1/1/15 - DARI JARI NOVELLA

January 31, 2015

CUTI BLOGGING SAMPAI SELASA..

11:40 AM 0
CUTI BLOGGING SAMPAI SELASA..

Kk quick update je ni...

Wa bercuti sebab nak ke teratak bonda... Yeyyyy !!! Lagipun esok kak sedara tersayang nak nikah kan... harusss la wa kena attend..

So dah sediakan schedule post, walaupun cara ni tak best... Namun untuk memastikan blog ni terus bergerak... maka terimalah apa adanya...

See ya ! Salam Sabtu !

PUNCA UTAMA KEGAGALAN BUAH PINGGANG DI MALAYSIA

11:30 AM 0
PUNCA UTAMA KEGAGALAN BUAH PINGGANG DI MALAYSIA
Pelbagai punca yang akan menyebabkan kegagalan buah pinggang... Selalu wa tengok, warga Cina adalah majoriti yang mengidapinya.. Kenapa? Wallahualam.. Mungkin atas pemakanan yang tidak sihat atau alkohol yang terlalu tinggi..


Antara punca kegagalan buah pinggang adalah :-
  • Kencing manis (Diabetes mellitus) 54%
  • Radang buah pinggang (Glomerulonephritis)
  • Penyakit batu karang
  • Hypertensi (tekanan darah tinggi)
  • Lain-lain punca seperti ADPKD, toxins.
Berikut adalah jadual sehingga tahun 2004 :- 
 
Hurmm.... kalau tengok peratus 2004 tu, tak boleh agak dah sebab jauh sangat dah ke 2015 ni.. Wa sakit dari umur 4 tahun, iaitu bersamaan tahun 1994.. Baby pun boleh menghidapi penyakit yang sama... Tapi sungguhku tak sanggup tengok baby bertiub sana dan sini walaupun diri sendiri pernah mengalami tahap yang sama.

Moga bermanfaat.

Related Post :
Pentingnya Buah Pinggang Kepada Kita.
Kekerapan Penyakit Buah Pinggang.

Quotes #33

10:00 AM 0
Quotes #33

Hard work doesn't guarantee success,
but it improves your chances.

by : BJ Gupta

MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 - VIRUS TERSINGKIR

12:09 AM 0
MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 - VIRUS TERSINGKIR
Virus akhirnya tersingkir dari pertandingan setelah sekian lama menunggu.. ehh taklah, tipu.. Sebenarnya wa rasa Astro kejam buang kumpulan yang sememangnya tak lawak manapun, tapi Virus depa simpan...

Namun, rezeki tidak menyebelahi kumpulan Virus akhirnya... Maka dengan rasmi kumpulan Shiro, Zero, Bocey, Sepah dan Nabil yang akan terus ke final.. Tahniah !




Wa cam saspek diorang nak buang Zero atau Sepah... hahahha confident sangat maka sangkaanku meleset belaka... wowww ! Tak sabar nak tunggu next week... Eksaitesssdddd !

Cheers,
Tuca.

January 30, 2015

MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 - PROP & LOGHAT

11:53 PM 0
MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 - PROP & LOGHAT

Persembahan baru je selesai... 
Wa cam tetiba gatal jari nak komen semua persembahan...



NABIL | Menggunakan "kukur kelapa" sebagai prop yang dijadikan trompah. Permulaan persembahan Nabil agak hambar dan dia bangun dengan persembahan kedua menggunakan loghat.. Kk wa dengan Tokis gelak tak hingatttt...


BOCEY | Menggunakan rim, mop dan paip getah sebagai tema prop. Juga persembahan yang hambar pada mulanya dan bangkit dengan persembahan loghat.. ada kemajuan dan diberi 4 bintang oleh Fazura pada persembahan kedua mereka.


ZERO | Menggunakan basikal, bunga manggar dan tayar sebagai prop.. Hasil yang so-so jugak... Tapi persembahan kedua adalah kelakar walaupun Zero menghancurkan segala loghat yang ada... Namun, hanya dapat 3 bintang. 


VIRUS | Menggunakan lampu, mesin buat ABC dan pemadam api sebagai prop dan persembahan agak baik, namun kureng pada persembahan kedua.. 


SEPAH | Menggunakan cerek dan pelekat sebagai prop.. Tapi persembahan minggu ni Sepah dah hilang taring sangat2... Tak nampak lawak nya di mana... Nampak jugak Jep dengan Shuib hilang sedikit fokus dan kecewa dengan persembahan sendiri..


SHIRO | Mereka menggunakan tudung saji dan but kuning sebagai prop, namun persembahan langsung tidak menarik hati dan sanubari ni... kecewa jugak la kan ... Persembahan loghat pun layu je kekdahnya..

Sekian.

BILA ANAK AWIE MENYOKONG BAPANYA...

8:31 PM 0
BILA ANAK AWIE MENYOKONG BAPANYA...
Ini entri santai je tentang retisss... haha biasalah Nekyuni memang kepohci sangat bab retisss ni.. Tapi bukan exactly citer pasal retisss pun entri ni... 

Ok... ini citer based dari entri Beautifulnara - Luahan Hati Rozana Misbun Ini Boleh Buat Anda Mengalirkan Air Mata .

hahh ! itu luahan Rozana... tapi wa ada screenshot luahan anak Awie pulak... Ni bukanlah untuk melaga2kan... Cuma yang poyo sangat macam tahu luar dalam citer pasal Awie & Rozana ni... kalau terbaca entri wa.. meh laa kita renung2kan disebalik kejahatan Awie ni, ada terpalit kebaikan yang buat anak-anak dia sayangkan dia sangat2...






