7/1/14 - Tunsha Ayunie Punya Belog

July 25, 2014

Azwan Ali Umrah 7 Kali, Niat Dipertikaikan ~

11:17 PM 0
Azwan Ali Umrah 7 Kali, Niat Dipertikaikan ~
Assalamualaikum wbt, 

Tadi nampak posting kat Oh!Media pasal Azwan Ali pergi umrah dah 7 kali.. alhamdulillah.. rezeki dia dapat pijak tanah suci banyak kali.. wa nih, tak tahu laa sempat ke tidak..


NIAT DIPERTIKAIKAN | Cuma paling tak syok bila tengok kebanyakan dan majoriti kaum Melayu beragama Islam yang menyumpah seranah beliau.. 


Hurm.. puasa mengajar kita juga untuk membersihkan hati....


Alhamdulillah, masih ramai yang bersangka baik.. dan wa sangat setuju dengan point2 para ahli husnudzon ni... syukur, masih berpijak dibumi Allah Swt !

Bagi wa sendiri, biarlah.. biarlah Uncle Azwan nak berselfie sekalipun, dia ada rezeki memijak tanah suci... rezeki yang lebih... daripada ambil gambar yang tak senonoh, lebih baik berlatarkan tanah suci.. apa nawaitu dia, biarlah dia dengan Allah taala... SubhanALLAH ! Maha suci Allah pemberi rezeki..

Cukup-cukuplah, kadangkala orang yang kita rasa busuk, sebenarnya cermin kita sendiri :)

Cara Untuk Hilangkan Stress ~

12:47 AM 0
Cara Untuk Hilangkan Stress ~
HILANGKAN STRESS | Memang susah nak handle kalau kita stress atau down, ada yang memilih untuk menjerit, menangis, makan coklat dan jugak aiskrim.. sebenarnya nak share yang islamik sikit, yang boleh digunapakai... wa pun kalau tekanan sangat, kalau tak period, wa buat jugak...


Alhamdulillah, release sikit stress... jadikan al-quran sebagai 'sahabat' kita :)

July 24, 2014

Zakat Fitrah ~

10:41 AM 0
Zakat Fitrah ~
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Swt...

Wa tak dapat bayangkan perasaan melihat tuan suami membayar zakat... tahun lepas kami tak buat pun... mungkin masih terpinga-pinga dengan diri sendiri dengan masalah yang melanda tahun lepas... alhamdulillah tahun ni terasa aman sikit dari bebanan..

Mungkin ini perkara biasa je bagi orang yang dah biasa membayar zakat kan...?? tapi bagi kami yang pertama kali ni.... perasaan tu... Allah je yang tahu...

Tengok muka tuan suami semalam pun sayu je...

 
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
(Surah Ash-Sham, ayat 9)


Bila tanya tuan suami perasaan dia semalam.. dia kata satu bebanan dah terlepas... rasa lega sangat... wa pun tumpang bersyukur... tanggungjawab kan... :)


Selamat membayar zakat...

Alkisah Keyboard USB Tecom ~

1:49 AM 0
Alkisah Keyboard USB Tecom ~
Assalamualaikum wbt,

Haaaa dah tersenyum bangga dah ni... bahagia pun ada.. tetiba rasa bersyukur ke hadrat Allah swt mengurniakan seorang suami yang kurang sempurna fizikalnya, tapi sangat bertanggungjawab dan sangat sempurna hatinya.. syukur alhamdulillah !


Semalam, semalaman berfikir berapa harga kalau nak repair keyboard ni... semalaman jugak rasa gian sebab tak dapat nak blogwalking atau update entri.. sedih.. muncung ni kalau boleh panjang, kupanjangkan lagi...

Siang tadi, pergi zakat, then singgah kejap kat mall.. then tuan suami masuk kedai komputer kejap, wa saspek dia nak tanya berapa harga kalau repair keyboard, last2 dia belikan keyboard baru.. usb punya laa... dah terasing lappy dengan keyboard, janggal kemain tapi takpela, asalkan dapat menaip... yehhhhuuuuuu !!

Syukur alhamdulillah, 
selamat jalan keyboard ber-virus !

