't sleep all over the time,

heh ! I want to buy SLEEP ~

SINOPSIS HATI SEORANG IBU (ASTRO RIA)

12:44 AM 6
SINOPSIS HATI SEORANG IBU (ASTRO RIA)

JUDUL : HATI SEORANG IBU
PENGARAH : Rashid Sibir
PELAKON : Azean Irdawaty, Kamal Adli, Khatijah Tan & Siti Fazurina

SINOPSIS
Cerita seorang ibu, Mak Som (Azean Irdawaty)  yang terlalu menyayangi anaknya, Mail (Kamal Adli), seorang penagih dadah. Ibunya menahan segala cacian dan tohmahan orang kampung terhadap dia dan Mail.

Mail bercinta dengan Noni (Siti Fazurina) tetapi tidak disukai keluarga Noni. Namun akhirnya mereka terlanjur.

Satu hari, Mail berjanji ingin berubah dan tidak mahu mengambil dadah lagi.. Dia ingin mulakan hidup baru bersama ibunya. Pada permulaannya Mail membantu ibunya bekerja, dan sampai satu seketika Mail kembali ketagihan.

Mak Som akhirnya mati ditikam oleh Mail.

February 19, 2015

Lakonan Dicky Cheung Yang Menggoda ~

10:53 PM 8
Lakonan Dicky Cheung Yang Menggoda ~
Ecehhh.... nama nak gah je... korang kenal ke Dicky Cheung ni siapa?? Tokis cakap dia ni antara pelakon paling poyo dan demand... charges mahal2 je.. errr Tokis yang kata... weeee~



Lakonan dia memang best la bagi wa kan... Teringat tahun 1998 - 2004, zaman ni memang kegilaan wa dengan mama untuk melayan drama Cina especially yang ditayang di NTV7... Pukul 8.30pm je melekat depan TV...

Antara cerita feveret kami adalam My Fair Princess, Fong Sai Yuk & Journey to The West.


Wa jatuh hati masa tengok dia jadi Wukong laa... haha ! Adik wa si Lia dah terikut kening si Wukong ni... sebab? Time mama pregnant dulu mama sangat gila tengok citer Journey To The West.


Fong Sai Yuk pun ada banyak version tapi wa suka version Dicky sebab watak dia lebih masuk... Tu sebab mahal kot... sebab dia berlakon best... hewhew

Ehh tu je yang citer... tetiba teringat zaman Dicky ni femes, banyak citer Cina mesti ada muka dia...

Google Doodle #1

10:12 PM 6
Google Doodle #1

Suka tengok kambing ni gerak2 kat Google tu....

Google Doodle yang terbaru telah mencipta satu deringan Tahun Baru Cina yang mana di dalam astrologi Cina, bermaksud Tahun Kambing, dengan dihiasi  grafik animasi yang kelihatan seperti seekor kambing, juga kelihatan seperti kambing gurun jantan.

Bagi orang-orang di seluruh Asia Timur, Tahun baru Cina adalah masa yang penting untuk bertemu dengan keluarga. Di China, mereka sering menyebutnya sebagai "penghijrahan manusia yang terbesar" kerana berjuta-juta pekerja asing akan meninggalkan banda untuk kembali ke kampung halaman mereka untuk ke Festival Spring (Musim Bunga).


Clueless Smiles #2

6:51 PM 6
Clueless Smiles #2

You must try, woman !

Makan-Makan Review | Kisah Sushi King Dan Yee Sang !

9:52 AM 12
Makan-Makan Review | Kisah Sushi King Dan Yee Sang !
Memang fade-up gila datang Sushi King area Ampang Point tadi, frustrated sangat pun ada... punyalah ramai... opss Chinese New Year kan... Memang ramai la kan?? Tapi yang best... majoriti adalah MELAYU ! Hehhh orang lain sambut CNY, korang yang overrrrrrrrrrrr...

Ok tengah cakap depan cermin laa ni...

