January 29, 2015

AKU TULUS DENGAN HIDUP AKU SENDIRI..

Untuk lebih mendalami hati, biarlah wa bahasakan diri sebagai ''aku''...

Sekilas aku berfikir, adakah kejadian manusia ini diatas ehsan bernama harta? duit? dan sebagainya..?? No money, no talk ?

Pernah tak dirasa apa yang aku rasa? Apa yang aku rasa? Kau ada duit orang dekat, kau tiada duit orang jauh. Kau nampak cerdik orang kawan, kau nampak bodoh orang musuh.. Begitulah rutin kehidupan...

Aku sendiri, ketika abah jadi pegawai bank, hidup aku agak mewah.. kawan2 datang tak pernah kurang... sini Auni, situ Auni, sana Auni... wahhhh seronok sangat aku ketika tu... Langsung aku tak sedar mereka kawan dengan aku hanya sebab aku mampu pinjamkan seringgit dua pada mereka..

Seringgit dua zaman aku, masih besar nilainya.

Selang selangkah abah berhenti kerja, kereta "agak mewah" ditarik.. bawak teksi, kawan aku berpeleseran lari.. Tiada satupun menganggap aku sebagai kawan... pergi dan terus pergi... Tiada langsung yang datang...




Selepas kawin, aku nampak... yang berdekatan aku tidak layan aku dengan baik.. Seperti tak nampak jasad aku didalam rumah , sebab aku tak ada apapun.. Tapi bagi pihak biras, ditatang bagai minyak yang penuh kerana...

ya...

BERDUIT .

Aku hanya diberi baju secondhand, yang dah buruk sampai boleh buat kain buruk... tak lah semua... kalau aku nak luah kat sini sampai bilapun tak habis...

Tapi aku suka dengan hidup aku,
disini aku mampu lihat siapa kawan aku, yang bagi dorongan pada aku.

Sudahla.. merapu je..

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.