July 22, 2014

Quick Update #9

11:42 PM 0
Quick Update #9
Assalamualaikum wbt,

Just quick hapdet je harini sebab dah takde mood nak menaip since keyboard wa teramatttttlah problem... rasa hilang separuh nyawa tak dapat blogging atau komen kekawan yang lain :(

Sebak pulak rasanya tak dapat menaip macam selalu sebab keyboard mengalami jangkitan kuman yang teruk....

Salam aidilfitri sahabat blogger yang disayangi..

Malaysia Airlines - Kotak Hitam MH 17 Ditemui ~

11:35 AM 0
Malaysia Airlines - Kotak Hitam MH 17 Ditemui ~

Donetsk (Ukraine) - Kumpulan pemberontak Pro-Russia menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi terhempasnya MH 17 tempoh hari, kepada pegawai Malaysia di sini, hari ini. 

“Kami membuat keputusan untuk menyerahkan kotak hitam kepada pakar Malaysia,” kata perdana menteri Donetsk People’s Republic Alexander Borodai. 

Kumpulan pakar Malasia dan puak pemberontak menandatangani protocol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan. 

“Kotak hitam ini dalam keadaan baik dan hanya mempunyai sedikit kerosakan sahaja,” katanya. 

Kotak hitam ini dipercayai dapat membantu dalam siasatan nahas penerbangan MH17 yang dikatakan ditembak jatuh peluru berpandu, Khamis lalu.

Notajari - Semoga kita dibawah perlindunganNya.. dan semoga kita dapat mengetahui segala punca dan hikmah kejadian yang menimpa ini :)

DOA MEMBURU MALAM LAILATULQADAR

12:24 AM 0
DOA MEMBURU MALAM LAILATULQADAR

Aku tidak mengharapkan malam Lailatulqadar ni sebab terasa belum layak rasanya.. Banyak sangat ibadah yang aku tinggalkan, banyak sangat dosa besar yang aku buat. Semoga dikalangan ahli keluarga, terutama mama abah mendapat keberkatan malam Lailatulqadar yang diburu ini... insyaAllah..

Alexa Ranking #1

12:05 AM 0
Alexa Ranking #1
Hahhahahahhaa !! ini je mampu respon, hajat hati nak merampas takhta hak milik blogger2 otai... tapi jauh kemain koooo... tak larat nak kejar ni... so duduk dendiam... bersiul-siul bawah pokok... buat tak nampak je laa rating satu ni...


View Full Size Image

ehh overrr dahhhh !

July 21, 2014

Wahai Si Pencuri Baju ~

2:14 PM 0
Wahai Si Pencuri Baju ~
KISAH SI PENCURI BAJU | Pernah tak lepas saudara saudari sidai baju, bila nak angkat je, saudara saudari perasan ada ruang kosong diantara baju2 yang saudara saudari sidai tu...?? ohh itulah nasib yang dialami wa beberapa menjak ni sejak laa wa start stay kat rumah mertua wa..

Mula-mula baju warna purple kesayangan wa, sayang gila kot.. mula2 saspek tuan suami amik sorok sebab dia memang tak suka wa pakai baju tu... nampak lurah laa hape laa katanya.. dulu masa gemuk wa pakai takde apa pun, dah kurus baru laa terlondeh bagai... haaa ni bukan citer londeh mak lodeh ye.. ni cerita baju hilang..!! 

Lepas tu wa saspek tertinggal kat rumah mama nun di Rawang, sekali spotcheck takde gak.. maka buat keputusan yang baju tu hilang... redhakan je laa...


Hari demi hari berlalu, sidai kain macam biasa.. alhamdulillah tak ada apa yang berlaku... tapi tak lama.. beberapa bulan selepas tu...

hurm.. beberapa minggu lepas wa sidai kain macam biasa, lepas tu angkat kain macam biasa.. wa sedar, seluar tuan suami hilang, wa punya sivles pakai kat rumah hilang, wa punya legging hilang... wa macam... haihhhhhh....!! puas ingat balik ada tak terlipat ke termasuk bilik sesiapa, spotcheck lagi.. TAKDE !! bingung dah time ni..


