SINOPSIS - PENJARA SEORANG ISTERI

Ianya mengisahkan konflik antara Salmah (Sariyanti),  yang menghidapi barah payudara tahap 2, dan suaminya Zaid (Faizal Hussein), yang sangat malas bekerja dan hanya mengambil kesempatan atas kebaikan Salmah.





Semenjak Zaid diberhentikan kerja, Salmah yang menanggung Zaid dan 2 orang anak mereka. Tanpa Salmah sedar, Zaid berkahwin lain dengan Zarina (Effa Narisha), dan menggunakan duit pemberian Salmah sebagai nafkah terhadap isteri keduanya.




Konflik terjadi apabila Salmah nekad menuntut fasakh kerana suaminya tidak bertanggungjawab. Zaid kerap mengikuti Salmah kemana-mana dan sentiasa mengugut Salmah. Bukan saja itu, Zaid juga memukul Salmah.

Pelbagai halangan selama prosedur tuntutan fasakh tersebut. Salmah tiada duit lagi untuk membayar peguam. Tetapi selepas rayuan, akhirnya mahkamah memutuskan pernikahan antara Salmah dan Zaid berlandaskan fasakh bersyarat.

REVIEW
Dalam cerita ni mesti korang bengang dengan sikap dayus si Faizal Hussein ni... Aku dengan husband kemain sumpah seranah dengan watak dia... Punyalah kami menjiwai watak yang dibawak oleh Faizal Hussein... Mahu tak bengang, dah laaa hidup atas belas duit isteri... berlagak gila pulak tu !

SINOPSIS - PENJARA SEORANG ISTERI SINOPSIS - PENJARA SEORANG ISTERI Reviewed by Tunsha Ayunie on January 17, 2015 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.