PELAJAR BUKAN MELAYU TIDAK DIBENARKAN MASUK KE KELAS KERANA BERBAJU KURUNG

Hiasan semata-mata .

KUALA LUMPUR : Tindakan seorang bapa yang telah membelikan baju kurung seragam sekolah untuk anaknya telah menyebabkan anaknya tidak dibenarkan memasuki kelas kerana didakwa melanggar etika pemakaian di sebuah sekolah di Cheras.

Beliau, Lawrence Jayaraj telah mendakwa anaknya yang baru bertukar sekolah itu telah dihalang oleh pihak sekolah hanya kerana beliau memakai baju kurung seperti pelajar Melayu yang lain. Beliau ternyata kecewa dengan tindakan sekolah tersebut.

"Anak saya berpindah sekolah kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat saya bekerja. Pada awal tahun ini, saya membelikan seragam sekolah iaitu baju kurung untuk anak perempuan saya. Ianya tidak pernah menjadi masalah sebelum ini," katanya.

Oleh kerana tidak dibenar memasuki kelas beliau telah kembali ke sekolah untuk mendapatkan anaknya itu dan telah berbincang dengan Guru Penolong Kanan mengenai etika pemakaian ini tetapi gagal menyelesaikan masalah itu..

Lebih mengejutkannya apabila guru berkenaan telah menyuruh Jayaraj untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi membeli pakaian seragam lain.

Bagaimanapun semasa kejadian pengetua sekolah tersebut tiada di sekolah untuk membincangkan perkara itu lebih lanjut.

"Walaupun isu ini dianggap remeh tetapi ia agak mengejutkan." 
"Kami telah membelanjakan duit untuk membeli uniform dan ianya bukanlah murah. Saya ada tujuh orang anak untuk disara," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan ketika mengulas mengenai perkara itu meminta pihak berkenaan membawa perkara itu ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

"Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan. Terdapat 10,000 buah sekolah di bawah penyeliaan Kementerian Pelajaran dan adakalanya pengetua sekolah membuat polisi tanpa mendapatkan pengesahan daripada Kementerian," katanya.

Kekadang etika sekolah ni merapu jugak la kan...?? Pasal baju kurung je pun... dan sejak bila pulak ada etika pelajar bukan Melayu tidak dibenarkan memakai baju kurung sekolah?? Haihlaaa Malaysiaku ~

Cheers.
PELAJAR BUKAN MELAYU TIDAK DIBENARKAN MASUK KE KELAS KERANA BERBAJU KURUNG PELAJAR BUKAN MELAYU TIDAK DIBENARKAN MASUK KE KELAS KERANA BERBAJU KURUNG Reviewed by Tunsha Ayunie on January 14, 2015 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.