GADIS MELAYU BERTUDUNG DIPELUK KPOP ! - DARI JARI NOVELLA

January 11, 2015

GADIS MELAYU BERTUDUNG DIPELUK KPOP !

Ini bukan cerita menggemparkan wa pun.. Bagi wa perkara biasa je yang berlaku di Malaysia ni.. Pergi je mana2 shopping complex, ada je si gadis melayu yang bertudung, berpeluk sakan dengan boyfriend... Yang pasti bukanlah suami isteri...

Selalu zaman bercinta ni yang ngelenyar lebih...

Tapi bukan tu laa wa nak cerita, cuma tentang mat kpop vs minah tudung... dalam hal ni siapa yang salah...??





Dah jadi viral video gadis melayu yang dipeluk mat2 Kpop ni... the other way wa nampak salah penganjur jugak... nak salahkan mat Kpop ni pun, bukan depa tahu... kat tempat depa memang dah jadi lumrah depa layan peminat secara daring cenggini...

Yang perempuan jugak salah... mungkin terlampau teruja sampai syiok berpeluk sakan tanpa sedar yang depa bertudung... (tak sudi wa nak letak berhijab kat sini)...



Wa dari awal memang taknak langsung terlibat dengan Kpop ni... Setakat suka mat Boys Over Flower je kot... tu pun zaman sekolah berangan nak kawin dengan depa... huahua... wa tak kata lah semua fans Kpop macam ni punya perangai... tapi beragak la sikit...

Penganjur jugak patut letak syarat... sini Malaysia... negara Islam... kalau penganjur dah warning, mat Kpop ni pun takkan sesuka nak peluk anak orang...

Cheers.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.