Kadangkala Aku Rasa Buah Pinggang Mama Dicuri...


Ini kisah lama, tahun 2000..
Bukan buah pinggang mama..



1996,

Wa baru berumur 6 tahun ketika ni... Yang wa ingat, mama mendermakan sebelah buah pinggang dia untuk wa... emm.. Buah pinggang mama sihat, tak sakit pun.. Mama bukan jenis makan benda chemical sangat... Sejak wa sakit pun, mama banyak makan makanan hospital je... yela... HKL adalah rumah kedua kami sejak wa sakit ketika berumur 4 tahun setengah.

On the spot, buah pinggang mama dikeluarkan semula dari badan.. Sebab wa tak bagi tindakbalas sepatutnya... tiada air kencing..


hot clipart Tamar Cocoa Terlajak Laris !!


Perkara berlalu camtu je.. Mama akur.. Wa pun masih kecik.. Tak terfikir apapun... Tapi tetiba terlintas dalam akal ni... Takkanlah buah pinggang mama yang sihat tu tak mampu berfungsi dalam tubuh badan wa sedangkan buah pinggang yang wa dapat tahun 2000 adalah buah pinggang yang tidak berapa sihat & elok. 

Lets say : Rezeki Allah.

Bila fikir logically, sebenarnya wa rasa buah pinggang mama pada tahun 1996 dah ditukar dengan buah pinggang rosak... entahlah, tak mustahil pun... 

Yang mustahil bila buah pinggang mak sendiri tak serasi dengan tubuh wa... emmm macam tak logic je kan...??

Apapun, benda dah berlalu.. sampai sekarang rasa sedih.. kalau perkara yang wa fikir tu memang benar2 berlaku... alahai... kejamnya manusia....

Cheers.
Tuca.

Kadangkala Aku Rasa Buah Pinggang Mama Dicuri... Kadangkala Aku Rasa Buah Pinggang Mama Dicuri... Reviewed by Tunsha Ayunie on January 27, 2015 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.