January 03, 2015

Bila Maharaja Lawak Mega Bersama Artis Undangan ~


Seronok tengok Maharaja Lawak Mega semalam.. Tajuk yang diberikan adalah "Bebas ft. Artis Undangan".. hampir semuanya menjadi semalam.. cuma as well wa memanglah tak boleh angkat dengan kumpulan Virus yang lawak sepi2 je... Kumpulan Jalor pulak tiada taring malam tadi... hambar sangat...

Antara lawak yang berjaya buat jantung wa semput adalah :-

  • Persembahan dari kumpulan ZERO. Hampir setiap minggu kumpulan Zero mampu membuat kelakar dengan body language je... tak perlu susah2 nak berlawak sangat... ehh tak gak.. punchline diorang selalu je menjadi... kali ni Zero menampilkan Stacy sebagai artis undangan.
  • SHIRO ! Selalu je hambar... tapi malam tadi berjaya mendapat 5 bintang dengan menampilkan Nasir Bilal Khan sebagai Tok Adi.. kali ni Tok Adi jadi kelakar uolsss... tak puas rasa tengok Nasir beraksi secara live.. wa memang minat Nasir Bilal Khan dari kecik lagi..
  • SEPAH juga terbaik walaupun wa ada lost dengan watak dalam persembahan diorang.. Sepah menampilkan Cikman sebagai artis undangan.. wa tetap respect sebab diorang beraksi bersama, tiada syiok sendiri.
  • NABIL... errr yang ni Tokis yang terlebih gelak...wa gelak time Hazama melawak aje... hewhew
  • BOCEY ! Hampir setiap minggu tunggu Bocey beraksi.. diorang tampilkan Puteri Balqis sebagai CIKGU BAHASA CINA... Balqis bawak watak dengan baik sangat... comey sangat... and yang pasti, persembahan yang comey !! Tahniah !!

Apapun, wa frust dengan kumpulan SYJ... wa suka dengan lawak diorang tapi rasanya Afdlin Shauki berlebihan... rasa macam Afdlin konker pentas malam tadi...

Ini hanyalah entri syok sendiri dan pendapat wa sendiri, cheers..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.