.. so kawan2.. ini bukan tuduhan laa kan but.. betul laa kena curi kan kan kan...?? sebab masa angkat kain tu pun wa dah perasan 1-2 baju wa sidai dah hilang... stress hokeyyy...!!

hurm.. kalau baju Gucci ke, Prada ke, yang branded bagai nak mati tu tak heran laa wa kalau kena curi, ini baju pasar malam je kot... :(

psttt ... yang pelik underwear tak hilang tau... selalu pencuri underwear je kan..?? kepelikan menguasai diri...fiuhhhhhhhhhhhhhh....

July 20, 2014

Resepi Biskut Lipatan Kasih Kurma

6:09 PM 0
Resepi Biskut Lipatan Kasih Kurma
Assalamualaikum wbt,

Lagi 7 hari kita "bercinta" dengan Ramadhan sebelum bertemu dengan Syawal.. 2 minggu terakhir ni  dah ada bau2 orang bakar biskut... wahhh... rindu mama ! selalu mama rajin bakar biskut raya waktu menjelang aidilfitri ni... tahun ni tak dapat laa wa nak buat apa, sebab berpuasa kat rumah mertua... family mertua wa tak berapa sambut aidilfitri ni.. they more to chinese.. wa je yang algojoh... yela, Rasulullah saw pun suruh kita bergembira kan..

Wa nak share satu resepi biskut yang wa tak pernah buat, dari Chef Ismail dan Florence Tan.. sebab wa ni penggila buah kurma, maka wa share je la kan... hihi.. kalau sempat nanti balik rumah bonda tercinta wa nak try la buat... :)


Bahan A :-
200g tepung gandum
50g tepung jagung 
80g NESTLE® CORN FLAKES - dikisar halus
200g mentega atau merjerin
100g gula kaster
1 camca teh esen vanila
1 biji telur
40-45 biji kurma (jenis lembut) - dicincang halus 

Cara membuat :- 
Ayak bahan A, masukkan NESTLE® CORN FLAKES. Gaul dan ketepikan. 

Putarkan mentega, gula dan esen vanila sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul hingga sebati. 

Kaupkan campuran tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut. 

Letakkan ½ camca doh di dalam cawan kertas kecil dan tekankan dengan rata sehingga hujung kertas (mesti sama nipis supaya masak dengan sempurna). 

Kemudian letakkan kurma yang telah dicincang halus di tengah doh dan lipat cawan kertas tersebut. Tekan hujung doh mengunakan cawan kertas dengan lembut untuk mendapatkan bentuk kipas. 

Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan.

Haaa amacam..?? best tak..?? jom la sesama kita try...

Susulan Kes Wanita Tua Cina Memakai Baju Berkalimah Suci~

4:10 AM 0
Susulan Kes Wanita Tua Cina Memakai Baju Berkalimah Suci~
Selamat bersahur,

Kecoh media sosial dengan gambar kononnya seorang wanita cina memakai baju bercetak surah al-fatihah.. yela, bila melibatkan sensitiviti agama memanglah orang mengamuk, tapi tak wajar bila maki hamun segala bagai keluar... ingat lah, berpuasa bukan menahan lapar dahaga je, tapi menahan diri dari terlanjur membuat dosa..

Berikutan kes tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menyampaikan satu statement di laman twitter,


Bagi yang tak tahu kes apa, boleh lah terjah kejap entri INI ..

Semoga kita sentiasa tenang dan tidak terlalu beremosi... Islam tidak mengajar perkara tu.. contohi Uncle Sim, dia senang dan tenang handle keadaan... wa menyampah & sakit mata sebenarnya bila wanita2 muslimah yang bertudung ni keluarkan perkataan yang tak berapa elok dibaca.. jatuh martabat seorang wanita.. hurm..

Untitled #17

12:41 AM 0
Untitled #17
12:20am,

Entahlaaa... harini wa agak moody, nak kata datang bulan takde pun.. tak tahu laa kalau lambat kan.. moody ni bukan rasa nak marah atau sedih.. more than depress.. wa jadi murung.. mungkin sebab kes MH17.. kes MH370.. kes kerana Ambank kena tembak... kes pengganas dah membiak kat Malaysia.. perkara sebegini membuatkan diri wa diparas fobia yang keterlaluan..

