ARTIS BERSUARA EMAS & DADAH ~ - DARI JARI NOVELLA

January 23, 2015

ARTIS BERSUARA EMAS & DADAH ~

Terdetik di hati, apa yang mereka fikir dengan mengambil dadah ni.. adakah semuanya akan selesai..?? Khayal yang sementara...?? Derita selamanya...??


Aduhai... teringat cerita arahan Jinggo dan Sheila Rusly, Hanya Aku. Mengisahkan para penagih di rumah PENGASIH yang ingin berubah... meleleh airmata wa tengok cerita tu... rasa macam diri ni pulak yang penagih..... opsss.... kk wa acapkali menjiwai watak... maklumlah... overrrr gittew...


Berapa ramai retissss kita yang ketagihan dadah... ambil dadah untuk jadi "high" atas stage.. ambil dadah sebab kecewa dengan cinta, dan sebagainya...




RADHI OAG | Vokalis kumpulan OAG, Radhi, mengaku telah bergelumang dengan dadah sejak berusia 15 tahun. Dia kini tersenyum bangga dengan kehidupannya yang bebas dadah, selepas menjalani proses pemulihan di Pengasih sejak 2011.



MAMAT EXIST | Pada November 2010, Mamat ditangkap kerana mencuri motosikal dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.



JAMAL ABDILLAH | Jamal Abdillah pernah ditahan memiliki dadah jenis syabu pada tahun 2007. Dia juga pernah menjalani program rehabilitasi di Pengasih lebih kurang lima tahun.



SALEEM IKLIM | Vokalis kumpulan Iklim, Saleem, ditahan pada Julai 2004 atas kesalahan memiliki satu paket plastik yang mengandungi 0.06 gram campuran heroin dan morphine serta satu lagi paket plastik mengandungi 0.06 gram dadah yang serupa.

Dia dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan bermula 13 Disember 2004.


AMENG SPRING | Pada Oktober 2005, Ameng mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut, Terengganu atas tuduhan menagih dadah jenis methamphetamine di Kampung Batang Gergaji, Besut pada 3 September tahun tersebut.

Pada bulan Disember tahun yang sama, Ameng atas kesalahan yang diakuinya, dia dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Terengganu setelah mengaku salah menagih dadah pada awal September 2005.

Sekali lagi Ameng ditahan dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas dia didapati bersalah terhadap tuduhan memasukkan ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sentul, Kuala Lumpur.

12 April 2011, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan di Mahkamah Sesyen Melaka kerana kesalahan mengedar dadah.


Yang terbaru tak perlulah mention lagi... semua dah tahu kan... sampaikan entri wa beberapa hari ni asyik pasal dia je kan kan... emmm semua diorang ni mempunyai suara yang best sangat.. (Saleem je tidak kot..) hee ~

Mohon menjadi teladan pada kita semua... wa tak anti pun dengan orang sebegini, tak kisah retisss atau tidak... semua manusia tak lepas buat salah & silap, besar ataupun kecik...

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.