Servis? Slow teramat ! Ada satu couple tu tunggu kemain lama, terus blah je... staff ada 3 orang je.. 1 buat sushi, 1 jaga kaunter, amik order, hantar order, 1 kutip mangkuk kotor..



Masa ni dah 20minit tunggu, namun pinggan mangkuk tetap tak dikutip, tolong buat air pun lembab.. Memang sakit jiwa tadi tau... Tokis nak blah tapi sebab wa mengidam sangat.. dia sanggup ler tunggu...

Then kami adjust tempat yang dah clean and clear pinggan mangkuk.



Masa ni wa sendiri dah sakit hati & hilang sabar... Tekan2 loceng takde orang... So the best way makan lah sushi yang pusing2 tu dulu... alas perut... setelah sekian lama barulah sampai makanan kami...


Small Yee Sang : RM 12.88

Yee Sang yang berupa sampah... masa ni memang kecewa habis... rasa macam nak nangis... kenapa rupa dia tak sama macam review2 blogger lain sebelum ni?? serious ada satu perasaan yang kurang senang dalam hati ini iaitu perasaan marah !


Lo heii !! Lo heii !! Dengan Tokis..


Dah Lo heii Lo Heii , kita ngapppp laa kan ! Not bad laa rasa dia, cuma lepas gaul tu kena makan cepat sampai habis, karang kembang tak sedap maka jadi laa macam hakakkk ni deqnon oiii... tak habis kekdahnya...


Piri-piri Chicken - RM 16.90


Mix Bento - RM 13.90

Wa tak faham kenapa ramai kata Piri-piri Chicken tu sedap, sesungguhnya memanglah tak kena dengan halwa tekak ni... Siapa yang ada penyakit cepat muak macam wa memang tak recommended pun Piri-piri Chicken tu... kalau Mix Bento will consider sebab ada lemon, so potong muak..

So far harini 18 Fenaruari 2015, servis & rasa adalah hancur sama sekali ~


Hanya selingan semata ~

Related Post :

February 18, 2015

Jaafar Onn Dituduh Sebagai Penghantar Sihir Kepada Azwan Ali

10:26 PM 1
Jaafar Onn Dituduh Sebagai Penghantar Sihir Kepada Azwan Ali
Masa tengok Melodi hari Ahad aritu, sempat tengok pasal Azwan Ali yang disihir.. Alkisahnya dia bertemu bomoh dan dapat bayangan bahawa orang itu adalah seorang retisss lembut jugak, yang sangat dikenali sebagai "J"..

Maka ramailah yang berteka-teki siapa si "J" ni.. Last2 dapatlah teka alkisahnya kekonon Jaafar Onn yang buat... menguatkan pertuduhan tersebut adalah apabila Azwan Ali meng-upload gambar Jaafar Onn di Twitter dan Instagram.



Tapi tetiba dikata Azwan Ali menafikan yang tuduhan "J" tersebut adalah Jaafar Onn.. Tapi apakesss pula caption dia dalam Twitter tu...?? haa... haa....

update : Ternyata gambar dari Twitter ini adalah demi menjatuhkan Azwan Ali, beliau claim ini sebagai fitnah dan laporan polis telah dilakukan.

Apapun, to Uncle Azwan.. mohon minta petunjuk Allah SWT, bukan dari bomoh gila duit... ibarat Pak Belalang, kerja menipu je....

Google Icon | Alessandro Volta

10:00 AM 3
Google Icon | Alessandro Volta

Google Icon pilihan hari ini adalah Alessando Volta  (18 Feb 1745 - 5 Mac 1827) , seorang ahli fizik Itali yang terkenal dengan ciptaan bateri pada tahun 1800-an.

Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1745 di Como, di sebuah bandar berhampiran sempadan Swiss.


Pada tahun 1794, Volta berkahwin dengan seorang wanita bangsawan yang juga dari Como, Teresa Peregrini.

Pada tahun 1774, beliau menjadi seorang profesor fizir di Sekolah DiRaja, Como. Setahun kemudian, beliau telah mempopularkan electrophorus, sebuah alat yang menghasilkan eletrik statik.