Fikir jugak camne nak puaskan hati semua orang...?? wa komen cenggini kena kondem... cenggitu kena kondem... contoh kes Kiki... oklaaa wa marah, but she deserve a second chance... kita tak boleh kot nak marah sangat sebab uncle sim pun pegang dengan agama Katolik yang menggalakkan berbuat baik sesama insan.. bukankah kita juga perlu begitu..??

Bila dah bersikap baik dah husnudzon, tetiba keluar isu Ahsoo pakai kaftan bercetak surah Al-Fatihah.. ok, wa komen yang murni.. suruh si pemaki istighfar... tapi kena hentam pulak... "eh waktu Kiki takde pulak kau nak istighfar atau bersabar.."



at last cakap kat diri sendiri, "we can't please anyone to accept our common sense la dude !" dah tu..?? wa sendiri yang panas hati... eh eh dia ni... menyindir tu melampau sangat... 

Kiki already past, now we talk about the Ahsoo ! dia nak kita marah.. kita claim kita umat paling penyabar but bila perkara macam ni kita buta2 maki orang... hello ? 

ending.. just unfollow the post laa kan.. stop notification, settle. Bukan tak boleh terima pendapat tapi pantang sungguh bila orang menyindir ni...

haihh...

July 19, 2014

Wanita Tua Cina Memakai Baju Berkalimah Suci ~

8:52 PM 0
Wanita Tua Cina Memakai Baju Berkalimah Suci ~
Ini agak berlebihan. Kecoh dekat Facebook gambar ahsoo sorang ni, dia ditemui di Pasaraya Hero di Taman Dagang, Ampang, dengan memakai baju jenis kaftan berkalimah suci.. perkara ini amat menyentuh sensitiviti umat Islam yang lain..

Ahsoo ini juga telah mendatangkan kemarahan kepada seorang pak arab yang turut membeli barang disitu.. ofcoz laa marah... pak arab tu harus laa tahu itu ayat surah apa... difahamkan surah Al-Fatihah :)


Hurm... masih tersenyum bangga...

Wa bikin entri tiada niat untuk racist tapi memang wa nampak, kebanyakkan kaum2 mereka ni memang cuba untuk provok agama Islam.. tak semua, sebab mak mertua wa pun cina.. tapi.. haih... sedih laa macam ni.. apa pasal ni ahsooo...??

Wa saspek ini kain yang orang gantung kat dinding, tapi ahsoo ni jahit jadi kaftan... bukan susah nak jahit kaftan kan...?? hurm dunia... 

untuk umat Islam, kurangkan sedikit maki.. sebab dah ramai sangat yang mencaci maki kat Facebook harini... adoiii...

Jangan risau, perkara ni akan jadi viral macam Kiki.. janganlah ada pulak yang kata bila Kiki si muslimah melayu buat salah jadi viral, ahsoo cina ni hina islam takkan jadi viral... hurm.. perkara ni menyentuh sensitiviti, pasti dia juga menerima bahagian :)

UPDATE | Ahsoo ini seorang warga Korea yang sedang bercuti di Malaysia dan membeli baju itu di India, dan mungkin hanya menganggap tulisan khat tersebut sebagai art semata2.

MH 17 - Footage Conversation After Shot Down !

11:23 AM 0
MH 17 - Footage Conversation After Shot Down !
Jom kita tafsir sendiri perbincangan dalam video ini, anyway, tidak diketahui sama-ada translator ini betul atau tidak... wallahualam, wa hanya berdoa supaya Malaysia tidak ditimpa musibah seperti ini lagi... rasa Malaysia ni dah hujung nyawa... tengok Datuk Sri Najib berucap pun takut2 macam something might be happen... nauzubillahminzalik... jauhkanlah... semoga ini hanya perasaan wa..


Semoga kita sentiasa dilindungi :)

Heat Seekers ! Makan Yang Pedas-Pedas !

