RESEPI : CEKODOK KENTANG ALA GOJES - DARI JARI NOVELLA

January 18, 2015

RESEPI : CEKODOK KENTANG ALA GOJES

Assalamualaikum wbt !

Salam hari Ahad... hahhhh ! Harini aku bangun lewat... sebab tido lepas subuh... akibat nak tunggu breakfast mekdi punya pasal... kami order delivery je.. Orang selalu breakfast pukul 7 ke 8 lebih.. aku dengan tuan suami breakfast sebelum azan subuh... kihkih

Lama tak bikin entri resepi... ni nak tayang sket laa... tuan suami suka... aku pun suka jugak !




CEKODOK KENTANG ALA GOJES



Bahan-bahan :-
Kentang 2 biji - buang kulit dah potong halus-halus.
Tepung ikutla nak banyak mana
Daun sup @ daun bawang... ikut jugak nak banyak mana
Cili merah sebatang
Bawang merah + ikan bilis, blend kering. Tak payah taruk air pun takpe sebab bawang memang dah banyak air. Kalau boleh guna blender kering la.

Cara-caranya :-
Masukkan semua bahan.. tepung tu agak2 likat je.. perasakan dengan garam ke, secukup rasa megi ke... suka hati korang lah... ok je... takde siapa nak marah..

Satu tips nak bagi untuk cucur yang rangup.. Panaskan minyak, bila minyak dah panas sendukkan satu senduk minyak dan campur dalam adunan cucur.. Goreng macam biasa.. InsyaAllah cucur rangup dan sedap.

Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.