Aleeya Antasha dan Aleefa Antasha adalah anak-anak gadis hasil dari perkahwinan Awie dan Arni... emm wa langsung tak menyebelahi sesiapa dalam kes ni... walaupun wa penyokong tegar Awie Wings...

Lu saksikanlahhhhh lu punya dosaaaa - Satelit Puaka by Wings.
Sekian.

ADA 7 JENIS PERSAHABATAN, CUMA 1 YANG SAMPAI KE AKHIRAT...

6:13 PM 1
ADA 7 JENIS PERSAHABATAN, CUMA 1 YANG SAMPAI KE AKHIRAT...
Assalamualaikum wbt,

Rasanya wa dah banyak kali kot tulis dalam entri pasal persahabatan... Tapi korang tahu tak persahabatan ni banyak jenis sebenarnya...?? Haha ! Wa pun baru tahu, tapi wallahualam bisawab... Cuma nak berkongsi supaya kita dapat mengumpul ilmu..

Ilmu yang salah tak semestinya semua salah.. semoga bermanfaat untuk semua... dan diri wa sendiri..



  • 1) TA'ARUFFAN
  • Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lain-lain lagi.
  • 2) TAARIIHAN
  • Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
  • 3) AHAMMIYYATAN
  • Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
  • 4) FAARIHAN
  • Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.
  • 5) AMALAN
  • Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
  • 6) ADUWWAN
  • Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. 
  • Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
  • Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."
  • 7) HUBBAN LIMAANAN
  • Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.


Tahukah korang? Dari 7 jenis persahabatan diatas, nombor 1 hingga 6 akan lenyap di akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu jenis yang ke-7. 

Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (Surah Az-Zukhruf :67)

KEKERAPAN PENYAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG

5:56 PM 0
KEKERAPAN PENYAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG


Malaysia menganggarkan 2300 pesakit baru dikesan mengidap kegagalan buah pinggang setiap tahun. Sehingga 31 Disember 2004 pesakit yang mendapat rawatan dialisis berjumlah 11544 orang.. Wahhh yang tu pada tahun 2004, sekarang dah 2015... Betapa ramainya ahli yang mengidap penyakit ni, termasuklah puan punya blog... haha !

70% mendapat rawatan hemodialisis (cuci darah) manakala 30% lagi mendapat rawatan CAPD (cuci air) di rumah.

Kegagalan buah pinggang terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap kerosakan. Tahap 1 hingga tahap V. Kegagalan peringkat akhir berlaku apabila fungsi buah pinggang berada pada tahap-V.

January 29, 2015

PENTINGNYA BUAH PINGGANG KEPADA KITA .

11:02 AM 0
PENTINGNYA BUAH PINGGANG KEPADA KITA .


Buah pinggang ataupun ginjal ialah sepasang organ yang berbentuk seperti kacang dan menjalankan fungsi pengekalan hayat yang penting.

Fungsi-fungsi ginjal adalah :-
  • Membuang urea dan toxin dalam badan.
  • Membuang cecair yang berlebihan dalam badan.
  • Mengawal tekanan darah.
  • Mengawal asid dalam darah.
  • Mengawal mineral dalam darah.
  • Menghasilkan hormon untuk membentu sel darah merah (erythropotein) dan aktif Vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Banyak kan fungsi dia?? So jagalah buah pinggang korang baik2... Elakkan makanan yang banyak chemical... Jangan minum air berwarna banyak sangat... Air buah takpe... Cordial jangan kerap.. Nanti wa share lagi ye..

DILEMA KOTAK KOMEN !

11:01 AM 0
DILEMA KOTAK KOMEN !

Lagu ditujukan khas kepada...
Encik Google+ & Encik Blogger .


Hoho.. !! Hahhh sebenarnya entri santai dalam dilema ni... boleh?? Wa sebenarnya dah boring pakai comment box Google+ ni.. Sebab kekadang loading sangat...

Tapi.....

Sayang pulak nak remove.. Haha ! Tapi..... teringin nak pakai comment box blogger pulak... Mana lebih best ye wahai sahabat di alam mayaku sekalian?? I am so confused... Hilang fuse pun ye jugak kekdahnya... 

Haha ! Ohh tak kelakar ek?? kk serious. Help me pls.


AKU TULUS DENGAN HIDUP AKU SENDIRI..

1:27 AM 1
AKU TULUS DENGAN HIDUP AKU SENDIRI..
Untuk lebih mendalami hati, biarlah wa bahasakan diri sebagai ''aku''...

Sekilas aku berfikir, adakah kejadian manusia ini diatas ehsan bernama harta? duit? dan sebagainya..?? No money, no talk ?

Pernah tak dirasa apa yang aku rasa? Apa yang aku rasa? Kau ada duit orang dekat, kau tiada duit orang jauh. Kau nampak cerdik orang kawan, kau nampak bodoh orang musuh.. Begitulah rutin kehidupan...

Aku sendiri, ketika abah jadi pegawai bank, hidup aku agak mewah.. kawan2 datang tak pernah kurang... sini Auni, situ Auni, sana Auni... wahhhh seronok sangat aku ketika tu... Langsung aku tak sedar mereka kawan dengan aku hanya sebab aku mampu pinjamkan seringgit dua pada mereka..

