January 21, 2015

AWIE BERNIAT UNTUK MENDERMAKAN SEMUA ORGANNYA

AWIE BERNIAT UNTUK MENDERMAKAN SEMUA ORGANNYA - Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Berita baik untuk orang seperti aku yang sangat memerlukan organ. Kan bagus ramai lagi yang sanggup mendaftar sebagai penderma organ kan?

Awie atau dikenali dengan nama Awie Wings atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar bin Othman, berniat untuk mendaftar sebagai penderma organ.




Saya merasakan menderma organ itu amat baik kerana ia benar-benar dapat membantu mereka yang memerlukan organ. Pada saya, apabila meninggal dunia, badan kita akan dimakan bumi manakala roh akan pergi ke alam lain. Kita tidak boleh buat apa-apa dah apabila mati. Jadi, lebih baik organ kita diberikan kepada orang lain sebagai sedekah...


Walaupun niat Awie ni agak mulia, tapi ramai pulak jenis mencerca. Sediamaklum, kehidupan Awie ni takdelah baik sangat. Dia pernah minum, heavy smoker dan panas baran. Terlalu banyak komen negatif tentang Awie ni.

 

Inilah antara respon-respon negatif para netizen. Terlalu ramai yang negatif daripada yang positif.

Aku akui memang Awie tu raja segala "kaki", tapi satu perkara aku respect adalah tanggungjawab dia terhadap anak-anak. Dia terlalu sayangkan anak-anak dia. Kalau dia jahat sangat, tak mungkin anak-anak dia juga turut menyayangi Awie, kan?

Yang pakat negatif tu, ada mendaftar untuk derma organ tak? Rasanya takde pun. Yang paling kelakar, siap risau kalau jasad tak sempurna lepas mati nanti. Apa? Ingat di alam barzakh jasad kau kekal? Bakal mereput jugakkkkkkkkkk !

Semoga usaha murni Awie mendapat ganjaran dari Allah SWT. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.