2:09 AM 0
Heat Seekers ! Makan Yang Pedas-Pedas !
HEAT SEEKERS | Cerita ni menjadi feveret wa dan tuan suami sebenarnya.. before this kami layan kat Asian Food Channel, but now, dah takde... ohhh terkilan rasanya..


Cerita ni best, gabungan dua orang lelaki yang berlumba siapa yang paling kuat makan pedas.. haaa tahap kepedasan yang diorang berlumba ni bukan level cili padi tapi cili hantu.. iaitu cili yang paling teratas tahap kepedasannya... haaaa kau mampu...??

Ini adalah cili hantu ye kekawan :)

Ianya di-hoskan oleh Aaron Sanchez dan Roger Mooking.. oh ya... selain cili hantu, resepi dalam masakan mereka menggunakan jalapeno, habanero dan segala mak nenek cili...  haaa mampukah...?? lidah asia macam wa agak surrender laa.. tapi tengok depa makan macam sedap kemain lepastu berpeluh muka.. mata pun terbeliak je... kahkahkah...opsss over pulak...


Hahhaha... itu dulu untuk memalam ni.... saja hapdet cerita tak berfaedah langsung ni sebab jari ni gatal je nak berblogging tak tentu sebab..

#prayforGAZA
#prayforPassengersMH370
#prayforPassengersMH17

July 18, 2014

Bila Hazama Relakan Jiwa Secara Live ~

10:27 PM 0
Bila Hazama Relakan Jiwa Secara Live ~

Hihi... sorry bro... asal wa nak test je buat gambar gegerak ni... jangan marah naaa... gurau tu eratkan silaturrahim... ye dakkkk?? pisssyoooo !

Temptation Of Wife - Episod 55

10:18 PM 0
Temptation Of Wife - Episod 55
Episod 55 |  Angeline telah diculik oleh Heidi kerana ingin membalas dendam.. Nigel dan Marcel pula kini bersatu mencari Angeline. Marcel telah berjanji tidak akan mengganggu Angeline selepas mereka dipertemukan. Apa yang akan jadi seterusnya..??

Saksi episod terakhir Isnin ini, selamat menonton di tonton.com.my ^^~

Kad Raya Dari Mommy Irrayyan ~

9:57 PM 0
Kad Raya Dari Mommy Irrayyan ~

Yuhuuuuu dah dapat kat raya dari mommy !! siapakah mommy..?? mommy adalah pemilik blog Irrayyan.com.. mommy ni cantik hokeyyy... !! hiks ~ ok, kad raya ni dapat sebab aritu ada join segmen untuk mintak kad raya.... eksaitedddd hokeyyy.... !! tenkiu mommy +nu irra !! , i luv u lah !!

MH 17 - Mohon Hentikan Spekulasi Menyalahkan MAS !

2:19 PM 0
MH 17 - Mohon Hentikan Spekulasi Menyalahkan MAS !
HENTIKAN SPEKULASI | Mungkin ramai yang menyalahkan pihak MAS atas kejadian tragis yang menimpa penumpang-penumpang mereka, al-maklum, sebelum ini kejadian MH 370, juga masih belum terungkai. Ini membuat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tampil bersuara..


Maaf, ini bukan cerita politik.. ia lebih kepada kemanusiaan.. ALLAH sudah menulis semua ini terjadi, tiada siapa mampu mengelak.. sudah-sudahlah menuding jari.. wa setuju dengan apa KJ kata ni, kita sebagai rakyat harus memberi sokongan.. ingat takde tekanan ke pihak MAS sebab tahun ni je dah dua kejadian melibatkan istitut mereka...

Janji Allah itu, PASTI :)

Ukraine Tersalah Tembak Punca MH 17 Terhempas ~

2:00 PM 0
Ukraine Tersalah Tembak Punca MH 17 Terhempas ~
MH 17 | Tepat pukul 12:00am malam tadi, Malaysia digemparkan dengan insiden Malaysia Airlines, MH 17 yang terhempas di sempadan Ukraine.. kejadian ini sedikit sebanyak memberi impak kepada rakyat Malaysia, belum habis cerita MH 370, sekali lagi kita di-duga dengan kejadian seperti ini.