Seringgit dua zaman aku, masih besar nilainya.

Selang selangkah abah berhenti kerja, kereta "agak mewah" ditarik.. bawak teksi, kawan aku berpeleseran lari.. Tiada satupun menganggap aku sebagai kawan... pergi dan terus pergi... Tiada langsung yang datang...




Selepas kawin, aku nampak... yang berdekatan aku tidak layan aku dengan baik.. Seperti tak nampak jasad aku didalam rumah , sebab aku tak ada apapun.. Tapi bagi pihak biras, ditatang bagai minyak yang penuh kerana...

ya...

BERDUIT .

Aku hanya diberi baju secondhand, yang dah buruk sampai boleh buat kain buruk... tak lah semua... kalau aku nak luah kat sini sampai bilapun tak habis...

Tapi aku suka dengan hidup aku,
disini aku mampu lihat siapa kawan aku, yang bagi dorongan pada aku.

Sudahla.. merapu je..

January 28, 2015

PUISI | PINTU-PINTU SILAM - AD SAMAD

9:13 PM 0
PUISI | PINTU-PINTU SILAM - AD SAMAD


PINTU-PINTU SILAM

Di keadaan yang lain ..
Aku kawan bagimu ..
Namun di kala ini ..
Aku asing ..

Tiada beza engkau dan aku ..
Cuma panjang masa yang telah aku rentasi ..
Membawa aku ke pintu-pintu ..
Yang tidak engkau tempuhi ..

Lantas tidak mungkin engkau mengerti ..

Aku bukan enigma ..
Cuma ..
Aku asing ..

Dan pintu-pintu silam itu ..
Sering kembali aku lawati ..

Walau lewat ...
Walau sarat ...

Kerana roda putaran hayat yang bulat ..

Wa pertama kali dengar puisi ni masa dalam cerita Syair Si Pari-Pari lakonan Zamani dan Julia Hana... masa tu feeling sangat tengok cerita tu... Hari2 melayan tau !

Wordless Wednesday #30

4:36 PM 0
Wordless Wednesday #30

Rotan tak releven..
GERGAJI... akan menjadi releven ~

PLOT | Akin Pa Rin Ang Bukas (Perfect Vengeance) - Episode 3

4:06 PM 0
PLOT | Akin Pa Rin Ang Bukas (Perfect Vengeance) - Episode 3

Emma dan Lovelia melarikan diri dari rumah Brando dan pergi ke rumah keluarga Villacorta dan mencari Roel. Roel hanya menanggung perbelanjaan bil perubatan Lovelia dan tidak mahu bertanggungjawab ke atas lainny. 

Emma terpaksa menumpang di rumah sahabatnya sementara. Namun tidak lama, Emma mengambil keputusan meninggal Lovelia di kediaman Villacorta.

PLOT | Akin Pa Rin Ang Bukas (Perfect Vengeance) - Episode 2

3:21 PM 0
PLOT | Akin Pa Rin Ang Bukas (Perfect Vengeance) - Episode 2

Lovelia menghidapi penyakit jantung berlubang. Oleh kerana masalah kewangan, Brando (bekas kekasih Emma) menawarkan Emma dan Lovelia untuk tinggal bersamanya.Tetapi konflik berlaku apabila Brando berubah menjadi kaki pukul dan anaknya, Agatha suka mengapi-apikan bapanya.

RESEPI : Kurma Telur Dan Kobis Ala Gojesss

3:18 PM 0
RESEPI : Kurma Telur Dan Kobis Ala Gojesss
Sekarang ni Tokis kalau boleh hari-hari dia nak wa masak... So kalau larat ikut je laa perut hasben kan.. Dia tak kisah, masak apa pun dia makan.. Lately pun lepas balik hospital, kalau larat wa memang masak...

Semalam balik dari dialisis, wa masak kurma telur je.. Kurma ni satu family in law suka makan.. Kadang tu masak untuk Tokis je tapi sebab kita ni duduk menumpang, buat lah lebih.. insyaAllah kalau masak kurma, mesti licin.




Bahan-bahannya :
Beberapa biji telur rebus
Beberapa helai kobis
Cili padi
Kayu manis sikit
Bunga lawang sikit
2-3 Sudu besar rempah kurma
1 kotak santan
Garam
Gula
Asam keping *optional
Secukup Rasa Maggi *optional
(Bahan Hiris) :
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Cara-cara :
Tumis la semua bawang yang dihiris, kayu manis & bunga lawang sampai garing sikit, masuk rempah kurma.. Bagi garing lepastu masuk air.. Agak2 la kan... Lepas tu masuk santan, perasakan dengan garam, gula & apa2 je la nak letak. 

Last baru masuk telur rebus & kobis, Nak masukkan cili api boleh gak, bawang potong2 besar  boleh gak... lobak merah ke... sukahati la kan... Wa memang suka letak kobis dalam kurma.. Tunggu kobis layu, ok boleh tutup api.. Makan la pastu...

Semoga berjaya !

Wordless Wednesday #29

1:54 AM 0
Wordless Wednesday #29

January 27, 2015

Kadangkala Aku Rasa Buah Pinggang Mama Dicuri...

8:55 PM 0
Kadangkala Aku Rasa Buah Pinggang Mama Dicuri...

Ini kisah lama, tahun 2000..
Bukan buah pinggang mama..



