January 13, 2015

DAH BESAR PASANGAN KEMBAR SIAM, AHMAD DAN MUHAMMAD !



Mungkin ada yang lupa, dan mungkin ada yang ingat tentang kisah adik beradik kembar siam, Ahmad dan Muhammad, yang berjaya dipisahkan badan mereka. Kisah mereka benar2 memberi tumpuan kepada dunia termasuklah media.

Sudah lama kan masa berlalu, kini mereka akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, pada tahun ini.

Walaupun mereka kekurangan fizikal, namun Ahmad dan Muhammad masih kental meneruskan kehidupan dan bersekolah seperti pelajar normal yang lain. 




"Macam biasa ayah akan kejutkan along (Ahmad) dan angah (Muhammad). Kami tiada masalah untuk bangun tidur sebab sudah biasa bangun awal sejak arwah ibu masih ada lagi".
"Hari ini (Isnin) adalah hari pertama kami ke sekolah, jadi kami berkobar-kobar mahu pergi ke sekolah kerana mahu berjumpa dengan kawan-kawan," katanya lagi.

Ditanya bagaimana mereka ke sekolah, Ahmad memberitahu sebaik tiba di sekolah, ayahnya Rosli Abdul Rahim, 44, akan mendukung mereka adik beradik naik ke bilik darjah yang terletak di tingkat satu. Mereka juga dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa membantu ketika mereka berada di sekolah.





Kasihnya ibu... membawa ke syurga... kasihnya ayahanda masa berada...

Semoga arwah ibu mereka ditempatkan bersama para syuhada..
amin :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.