Pada tahun diantara 1776-1778, Volta mengkaji tentang gas kimia. Beliau mengkaji dan menemui metana selepas membaca kertas kerja kepunyaan Benjamin Franklin tentang "udara yang mudah terbakar".

Pada bulan November 1776, beliau menemui metana di Lake Maggiore, dan pada tahun 1778 beliau berjaya mengasingkan metana. Beliau mencipta eksperimen seperti pencucuhan metana oleh percikan eletrik di sebuah kapal tertutup.

Pada 1779, beliau menjadi seorang profesor fizik di Universiti Pavia, hampir 40 tahun.



Alessandro with the first batery.

Ketika mengumumkan penemuannya pada cerucuk voltan beliau, Volta memberikan penghormatan kepada pengaruh William Nicholson , Tiberius Cavallo , dan Abraham Bennet .


Hantu Bangku Kosong | Bila Budak Sekolah Jadi Hantu Bangku Kosong !

2:37 AM 8
Hantu Bangku Kosong | Bila Budak Sekolah Jadi Hantu Bangku Kosong !
Cerita Indonesia. Tadi wa baru je tengok kat citra, dengan harapan cerita sebegini tidak mengecewakan.. Yes ! Memang tidaklah mengecewakan macam selalu.. Cerita ni masih di layan dan memang masih ada "horrornya" di situ... wahhh kecek indon dah kita...



Mengisahkan tentang Dinda yang sering dibuli di sekolah.. Satu hari Puan Grace menggantikan Puan Melissa sebagai guru kelasnya, kerana Puan Melissa sudah tidak tahan dengan kebiadapan anak muridnya terutama Adela, Destin dan Nancy. Adela adalah anak kepada Pak Widowo, penyumbang terbesar di sekolah mereka.

Semenjak Puan Grace masuk, pelbagai peristiwa dan gangguan terjadi di sekolah itu. kejadian itu terjadi setelah Puan Grace menyuruh Dinda duduk di bangku depan sekali, (bangku tersebut sudah lama dibiarkan kosong) .

Dengan kerjasama Puan Grace bersama Dinda, mereka dapat merungkai cerita disebalik kejadian misteri tersebut. Mereka menyiasat tentang Clara dan Mila, pelajar yang mati di sekolah tersebut.

****************************************************


Mila -

Bagi wa, garapan cerita ni bagus.. Tak pening sangat atau nak berteka-teki sangat.. Jalan cerita macam smooth je, tak buat penonton kecewa di akhir cerita.. Masalah terungkai dan kita seronok menonton.. opsss ini pendapat peribadi semata-mata.

Tuca bagi 4/5 bintang.. haha !

February 17, 2015

Ismahalil Hamzah - Jeritan Sahabat

6:05 PM 6
Ismahalil Hamzah - Jeritan Sahabat
Teringat zaman memula nak membesar... Wa dah kata wa bukan orang baik... Tak jugak jahat sebenarnya... Cuma pernah tersungkur dan masih bersyukur masih ada yang sudi menerima sebagai anak, kakak, isteri dan sahabat...

Korang pernah dengar radio Bapakku.fm?? Radio ni radio yang femes dekat internet dulu.. Wa kenal radio ni masa baru lepas putus cinta... hahaha !



Wa panggil dia "Abang Galah".

Radio ni dulu banyak buat gathering and event, wa banyak lah jugak join.. Sampailah wa bercinta dengan Tokis, wa tinggalkan slow2 dengar radio ni... Dengar2 radio ni sekarang tinggal Ismahalil Hamzah jela yang jadi DJ... DJ2 lain semua dah bawak diri... emmm dulu ramai DJ best2 kat radio ni...