1996,

Wa baru berumur 6 tahun ketika ni... Yang wa ingat, mama mendermakan sebelah buah pinggang dia untuk wa... emm.. Buah pinggang mama sihat, tak sakit pun.. Mama bukan jenis makan benda chemical sangat... Sejak wa sakit pun, mama banyak makan makanan hospital je... yela... HKL adalah rumah kedua kami sejak wa sakit ketika berumur 4 tahun setengah.

On the spot, buah pinggang mama dikeluarkan semula dari badan.. Sebab wa tak bagi tindakbalas sepatutnya... tiada air kencing..


hot clipart Tamar Cocoa Terlajak Laris !!


Perkara berlalu camtu je.. Mama akur.. Wa pun masih kecik.. Tak terfikir apapun... Tapi tetiba terlintas dalam akal ni... Takkanlah buah pinggang mama yang sihat tu tak mampu berfungsi dalam tubuh badan wa sedangkan buah pinggang yang wa dapat tahun 2000 adalah buah pinggang yang tidak berapa sihat & elok. 

Lets say : Rezeki Allah.

Bila fikir logically, sebenarnya wa rasa buah pinggang mama pada tahun 1996 dah ditukar dengan buah pinggang rosak... entahlah, tak mustahil pun... 

Yang mustahil bila buah pinggang mak sendiri tak serasi dengan tubuh wa... emmm macam tak logic je kan...??

Apapun, benda dah berlalu.. sampai sekarang rasa sedih.. kalau perkara yang wa fikir tu memang benar2 berlaku... alahai... kejamnya manusia....

Cheers.
Tuca.

Bila Ezad Exist Pun Kena Nyanyi Dalam Lokap !

7:00 PM 0
Bila Ezad Exist Pun Kena Nyanyi Dalam Lokap !
Tak tahu la kan dari mulut Ezad kepe, tapi rasanya isu ni tak perlu langsung untuk timbul.. Adakah sebab ramai supporters Zamani maka kau datang meraih publisiti...??

Kalau benda ni keluar dari mulut Ezad sendiri, maka tak perlulah provok sebegitu kot... Takkan ada apa2 perubahan pun .. Citer dah lepas sangat pun...




Tetap suka suara Zamani yang mendayu tu... hiks ~

YE KE SAYA BENCI MAK SAYA?

11:26 AM 0
YE KE SAYA BENCI MAK SAYA?
Wa teringat dulu, selalu wa annoying dengan sikap mama yang asyik laa nak orang ikut cakap dia... I will just like....

Mama ni memang tak kasi anak2 hidup atas kaki sendiri ke camne? haih.. *mengeluh*

Sampai lepas kes masa kawin, orang asyik cakap wa tak sayang mama... wa benci mama.. tak appreciate sikitpun pengorbanan mama.. bla bla bla sampai bernanah rasa telinga.. 

Well guys... sometimes tipu la kita tak rasa apa bila kita cakap tapi mak kita tak mau dengar... atau dia dengar tapi kita kena dengar conclusion dia pulak... ahh so many ways kalau nak describes pasal MAK kan??


Mama tahu wa kekadang "burukkan" dia kat belakang... But she's don't know how many I love her.. Entah... wa nih jenis kasih sayang tak mampu tunjuk... cuma wa akan rasa "takut kehilangan"... Wa akan jadi marah kalau orang cakap apa2 pasal mama... Wa tak mampu tunjuk dari segi zahir dan batin...

Mama cakap, kalau sayang mama pakai tudung..

krikk krikkk krikk - Wa senyum .

It's not the way how to show I love her... Tapi kekadang wa tak sampai hati pulak.. So wa pakai tudung sometimes nawaitu dah kelain.. Yes, jaga hati mama yang seronok sangat tengok anak dia comel pakai tudung... tapi kadang burn jugak... hee ~

Wa akan jadi berdebar-debar kalau tahu dia sakit... hiks ! Wa tak macam Adib, tunjuk dia concern sangat dengan mama... all the time... mungkin culture buat wa agak pendiam & buat hal sendiri..

Emm.... wa harap mama tak baca blog ni... tapi wa tak tahu camne nak private to mama... Susah la camni, semua luahan dalam blog, mama stalker... 

Anyway, tak kisahlah... walaupun wa banyak complain pasal mama... wa sangat suka & suka & suka perkara yang satu ni..


It was true :)



January 26, 2015

AIZAT AMDAN - SUNGAI LUI

6:58 PM 0
AIZAT AMDAN - SUNGAI LUI


Aizat Amdan - Sungai Lui

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
 Selagi kau masih percaya

 Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

 Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya.....

 Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

 Selama ini selama ini Selama ini selama ini Selama ini selama ini Selama ini


Wherever you are in your life,
sometimes its good to just to stop for a moment,
take a deep breath,
think of your roots and go HOME :)

KISAH RETIS | BILA AWIE SURUH ROZANA BERTAUBAT....

6:14 PM 0
KISAH RETIS | BILA AWIE SURUH ROZANA BERTAUBAT....
Wa tahu ramai gila anti dengan si Awie ni kan...?? Firstly sebab dia kaki pukul... Lepas tu dia bukak kelab malam... Lepas tu dia kaki botol... ahhh macam-macam lagilah...