MH 17 disahkan oleh kerajaan Ukraine, ditembak pada ketinggian 40,000 kaki di ruang udara. Sementara itu Datuk Seri Najib mengarahkan siasatan segera dilakukan.


RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia. IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC. 

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama. -Sumber-





Kejadian ini memang tidak dijangka, lagi-lagi ianya melibatkan Malaysia.. Semoga keluarga mangsa-mangsa tabah dengan dugaan ini, kami rakyat Malaysia juga turut berdukacita dan sedih dengan kejadian yang menimpa.. tidak tergambar rasanya kalau ada diantaranya ahli keluarga sendiri..hurm..

Innalillahwainnalillahirojiun.. AL-Fatihah...

Daripada Allah kita datang, kepadaNya juga kita kembali :(

Malaysia Airlines MH 17 Terhempas di Ukraine~

12:51 AM 0
Malaysia Airlines MH 17 Terhempas di Ukraine~
Allahuakbar,

Mula-mula wa pelik bila ramai update status "Al-Fatihah", baru dapat tahu seramai 295 penumpang MH 17 telah meninggal dunia akibat ditembak jatuh.. menggigil sangat dengan berita ni... hurm..

Innalillahwainnalillahirojiun.... perkara ini mungkin salah satu sebab untuk butakan mata kita umat Islam tentang peristiwa melanda Gaza.. wallahualam bisawab..



Hancur luluh keluarga mangsa, ingin sambut kepulangan di hari raya.. berakhir dengan tragedi... ini boleh diibaratkan kejadian ngeri.. nauzubillah :(

Salam takziah buat keluarga mangsa..

July 17, 2014

Kad Raya dari Blog Santai ~

7:16 PM 0
Kad Raya dari Blog Santai ~
Assalamualaikum wbt,

Tadi posmen ada hon.. wa ingatkan barang untuk abah atau mama nora, so abah pergilah sign kan.. then abah masuk, cakap untuk wa.. so ambillah bungkusan dengan muka pelik.. yela, wa rasa yang post barang pun Zurin sorang sebab nak hantar madu tualang haritu... tapi yang ni... ehh..?? ada lagi ke wa kirim barang..??
Bukak je bungkusan, ada kismis, kad raya and keychain.. rupanya dari kak raudzah kita a.k.a +RDZ Z pemilik Blog Santai ..awali wa kembali aktif, blog kak raudzah la paling wa rajin singgah... hihi..

Terima kasih Kak Raudzah, kusangka hanya kad raya.. rupa2nya dapat kismis... memang menjadi kegemaran Sha kismis ni... heee ~ terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi !! woooow melampau :P

May Allah bless you Kak Raudzah !

Madu Tualang Warisan ~

4:10 PM 0
Madu Tualang Warisan ~
MADU TUALANG WARISAN | Wa memang dah lama nak makan madu dari awal nikah dulu.. tapi bila mintak kat tuan suami, dia buat senyum gatal pulak.. ada ke dia ingat wa suruh dia pasang madu... aparaaa... ok gurau, tuan suami memang suka bergurau pun.

Sekian lama mencari, tetiba Bambeng (Ben Ashaari) ada post pasal madu tualang ni, dia pun dalam proses try jugak.. link kat Madu Tualang punya pasal ! haaa ini sudah baik.. yela, nak cari madu asli bukan senang.. sebab kebanyakan manusia kat mukabumi ni nak untung je, cakap je jual madu padahal air & gula melaka.. letak tepung jagung sikit bagi pekat kot... haaa dah jadi madu...

Wa pun search je page MaduTualangWarisan , harga dia agak quite expensive tapi tapi tapi.. SEDAP ! actually yang wa dapat ni bukan beli sendiri, Zurin yang buat surprise, tetiba mintak alamat then bila tanya pasaipa dia tak jawab pun last2 baru jawab dia dah post madu sebab tahu wa memang teringin..

Rasa bersalah hokey sebab wa banyak tak suka sama Zurin ni, without reason ! haaa setan laa tu nak putuskan silaturrahim padahal si Zurin ni bukan buat salah dengan wa pun...

