January 03, 2015

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1436H


Maulidur Rasul tahun ni jatuh pada 3 Januari 2015 bersamaan 12 Rabiulawal 1436H.

Ianya juga dikenali sebagai Maulud Nabi (kelahiran yang dihormati), sempena hari kelahiran Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal . Baginda lahir pada tahun gajah di Makkah Al-Mukarramah. Tahun di mana peristiwa penyerangan ke atas Baitillah il-Haram oleh sepasukan tentera di bawah pimpinan Raja Abrahah. Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim setelah ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib wafat semasa Baginda berusia dua bulan dalam kandungan.

Ramai diantara kita yang mengambil peluang berarak mengelilingi kampung sambil berzikir dan berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW.

Semoga kita mengikuti akhlak baginda, Salam Maulidur Rasul !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.