Awie atau nama sebenarnya Nur Ahmad Azhar Al-Firdaus Bin Othman Bakar, menyuruh bekas isterinya untuk bertaubat... ehhh apsal baku sangat ayat wa?? Haaa betul la tu.. dia suruh ex-wife dia bertaubat, lepas tu para komentar pun hentam lah Awie ni, suruh dia bertaubat sama...

Apa jua hak anak-anak, saya minta dia kembalikan semula di mana sebelum ini saya pernah mengamanahkan sejumlah wang kepadanya untuk menguruskan kebajikan anak-anak jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada saya
Sebenarnya bukan niat saya untuk bercerai tapi untuk memberi pengajaran kepadanya seterusnya bertaubat

Kalau wa pun hangin pe orang dok amik duit simpanan wa untuk beli barang merapu... eh salah.. Simpanan anak2... and, dari mana hasil pendapatan dia untuk anak2 , itu urusan dia dengan Allah Taala, yang lain ni kepohci sangat nak halal haramkan pendapatan tu apakesss??

Awie bukak kelab malam?? LANGSUNG TIDAK... dia hanya bouncer dalam kelab ni, dimana dia jaga je kelab tu... macam security guard ah...

Lagipun Awie ni humble dan tak berlagak... Cuma muka dia tu je macam bengis sangat kot, lepas tu baran... Hahhh tu yang ramai judge dia melebih kot....

Tak kisahlah, janji lagu Penjara Janji sangat best. Kbai.

PLOT | Akin Pa Rin Ang Bukas (Perfect Vengeance) - Episode 1

4:08 PM 0
PLOT | Akin Pa Rin Ang Bukas (Perfect Vengeance) - Episode 1

Emma , pembantu rumah kepada keluarga Villacorta, iaitu pemilik syarikat besar Empress Jewels. Pada satu waktu Emma menghantar tuala kedalam bilik mandi tuannya, Roel Villacorta. Roel telah menggoda Emma menyebabkan Emma mengandung. Tetapi Roel tidak mengaku.

Ibu Roel, SeƱora Beatrice Villacorta telah menghalau Emma keluar dari rumah dan memenjarakan Emma dengan menuduh Emma mencuri barang kemas.

Roel ingin melepaskan Emma dengan syarat Emma tidak akan mengganggu keluarga Villacorta lagi..


RESEPI : DIY GARLIC BUTTER & GARLIC BREAD (TANPA OVEN)

3:18 AM 0
RESEPI : DIY GARLIC BUTTER & GARLIC BREAD (TANPA OVEN)
Rojak sangat tajuk... ahhh belasah ah ! Siapa kisah..?? kannnnnnnnn...?? Sebenarnya bila malam aku mulalah rasa lapar je... Tekak teringin makan fastfood tapi bulan ni je berapa kali rembat duit tuan suami sebab nak makan mekdi... Tak boleh tahan tau dengan dia punya Foldover... macam tak boleh bikin sendiri... Haha.. ngada tak...??

Nak kecam aku ke sebab makan mekdi..?? Silakan.

Ehh ni bukan kisah kecam mengecam tau... tapi saja nak share resepi yang senang nak mati sampai budak baru bertatih pun pandai buat... kk tipu.



Bahan-bahan :-
1-2 sudu besar marjerin ke butter ke.. hah terserah la kan..
2-3 ulas bawang putih - nak cincang boleh, guna blender kering boleh, no hal..
Sedikit garam

Cara-cara :-
Gaul je semua bahan tu perasakan dengan garam.. Aku takde parsley, tapi kalau ada korang letak la jugak.. barulah meriah..

Then sapu kat roti.. emm takde oven @ toaster? Jangan risau ! Guna pan biasa je... Api kecik je tau.. Lepas tu tekap roti kat pan.. jangan tekan plak roti tu... Ehh lupa... ni jenis roti Garnia.. sebab dia lembut kan so tak perlu lah tekan2... dalam 1-2 minit, balikkan roti tu sebelah lagi... api jangan kuat ye... bawang putih cepat hangus...

Kalau korang guna jenis roti perancis tu boleh la nak tekan2 dengan sudip roti tu... Ok dah boleh makan dengan mushroom soup, Campbell ~

KESIHATAN | SENOKOT BANTUAN MUDAH UNTUK MEMBUANG AIR BESAR

1:39 AM 0
KESIHATAN | SENOKOT BANTUAN MUDAH UNTUK MEMBUANG AIR BESAR
Ada tak nak cakap entri ni tak senonoh?? Takde kot... kan?? Hahaha ada orang bila citer bab ni geli la apa la... bagi wa, inilah nikmat yang Allah bagi... kalau makan tapi tak membuang, camne lak kan?? Penyakit wooo...

Wa yang tak boleh kencing ni rasa sungguh tak best... Toksin dalam badan tak keluar... sedih... memang berpenyakit je laa...

Kadang nak dekat seminggu tak membuang air besar... sampai Tokis bising... dia dah complain muka wa nampak kusam.. bla bla bla... letih la hape la... 


Dia bagi makan Senokot ni je... Mula2 tak rasa apapun... Tapi lepas makan... ulang-alik jugak wa ke toilet.. Tokis bley kata... BAGUS ! .. Baru laa nampak bermaya balik... katanya lah... kan....

Tapi tak semua orang tahan dengan ubat ni, apa2 pun sila refer doktor dulu k? Just sharing, mana tahu bermanfaat...

Cheers,
Tuca.