Ini rupa madu tualang tu.. ini bekas kecik = 50gm=/RM10 ..

Rasa dia..?? sedap sangatttttttt... wa jadi addict pulak.. arahan 1 sudu pagi & malam, wa rasa macam nak makan bersudu2.. dia manis2 pahit... urm.. lepas makan madu ni alhamdulillah kurang sikit lemau badan ni.. kira ada effect jugak laa...

Siapa teringin nak makan madu tu, bolehlah try :)

Bila Maaf Itu Hanyalah PERCUMA ~

2:51 PM 0
Bila Maaf Itu Hanyalah PERCUMA ~
Ramai orang tahu, semua media juga tahu tentang kes melibatkan Kiki Kamaruddin dan Uncle Sim.. ya, Uncle Sim juga telah memaafkan Kiki tanpa dendam dihati walaupun anak Uncle Sim, Robin, masih ingin mengambil tindakan ke atas Kiki.

Anak manapun akan terasa kalau orang kurang ajar dengan parent dia, as me, sebab abah wa pun pernah kena cuma masa tu takde hati nak tolong backup abah sebab diri ni masih kecil..


MAAF
Perkataan yang mudah untuk disebut, perkataan yang boleh menjernihkan perkara yang keruh.. ya, memang wa agak setuju.. mulianya hati si pemaaf.. #respect to Uncle Sim.

Dan kerana perkataan MAAF itu jugak maka ramai si pelaku akan senang lenang buat perkara luar kawalan dan ending hanya...MINTA MAAF..

Kalaulah semudah itu minta maaf... ibarat kau pukul anak orang dengan kayu kaw2... esok-esok kau boleh cakap.. "mintak maaf sebab pukul anak u, i tak sedar dan tak sengaja"... then esok buat lagi.. dan maaf lagi... senang kan...??

PERKARA BURUK

Radio angkat Kiki umpama selebriti... orang yang husnudzon sangat ni kata, "dah rezeki dia.." .. ok.. perkara ni dianggap rezeki?? dang ! unacceptable !


"Mungkin dia ada masalah tu yang dia buat camtu" - Miss X


Kita boleh husnudzon tapi biarlah kepada perkara yang wajar.. ya, wa mengaku wa masih marah... ini bukan menghukum seolah wa tak pernah buat dosa, tapi ini kemarahan bila melibatkan satu individu ke satu individu, lagi pulak orang tu dah sebaya ibubapa kita...

Kes ini, sepatutnya diambil tindakan.. ya, the other way kes ini boleh membuka mata para wanita untuk bawa stering lock kemana-mana untuk protect diri sendiri, the other way ok... tapi perangai dan sikap tu tetaplah salah..

Uncle Sim mungkin dah maafkan, tapi kami2 yang sayangkan warga emas ni sangat2 terasa.. :)

Spontaneus Thursday #2

1:05 PM 0
Spontaneus Thursday #2

Yang boleh di elak kita elak la kan..?? wa memang gila minum air sejuk, kalau benda ni tak betul pun mungkin kita boleh praktik untuk minum air suam je time period kan... tapi wa memang sangat tak boleh kalau mandi tanpa basah rambut... rasa tak lengkap je mandi itu.. hohoho..

just sharing..

Hikmah Kemenangan Jerman ~

11:25 AM 0
Hikmah Kemenangan Jerman ~
Assalamualaikum wbt,

Jerman vs Argentina, sebelum perlawanan haritu ramai yang bengang dengan Argentina kerana gambar Messi yang menyokong Israel.. wa tak tengok bola haritu sebenarnya sebab badan terlampau letih, tapi memang dah agak jangka Jerman pasti menang... as my usual tagline.. Jerman bagusssssssssssss.... haha !

Namun akhbar Metro disana menyatakan Ozil menderma duit itu untuk projek-projek di Brazil.. apapun semoga Allah merahmati kebaikan Ozil, andai benar dia mendermakan dana tersebut kepada kanak-kanak di Gaza.

