"SAYA TIDAK KISAH DENGAN TOHMAHAN" - DATO VIDA, PENGASAS PRODUK QU PUTEH - DARI JARI NOVELLA

January 22, 2015

"SAYA TIDAK KISAH DENGAN TOHMAHAN" - DATO VIDA, PENGASAS PRODUK QU PUTEH

"SAYA TIDAK KISAH DENGAN TOHMAHAN" - DATO VIDA, PENGASAS PRODUK QU PUTEH - Haaa ! Bagus dan salute dengan Datuk Vida... Memang betul, tak perlu ambil pusing dengan orang yang tak suka kita, atau mengutuk kita.. Langsung tak memberi manfaat..

Korang yang peperli, meluat, menyampah segala bagai tu... sesudah lah ye troll Datuk Vida ni.. Sebab beliau langsung tak kisah... Mungkin beliau berbangga, akibat troll tersebut, produk beliau semakin dikenali... alhamdulillah, syukur kan? Akibat perbuatan jahat orang lain, bertambah rezekinya.



" Saya tidak mengambil pusing atas tohmahan dan sindiran orang ramai termasuk apa yang diperkatakan Chef Wan. Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini," kata Dato Seri Dr Hasmiza Othman, yang lebih dikenali sebagai Dato Seri Vida.

Beliau menerima kecaman yang sangat hebat dari pengguna laman sosial dan menjadi bahan sindiran pelbagai pihak yang rimas akan kemunculannya di majlis Anugerah Juara Lagu 29, baru-baru ini. Beliau menganggap itu semua provokasi untuk menjatuhkan peniagaannya.

Menurut beliau, apa yang berlaku kepadanya adalah dugaan dan ada hikmah disebalik. Katanya lagi, dia pernah berdepan dengan dugaan yang lebih besar apabila kehilangan dua orang anak kesayangannya dalam tragedi kebakaran pada Ogos 2013.

" Orang yang berjaya akan memberi motivasi, inspirasi, dan membantu antara satu sama lain ke arah kejayaan. Bagaimanapun, orang yang tidak berjaya, mereka akan benci, menyalahkan orang lain, dan sentiasa mengadu," akhirinya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.