PROMOSI PRODUK QU PUTEH DIKUTUK - DARI JARI NOVELLA

January 19, 2015

PROMOSI PRODUK QU PUTEH DIKUTUK

PROMOSI PRODUK QU PUTEH DIKUTUK - Qu Puteh...? Barulah Putih ! Hahh... itu penangan tagline dari Dato Vida, pengasas produk Qu Puteh dari Vida Beauty. Semalam AJL29, antara paling banyak yang menaja untuk majlis tersebut adalah Dato Vida.. Tapi ramai betul yang tak suka cara promosi produk tersebut dimana setiap minit mesti pengacara akan buat promo.



Standard la tu... entah ! Bag aku tak ada apa nak dijelakkan pun.. Sebelum ni produk D'Herbs Dato Terlajak Laris (Dato' Aliff Syukri) pun biasa menaja dan majlis yang ditaja tu selalu jugak buat promo D'Herbs.. So apa masalahnya..??

Sebab Dato Vida overrrr sangat ke...?? Dengan berlian2 dia tu...?? Aku ada terbaca ayat yang tak sedap mata ni nak baca...

"Putih tu putih laa... badan tu kuruskanlah dulu.."..
"Siapalah bagi dia pakai rice cooker kat kepala tu..."..

Inilah sikap orang Melayu yang paling bikin aku jengkel. Apapun dia pakai, dia banyak duit.. sampai bukak rumah amal... itu sumbangan dia untuk saham akhirat... Yang kita mengata ni dapat apa?? Apa sangat sumbangan kita pada orang susah..?? Takde kot, setakat jadi keyboard warriors je.. Macam mana bisnes bangsa Melayu nak maju kalau orang Melayu jugak asyik kondem itu ini...??

hahhh ! Chef Wan pun sakit mata tengok... haha ! adoii... Tapi salah pihak produksi jugak kot yang berlebihan sangat... kalau ikut aku ok je.. siap ajuk lagi sampai tuan suami menyampah.. haha..

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.