January 21, 2015

KISAH RETIS | ZAMANI SLAM DICEKUP KERANA POSITIF DADAH


Hmmm sedih sangat dengan berita ni.. Yelaa.. Zamani Slam adalah salah seorang artis yang wa minat dari zaman sekolah sampailah dah kawin ni... Jatuh cinta dengan Tokis pun sebab masa dia memuda ada iras2 Zamani...

Sebenarnya Zamani memang dah lama dalam dunia penagihan.. emm.. akhirnya tertangkap jugak.. Dia start amik dadah pun lepas kecewa dengan Siti Nurhaliza dulu... ehh.. sebenarnya sebelum tu dia dah gegeli je dengan dadah tapi takde la heavy kot....

Zamani ditahan di kediamannya di Keramat, bersama seorang wanita yang juga positif dadah jenis Morphine. ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952

Aduhai... lagu Gerimis Mengundang, Syair Si Pari-Pari, Kembali Terjalin... tengah terngiang-ngiang kat telinga ni... Semoga Zamani kembali ke jalan benar.. Suara dia sangat unik dan orang susah nak fotostat suara dia tau..

Mood - Sedih sangat dengan berita ni.. tapi bersyukur jugak dia ditahan... moga ada berita positif akan datang :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.