Ismahalil Hamzah - Jeritan Sahabat

Hilang tangisan siapa yang tahu
Walaupun mimpi sudah berlalu
Hanya keringat hitam ku kayuh
Luaran indah selalu dipandang

Dalam berkurun datang bertamu
Tiada satupun kau rasa jemu
Biarkan yang hitam kita lupa
Jadi bahan sejarah zaman berzaman

Kenangan diudara
Izinkan kita bersaudara
Kenal ayah ibu
Kenal kesopanan
Kenal hati budi

Bagaikan zikir memanggi
Datang memanggil
Aku turut merasa
Sentosa hingga lena

Kerna fikirmu

Tak tahu aku tak tahu
Sepertimu..
Mengagungkan seni
Di awanan bertamu
Seolah bertahun bertemu

Kalam azimat
Di lembah azali
Jeritan sahabat
Kekal dihargai

***************************************

Yeesang - Lambang Kemakmuran

4:45 PM 6
Yeesang - Lambang Kemakmuran
Source by Google

Siapa yang pernah merasai keenakan Yeesang? Ada yang baru  tahu, ada yang tak sanggup nak cuba dan bermacam lagi... ehhh formal sangat ayat waolsss... agagaga... 

Bila Tahun Baru Cina je, mesti ada Yeesang ni... Makanan ni tak best kalau makan sorang2.. ianya perlu dinikmati beramai2 sebagai simbolik perpaduan...

Yeesang juga dikenali sebagai Yusheng atau Yuu Shang, ia sejenis salad ikan mentah (biasa yang digunakan adalah Salmon) dan makanan laut (tiram, kupang) selain daripada cebisan2 sayur sayuran yang dihiris halus dan dicampurkan dengan beraneka sos, perasa dan kekacang.


File:Yeesang.JPG
Source by Google

Lo Hei (Melambung Yeesang) - Memakan Yeesang adalah adat resam bagi kehidupan bangsa Cina yang tinggal di Malaysia dan Singapura. Mereka dan sanak saudara atau kawan2 akan mengelilingi sekeliling meja dan melambung bahan Yeesang menggunakan penyepit beramai2 sambil melaungkan ucapan menandakan bermulanya tahun yang makmur.

Dulu teringin nak makan Yeesang ni, tapi family takde keturunan cina, so abaikan je la.. Sekarang ni Tokis berdarah Cina, maka menggedik2 dengan Tokis nak makan Yeesang.. maka esok dapatlah lepas hajat nak makan Yeesang setelah impian lama terkubur... esok boleh korek kubur balik... agagaga

Selamat Tahun Baru Cina !

#SINOPSIS #TRAILER - INSIDIOUS : CHAPTER 3

3:07 PM 1
#SINOPSIS #TRAILER - INSIDIOUS : CHAPTER 3

SINOPSIS
Insidious 3 adalah prekuel atau permulaan cerita sebelum kisah kuasa jahat yang menghantui keluarga Lambert serta mendedahkan bagaimana Elise Rainier memiliki kebolehan untuk berhubung dengan simati demi membantu remaja perempuan yang telah menjadi mangsa kuasa jahat yang merbahaya.




Rasa macam best je, wa tak sempat tengok Insidious 1, tapi dah tengok Insidious 2, and so far memang best... tengok trailer Insidious 3 nih pun bikin jantung dupdap jugak... tak sabar nak tengok ! Release date May/June 2015.

Sekadar perkongsian :-
Sekuel - Sambungan atau lanjutan sesebuah cerita.
Prekuel - Kisah sebelum sesebuah cerita.

Rasa Semangat Kembali.. !

1:28 AM 10
Rasa Semangat Kembali.. !
Semangat bila bukak je blogger, ada je komen masuk... selalu wa check kat Notification je.... ini sangat wowww !! betul sangat, guna kotak komen blogger lebih mesra pembaca... eceh..

Jekunssss sungguh kan puan punya blog...?? Menyesal tak guna dari awal... bajet nak kejar trafik sangat.... see, tamak itu rugi...

Takde apa nak update sangat... ini pun random sebab takde idea... ingat nak blogwalking memalam ni.... tengok laaa sampai mana boleh berhenti...

