January 19, 2015

CALIPH BUSKERS - GOLONGAN CACAT PENGLIHATAN BERJIWA BESAR

Dengan tak semena-mena je nama kumpulan buskin ni naik... Hahh ! Sebab apa...??

MUKADIMAH | Ramai yang tertanya-tanya siapa yang bakal menggantikan vokalis asal kumpulan Mojo, iaitu Aweera. Dan ramai yang terkejut sebab MOJO menampilkan Caliph Buskers sebagai pengganti Aweera.




Persembahan Mojo featuring Caliph Buskers amat memukau penonton pada malam AJL29 kelmarin. Memang best ! Lari tempo adalah biasa bagi penyanyi bukan profesional.. Penyangi yang profesional pun kekadang larik tune jugak... heee ~



Awalinya Caliph Buskers hanya membuat persembahan di depan Sogo, Jalan TAR.. Siapa sangka bakat yang mereka curahkan di jalanan, terus menyala di atas pentas AJL...?? Terima kasih buat Edry KRU yang menampilkan kumpulan ini..

Pendapat wa, golongan OKU patut diberi perhatian seperti ini, di samping kekurangan sebenarnya ada sesuatu kelebihan yang tersembunyi.. Jiwa warga OKU ni sangat besar untuk meneruskan hidup.

Semoga Caliph Buskers terus sukses ! Tuah manusia sesungguhnya tiada siapa yang tahu melainkan-NYA.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.