January 25, 2015

BILA ROTAN ANAK MENJADI SATU KESALAHAN JENAYAH

5:00 PM 0
BILA ROTAN ANAK MENJADI SATU KESALAHAN JENAYAH
BILA ROTAN ANAK MENJADI SATU KESALAHAN JENAYAH - Assalamualaikum wbt. Ini nak kata bodoh kepe tak tahu la kan. Maaf ye terkasar.. Ye, memang aku tak ada anak lagi, tapi pernahlah merasa diri sebagai seorang anak.


Teringat cerita Anakku Sazali... Bagaimana kurang ajarnya Sazali pada ayahnya yang tidak penah sedikitpun memukul, menjentik, apatah lagi merotan... Tengok laa Sazali jadi apa?

Zaman sekarang memang tak ramai kot mak bapak yang rotan anak²... Tu sebab anak² jadi hancur berderai je... Tengoklah dekat FB, banyak page² yang selongkar kegiatan budak² muda yang ntah hape² ! Semuanya sebab apa? Tak pernah kena rotan..

Aku pernah dirotan menggunakan buluh oleh arwah opah. Peha ni macam lali je masa tu... dengan tali pinggang , dengan hanger pun pernah... Jadilah jugak aku manusia walaupun tak laa baik sangat... hiks !

Dan , sebab tu jugak aku susah nak kurang ajar depan mama & abah.

Mungkin Menteri kita ni rasa bila rotan anak tu ibarat mendera... So janganlah hairan kalau generasi akan datang semakin poyo, bongok, dan kurang ajar sangat dengan semua orang...


Diceritakan oleh Muawiyah bin Salih, ada lelaki datang menemui Rasulullah Nabi Muhammad SAW lalu berkata : 

"Wahai Rasulullah, ahli keluargaku tidak taat kepadaku. Apakah yang patut aku gunakan untuk menghukum mereka?".

Lalu Rasulullah berkata : "Maafkanlah saja".

Kemudian Rasulullah SAW menyebut hal yang sama pada kali kedua bahkan juga pada kali ketiganya. Seterusnya Rasulullah mengatakan :

"Jika kamu perlu menghukum, hukumlah mengikuti kadar kesalahan yang dilakukannya dan jauhilah dari memukul pada bagian muka,".

(Hadis riwayat at-Tabrani)


Semoga bermanfaat.
Wallahualam.

KESIHATAN | GASTRIK DAN SAKIT BAHU ANTARA SIMPTOM PENYAKIT JANTUNG

3:57 PM 0
KESIHATAN | GASTRIK DAN SAKIT BAHU ANTARA SIMPTOM PENYAKIT JANTUNG


Ramai yang tak sedar yang gastrik serta sakit bahu sebenarnya tanda-tanda atau isyarat risiko penyakit jantung. Perunding Intervensi Kardiologi Hospital Pantai Pulau Pinang, Dr Liew Chee Tat berkata kebanyakan orang hanya mengetahui bahawa gelaja serangan jantung adalah sakit dada.

Hanya 50 peratus daripada individu yang boleh mengesan tanda-tanda penyakit jantung daripada sakit dada manakala 50 peratus lagi adalah daripada gejala pedih ulu hati, sakit bahu dan sakit gigi. -Sumber-

So kalau ada tanda-tanda kerap tu, pergilah check ye... penyakit ni kekadang tak nampak... macam puan punya blog, dah kritikal, mama baru sedar dan masa tu dua-dua buah pinggang puan blog, rosak.

Cheers.

LIRIK ZAMANI : KALA HUJAN

2:44 PM 0
LIRIK ZAMANI : KALA HUJAN
Tak hujan pun harini... cuma suka je lagu ni... mood asyik berangan... overrr sangat uolsss... tapi lagu ni memang best pun... harap-harap la hujan petang ni... Terlalu rindukan hujan ni.... Panas & kering sangat rasanya..




Zamani - Kala Hujan

Ketulusan senyumanmu
Mengundang sesuatu
Sukar untuk ku gambarkan
Ke dalam bentuk kata-kata

Kekuatan sandaranku
Ku dirikan masa lalu
Luruh bagai dedaunan
Di kala hujan angin datang

* Merembasi
Berkali diri bertanya
Siapakah gerangan kau sebenarnya

** Aku yang semalam
Selalu berkata
Tunjukkan diri pemilik jiwa

Sucikan seberkas dosa
Bisa mengenaliku
Bisa terima diriku seadanya

Dan aku tahu
Keterlanjuran ucapanku
Selamanya ini yang menghantu
Diriku dari mendekatimu
Kekasihku

Ku tahu
Pengalaman yang sebegitu
Maksudku tindakanku dahulu
Mungkin akan jauhkan dirimu kekasihku...


ZAMANI DI MELODI, BERGENANG AIRMATA !

1:45 PM 0
ZAMANI DI MELODI, BERGENANG AIRMATA !
ZAMANI DI MELODI, BERGENANG AIRMATA ! - Rasanya ramai kot layan Melodi semata-mata nak tengok Zamani tadi... termasuklah aku.. Selalu bangun lambat, harini bangun awal hanya sebab nak tengok temubual Zamani yang takdan beberapa minit tu..




