January 07, 2015

SINOPSIS FILEM | GILA-GILA REMAJA 1985

Source by Google

Dah lama tak tengok cerita ni.. bukak TV je tunjuk kat Astro Citra, maka mata pun asyik ke TV je laa... rindu nak tengok cerita 80-an ni.. boleh menyegarkan mata dan minda... cehhh

GILA-GILA REMAJA | Mengisahkan seorang remaja nakal bernama Roy yang telah jatuh hati pada pelajar baru yang baru masuk ke kolejnya, bernama Suziana @ Suzi. 

Suatu hari, Roy terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan "Gagak Hitam". Akibat pergaduhan itu, salah seorang kawan Roy cedera parah. Adik Remy (Rosyam Nor) dirogol oleh kumpulan Gagak Hitam.

Remy ingin membalas dendam lalu menikam Farouk (Cikman) , iaitu ketua bagi kumpulan Gagak Hitam. Polis tiba ditempat kejadian dan Remy dimasukkan ke Pusat Pemulihan Akhlak.

Farouk yang terselamat dari tikaman Remy telah mengapi-apikan bapa Suzi (Hussein Abu Hassan) agar membenci Roy. Bapa Suzi mengugut untuk memindahkan Suzi ke kolej lain andai Suzi dan Roy masih berhubung. Namun, Roy berkorban dan meninggalkan kolej tersebut ketika hampirnya peperiksaan.

Pelakon :- Faizal Hussein, Rehana Yassin, Rosyam Nor, Hussein Abu Hassan, Kamarool Yusuf (Cikman), dan ramai lagi.


Saja buat review citer ni, sebab muak dengan cerita Melayu sekarang... tak habis2 dengan disko, pak sanggup dan kahwin paksa... hero mesti abang sado yang ntah hape2... sampai seorang isteri lebih mengagungkan abang sado dalam TV lebih dari suami sendiri..

Cerita 70an-90an banyak me-refresh minda... banyak didikan moral... walaupun kisah cinta... citer ni mengajar wa tentang pengorbanan dan persahabatan..

cheers :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.