January 30, 2015

ADA 7 JENIS PERSAHABATAN, CUMA 1 YANG SAMPAI KE AKHIRAT...

Assalamualaikum wbt,

Rasanya wa dah banyak kali kot tulis dalam entri pasal persahabatan... Tapi korang tahu tak persahabatan ni banyak jenis sebenarnya...?? Haha ! Wa pun baru tahu, tapi wallahualam bisawab... Cuma nak berkongsi supaya kita dapat mengumpul ilmu..

Ilmu yang salah tak semestinya semua salah.. semoga bermanfaat untuk semua... dan diri wa sendiri..



  • 1) TA'ARUFFAN
  • Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lain-lain lagi.
  • 2) TAARIIHAN
  • Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
  • 3) AHAMMIYYATAN
  • Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
  • 4) FAARIHAN
  • Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.
  • 5) AMALAN
  • Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
  • 6) ADUWWAN
  • Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. 
  • Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
  • Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."
  • 7) HUBBAN LIMAANAN
  • Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.


Tahukah korang? Dari 7 jenis persahabatan diatas, nombor 1 hingga 6 akan lenyap di akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu jenis yang ke-7. 

Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (Surah Az-Zukhruf :67)

1 comment:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.