Entah kenapa rasa rapat sangat dengan Zamani Ibrahim walaupun tak pernah jumpa eyes to eyes... Tadi masa tengok Melodi, Zamani sebak & menitiskan airmata.. Abang dia pun... hahhh dah aku pulak terikut sekali sedih... Tapi cover la takmau nangis, kang Tokis kata apa pulak, pasal Zamani aku is overr.... hewhew

Aku terharu, walaupun dah 10 tahun bergelumang dengan dadah, abang-abang Zamani masih ada disisi dia... so based to the entry ARTIS DAN KELUARGA, MANA LEBIH DIKEJI? , bagi wa.. kalau dah baik, buat jahat macam mana pun masih ada yang sayang... Maksud aku, kebaikan rohaniah.. Kebaikan yang orang tak jangka dari mata kasar...

Tak putus doa & berharap... supaya Zamani menjalani pemulihan... Kami rindu nak tengok Zamani perform..

Cheers,
Tuca.

REKOD DUNIA | LONTARAN BIJI MATA PALING JAUH

12:57 PM 0
REKOD DUNIA | LONTARAN BIJI MATA PALING JAUH
Farthest eyeball pop

LONTARAN BIJI MATA PALING JAUH | Kim Goodman dari Amerika Syarikat, boleh mengeluarkan biji matanya sejauh 12mm(0.47inci) di luar soket matanya. Dia mencapai rekod di Turki, pada 2 November 2007.


Haha ! Pening kejap tengok.. Jangan tengok lelama ye ..

SEORANG PAKCIK SOLAT KELIHATAN PELIK ?

12:48 AM 0
SEORANG PAKCIK SOLAT KELIHATAN PELIK ?


Pelik sangat kot pakcik ni solat...emm... bagi wa takde la pelik manapun... actually langsung tak rasa pelik sebab dah biasa tengok orang solat pelbagai gaya... (dalam tertib yang sama cuma gerak geri berlainan).. err faham tak...??

Pakcik ni baca semua betul, cuma dia bergerak gitu aje...

Ada yang kata tidak sah, ada yang kata syiah.. ada yang kata bukan pakcik tu solat tapi saka yang solat, ada yang kata pakcik tu belajar terlebih sampai isim... dan pelbagai tohmahan...

How if... pakcik tu sebenarnya sakit..?? Parkinson, contohnya?

Sebenarnya wa malu tengok video ni... malu terhadap diri sendiri... sebab wa sendiri pun tak sempurna solat... Pakcik ni kira ada daya lagi, dia solat kat belakang supaya tidak mengganggu jemaah lain..

Semoga urusan pakcik ni dipermudahkan.. amin..

January 24, 2015

#5 TIPS BLOGGING

11:06 AM 0
#5 TIPS BLOGGING


Sebenarnya entri ini dari Careen Tan , tapi wa olah sikit untuk simpanan sendiri... Ini amat penting untuk blogger tepian jalan tar macam wa...

***************************************

1) MENJADI DIRI SENDIRI | Kebanyakan blogger (newbie) akan terikut-ikut rentak blogger lain.. Itu sangat tidak bagus ye kawan-kawan.. So jadilah diri sendiri walaupun ada yang tak suka dengan korang punya penulisan... macam wa, belasah je laa... Memula rasa nak sopan santun gittew... tetapi amatlah tidak selesa menjadi sesuatu yang bukan diri kita..

Wa pernah ikut rentak Maria Elena, Yuyu Zulaikha & Hanis Zalikha... ehhh rasa macam takde jati diri plak kan kan kan?

2) ISI KANDUNGAN BLOG YANG BERKUALITI | Kalau korang declare blog korang sebagai peribadi, rasanya kualiti dah tak penting kot disini... ehh ok tipu... Semua penulis akan menghasilkan penulisan berkualiti supaya ada orang datang baca... Kita blogging sebab nak sharing together2 kan...?? Tak perlu tulis pepanjang, cukup entri pendek yang ada isi... (Tapi jujur hakakkk tak reti buat entri pendek, tak puas...)..

3) IMEJ/GAMBAR YANG BERKUALITI | Perkara ni memang betul pun, kekadang kalau kita tengok gambar yang suram sangat, pecah2 rasa boring je... so nak tempek gambar pun kenalah ada kualiti jugak, ye tak... ??

4) HARUS KONSISTEN | Amat sukar sebenarnya untuk konsisten, lelagi blogger macam wa yang cepat penat, cepat moody & sometimes busy + tiada idea langsung nak tulis pasal apa .. Tapi kita boleh bagi inspirasi pada diri kita... Careen kata, dia baca blog orang lain untuk mendapatkan inspirasi... hurm... wa akui, ini memang benar. Cer try...

5) BERSIKAP JUJUR | Kejujuran amat penting dalam penulisan tau... Kalau kita tulis tak jujur, dia akan terpancar dalam penulisan kita sendiri... hehhh ! Sastera sangat ayat tu... Perkara ni sama je macam jadi diri sendiri... Jangan jadi orang lain untuk orang suka pada kita... that was not good, no no no.... Apa salahnya jujur? Dari kejujuran penulisan kita, baru kita ada penghargaan disitu.


**************************************************

Semoga bermanfaat .

January 23, 2015

BERITA GEMBIRA BUAT PEMINAT ZAMANI SLAM !

9:32 PM 0
BERITA GEMBIRA BUAT PEMINAT ZAMANI SLAM !
Alhamdulillah.. syukur ke-hadrat illahi..

Cerita ni, kak +Suria Lekatlekitgurl yang update, sebab wa busy mencari widget related post... Hoho.. ikutkan taknak update dah sebab kak suria dah info, tapi... sebab wa cam die hard fans, nak update gak... sorry Kak Suria ^^





Syukur...
Zamani dibebaskan dengan jaminan polis... siapa sangka kan?