Cheers ~

February 15, 2015

Q-Face - Izinkanlah

11:55 PM 21
Q-Face - Izinkanlah


Lagu ni kalau jenis nak tetangkap feeling lebih mesti ingat lagu cinta... hahaha ! Termasuklah yang menulis blog ni hahhh !! Dulu masa kerja under kontraktor TNB, wa ada minat sorang technician ni.. arwah Meor. Dia memang baik, muka lembut, cakap lembut segala bagai...

So demi nak feeling... wa cari laa lagu cinta2 zaman 90an... lagu ni bila wa dengar otomatik teringat kenangan masa kerja dulu... bukan heart feeling lahh.. just kenangan...

Then lama-lama dengan baru realise that this song sebenarnya more than ketuhanan... hiks ~



Q-Face - Izinkanlah

Bila berlabuh tabir malam indah 
Cakerawala pun turut melambai gundah 
Pecah duka berganti 
Rasa merindu kepadamu

Telah lama diriku dalam leka 
Lupa menyintaiMU sepenuh jiwa 
Sedangkan itu satu 
Kewajipanku terhadapMU

Indah mahligai yang menanti 
Semakin jauh di jangkauan 
Dapatkah aku pulang 
Berjiwa suci 
Bagai kekasih... dinanti

Masihkah diri ini 
Ada ruang beradu 
Dalam mahligai 
Sedangkan diri 
Telah tercemar 
Debu dunia

Izinkanlah diriku... izinkan aku 
Dekat denganMU kasih... dekat denganMU 
Izinkanlah diriku... kekasih sejati 
Dekat denganMU...

********************************************
Semoga roh Meor Aminullah dicucuri rahmat,
aku dah maafkan segalanya.

Clueless Smiles #1

4:05 PM 13
Clueless Smiles #1

Jejenggg....
One fine days...

I will.

Bila Blogger di-Remove Dari Group Berpengaruh ~

3:10 PM 30
Bila Blogger di-Remove Dari Group Berpengaruh ~
Malas nak cakap banyak atau taip banyak2... emmm wa tak kena pun tapi ramai yang kena.. siapa yang tahu tu tahu laa, siapa yang tak tahu.. tretttttttttt....

Ramai blogger kena remove dari group tu kan?? Wa tak sure pasal apa... yang kena remove pun blurrr kenapa diorang kena remove.... hahhaha yang pasti wa dah nyata mengatakan mereka berpuak... 

Malas nak bikin entri straight forward... karang karatzzz diorang datang berjemaah maki puan punya blog... dah tekanan kuasa tiga pulak kita kat sini...

Kata blogging & blogger ni sebagai medium perapat ukhwah... tapi wa tengok masing2 dengan depa je... mean siapa yang dalam group tu, depa2 je... orang yang tak pernah join apa2 maka tersingkir... ehh... kau ingat ni citer maharaja lawak mega?

Bagi wa pulak, kalau wa sendiri one day kena remove, emmm ramai dan banyak lagi group sebagai medium untuk post link dan provok diri sendiri... hahahaha....

Apapun, salam Ahad... sahabat ni tak kira siapa... u in the group or outside, semua sama je... yang nak berpuak, silakan... Puan Gojes?? berPUAKA je...

Maka Dengan Rasmi Kotak Komenku Bertukar ~

1:27 AM 22
Maka Dengan Rasmi Kotak Komenku Bertukar ~
Setelah berfikir sekian lama nak pasang kotak komen Blogger ni,
akhirnya menemui jalan penyelesaian bila kak +Diana Rashid komen''''


Kita nak bagi orang senang komen kan?? hahhahaa kalau lah ada yang sudi... So bila fikir2.... Tak boleh takut mengubah perubahan diri.... seperti sediamaklum... wa nih jenis takut nak mencuba... takut dengan segalanya.... especially dengan ''benda baru''... huhhh !! terukkk kan ??

Tu sebab sampai sekarang wa tak bikin job thru affiliate ke job review ke... sebab penakut tahap kambing kena simbah dengan air sejuk !!