Setiap kebaikan especially kebaikan terhadap sesama manusia, insyaAllah, Allah SWT akan permudahkan segala urusannya...

Zamani, hanya salah langkah kerana hatinya kecewa dan kosong.. Dia tak kacau orang lain, tiada langsung kisah dia mencuri atau apapun... semuanya dia sendiri... Tokis jugak akui, Zamani memang sangat baik..

Hakikatnya, sekarang ni... wa tak jumpa langsung komen negatif atas kes ini, boleh kata 90% support Zamani... mendoakan dan memberi kata-kata dorongan....

Semoga Zamani menjalani pemulihan... nak tengok sangat Zamani berisi semula... Cukuplah sakitkan badan sendiri bro... lu masih ada rupa... hidup ni masih indah buat lu.... hadapilah dengan senyuman... kami sebagai peminat masih tegar menyokong disini...



Dulu dengar lagu ni tersenyum sengih membayangkan
Zamani nyanyi untuk wa... 

hewhew..

TERPEDAYA DENGAN NIKMAT

4:07 PM 0
TERPEDAYA DENGAN NIKMAT


Daripada Abdullah Bin Abbas r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

" Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya ;
sihat dan kelapangan. "

(Riwayat Al-Bukhari)
wallahualam.

Moga bermanfaat .


POLIS YANG MERAKAM VIDEO ZAMANI BERGARI, DIKENALPASTI.

3:43 PM 0
POLIS YANG MERAKAM VIDEO ZAMANI BERGARI, DIKENALPASTI.


Disini wa nak ucapkan tahniah pada PDRM, dan semoga dikenakan tatatertib bagi si pelaku... Oooo mementang kau polis sukati kau nak buat apa ye...??

Teringat wa pernah kenal sorang polis ni, kaki lucah punya manusia... tapi memanglah kan... polis bukan maksum... manusia pulak... tapi etika tu... ETIKA ! Jagalah... Janganlah sampai busukkan nama polis sedunia...

Tak hairanlah kan kalau ramai anti-polis sebab kes2 sebegini... haizzzz....

Cuma terkilanlah, kes budak kemboja yang mengaji lunak merdu tu, takde pulak siapa nak ambil tindakan atau rasa sikap polis tu salah... pape je laa... dooniaa ni selalu berat sebelah pun... kbai.

ARTIS BERSUARA EMAS & DADAH ~

1:33 PM 0
ARTIS BERSUARA EMAS & DADAH ~
Terdetik di hati, apa yang mereka fikir dengan mengambil dadah ni.. adakah semuanya akan selesai..?? Khayal yang sementara...?? Derita selamanya...??


Aduhai... teringat cerita arahan Jinggo dan Sheila Rusly, Hanya Aku. Mengisahkan para penagih di rumah PENGASIH yang ingin berubah... meleleh airmata wa tengok cerita tu... rasa macam diri ni pulak yang penagih..... opsss.... kk wa acapkali menjiwai watak... maklumlah... overrrr gittew...


Berapa ramai retissss kita yang ketagihan dadah... ambil dadah untuk jadi "high" atas stage.. ambil dadah sebab kecewa dengan cinta, dan sebagainya...




RADHI OAG | Vokalis kumpulan OAG, Radhi, mengaku telah bergelumang dengan dadah sejak berusia 15 tahun. Dia kini tersenyum bangga dengan kehidupannya yang bebas dadah, selepas menjalani proses pemulihan di Pengasih sejak 2011.



MAMAT EXIST | Pada November 2010, Mamat ditangkap kerana mencuri motosikal dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.



JAMAL ABDILLAH | Jamal Abdillah pernah ditahan memiliki dadah jenis syabu pada tahun 2007. Dia juga pernah menjalani program rehabilitasi di Pengasih lebih kurang lima tahun.



SALEEM IKLIM | Vokalis kumpulan Iklim, Saleem, ditahan pada Julai 2004 atas kesalahan memiliki satu paket plastik yang mengandungi 0.06 gram campuran heroin dan morphine serta satu lagi paket plastik mengandungi 0.06 gram dadah yang serupa.

Dia dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan bermula 13 Disember 2004.


AMENG SPRING | Pada Oktober 2005, Ameng mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut, Terengganu atas tuduhan menagih dadah jenis methamphetamine di Kampung Batang Gergaji, Besut pada 3 September tahun tersebut.

Pada bulan Disember tahun yang sama, Ameng atas kesalahan yang diakuinya, dia dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Terengganu setelah mengaku salah menagih dadah pada awal September 2005.

Sekali lagi Ameng ditahan dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas dia didapati bersalah terhadap tuduhan memasukkan ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sentul, Kuala Lumpur.

12 April 2011, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan di Mahkamah Sesyen Melaka kerana kesalahan mengedar dadah.


Yang terbaru tak perlulah mention lagi... semua dah tahu kan... sampaikan entri wa beberapa hari ni asyik pasal dia je kan kan... emmm semua diorang ni mempunyai suara yang best sangat.. (Saleem je tidak kot..) hee ~

Mohon menjadi teladan pada kita semua... wa tak anti pun dengan orang sebegini, tak kisah retisss atau tidak... semua manusia tak lepas buat salah & silap, besar ataupun kecik...

Semoga bermanfaat.