Soooooo dengan rasmi kotak komen dah bertukar... Yang pernah & rajin komen thru Google+ sebelum ini, terima kasih banyak2....

February 14, 2015

Kalau Tak Kuat, Dah Lama Ajal Menjemput ~

10:32 PM 9
Kalau Tak Kuat, Dah Lama Ajal Menjemput ~
Dalam dunia ni siapa yang tak pernah sakit kan??

Abah wa, kalau demam... menggigil tak tentu... nampak dia lah paling manja & perangai dia sekarang Tokis yang ikut... bila demam je nampak lembik sangat... like father in law, like son in law lah kan??

Ini bukan cerita diorang, ini cerita puan punya blog.

Tak suka pun cerita sakit2 ni... boring... nampak sangat menagih simpati dalam diam.. hewhew... well guys, orang lain kalau tengok wa, orang langsung tak percaya wa sakit.. yelaa... dengan perangai huduh, dosa yang bertimbun, emm .. mana ada orang sakit buat perkara2 mungkar..??

Entahla... wa jugak manusia... tak lari dari kesilapan yang besar... selagi nama manusia...
Manusia tak faham, ALLAH tahu kenapa ianya berlaku...

" Yang menyumpah lagilah ramai... tak sedar diri kau sakit, lagi nak buat dosa.. bukan nak doa banyak2... kau tu nak mampos tak lama lagi " - kata si polan dan si polan.




Kesakitan dari kecil punca wa tak best menjalani hidup ni...

4 tahun hingga 10 tahun - Melekat pada mesin CAPD (cuci air) , perut ditanam tube, tak boleh mandi, dan tak bebas bermain, acapkali jatuh sakit. Tapi masih tak faham kehidupan seorang manusia.

10 tahun setengah - Dapat buah pinggang, alhamdulillah.

11 - 19 tahun setengah - Hidup macam orang biasa, tapi tak mampu jadi diri sendiri.. kehidupan rasa sungguh "childish"..

19 tahun lebih - Buah pinggang reject balik, kembali jadi pesakit..

19 - 25 tahun - Semakin sakit, badan semakin teruk, cuba bertahan.. badan penuh kegatalan... makin kurus... paru2 sentiasa tenggelam dengan air kalau over drink... sentiasa emosi dan semakin memberontak.

Satu tahap wa cakap dengan Tokis,
"Abang, jika diizinkan, sayang mahu Tuhan cabut nyawa ni, I can't stand for it anymore" ...

Tokis selalu suruh kuat... dia tak suruh sabar... dia suruh KUAT... tu sebab dia tak kongkong wa untuk pakai tudung kepe, sebab dia tahu wa panas, wa cepat pening, wa cepat marah bila kepanasan... bila panas satu badan semua gatal... pernah satu ketika wa menangis... sebab tak tahan jadi beruk matyeh... kepanasan... kehausan... sakit2 kaki... effect from hemodialisis...

Bab makanan??  Kau kena pantang semua yang sedap ! Termasuk kekacang, susu, cheese, coklat, icecream, sayur hijau, cendawan.... hahh !! Memberontak lagi jiwa ni, bila makan je... akan effect pada badan.... tulang jadi semakin lemah dan bengkok..

Ramai meninggal depan mata wa disebabkan give-up dengan penyakit ni... ada yang pening semasa dialisis tapi buat bodoh tak panggil staff, and mati selepas tu... Wa pernah buat benda yang sama tapi disebabkan Tokis ada, maka tak mampu laa wa "bunuh diri" dalam diam...

Ini bukan entri simpati, ini entri nak bagitahu wa jugak manusia... wa tak banyak kawan... wa teringin nak ada kawan yang ramai... wa takde peluang nak sambung study walaupun itu cita2 wa... wa takde peluang nak kerja ofis atau ada duit sendiri... cita2 wa semuanya terkubur bila penyakit ni datang kembali...

Apapun, wa tak putus asa... selagi ada nyawa & nafas, wa berjuang untuk dapat apa yang wa cita2kan....