Alhamdulillah ~

July 16, 2014

Temptation Of Wife - Episod 54

10:21 PM 0
Temptation Of Wife - Episod 54

Episod 54 | Angeline telah terlepas atas jaminan. Marcel pula berjaya melarikan diri dari Heidi. Namun Heidi membalas dengan menculik Angeline.

Apakah yang akan jadi seterusnya...?? selamat menonton di tonton.com.my ^^~

Uncle Sim Maafkan Kiki Kamaruddin ~

9:45 PM 0
Uncle Sim Maafkan Kiki Kamaruddin ~
SUSULAN KES ROAD BULLIES |  Warga emas dibuli wanita yang dikenali sebagai Kiki Kamaruddin, telah memaafkan Kiki tanpa mengambil tindakan atas perbuatan wanita tersebut.


Uncle Sim Siak Heong,68, tenang menjawab soalan dari wartawan. Baginya, Kiki Kamaruddin tidak sengaja melakukan perkara itu. Kata Uncle Sim kepada polis,

".. Saya sudah fikir balik yang saya tidak akan report kejadian ini sebagai jenayah "

tambahnya lagi...

".. Saya beragama Katolik, agama kita mengajar kita suka orang yang buat salah pada kita " 

Jadi rakyat Malaysia.. jomlah kita cool-kan diri kita.. walaupun wa masih marah dan geram, wa hormat dengan kebaikan hati yang ditunjukkan uncle ni... sebagai wanita yang beragama Islam.. wa sangat malu dengan kejadian ini, kerana ianya melibatkan spesis sendiri..

Semoga memberi pengajaran kepada kita.. jangan cepat marah...

Kisah Padang Bola Dan Masjid

8:41 PM 0
Kisah Padang Bola Dan Masjid
Ternampak satu perkara kopipes dalam Facebook.. wa agak tertarik.. bila difikirkan betul jugak.. kita terlalu mementingkan gadget walaupun ketika beribadah... ini termasuk dengan wa sendiri... haihhh...


Soalan : Kenapa tiada seorangpun pemain bola sepak membawa handphone mereka masuk padang ketika perlawanan bola sepak? 

Jawapannya : Sebab tiada kepentingan. Mereka hanya perlu fokus kepada permainan mereka. 

Persoalan yang diberikan oleh TG Syeikh Nuruddin Al-Banjari : Jadi kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah/masjid? Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid? Adakah bermain bola itu perlu lebih fokus/khusyuk daripada solat? 

Pesanan Syeikh : Mulai sekarang, belajarlah... belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan handphone/netbook/laptop dalam rumah Allah kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah. Jaga adab kita dengan Allah..

sekian .

Bila Bercuti di Teratak Bonda ~

4:25 PM 0
Bila Bercuti di Teratak Bonda ~
HOLIDAY WITH MY FAMILY | Cerita nak gebang lebih.. haha ! ok baru ada masa nak cerita pasal diri sendiri.. mahapppp laa... wa memang obses kalau wa sedang marah dengan sesuatu perkara... lelagi melibatkan OKU, orang tua.. warga emas.. kanak-kanak teraniaya... so wa akan terus taip dalam entri menyatakan wa memang tak puas hati... wa nih memang jenis cepat terasa dengan sesuatu perkara walaupun sipolan langsung tiada kaitan dengan wa...

Apa kau membebel ni perempuan..?? hahhh ok sambung cerita !

Sabtu haritu lepas balik treatment kat Hospital Ampang, kami lakibini terus shoot ke Selayang.. dari Selayang abah amik pastu balik la teratak kesayangan kami sekeluarga di Rawang.. perghhh kerinduan sangat kat teratak mama abah ni.. membesar kat situ.. belajar hidup pun kat situ. mahu tak rindu...??

Malam tu tolong mama gulung kulit popia sebab dia niaga popia nestum tu.. esok tu Ahad, tolong mama lagi.. ikut mama pergi pasar, sebab haritu maklong pun berbuka kat rumah.. mama masak soto dengan nasi ulam.. perghh hilang kempunan wa ketika itu..

Nak cepat punya pasal, kasaq2 haaa mama potong ulam2 tersebut, apapun... SEDAP !



Ini Arissa Diana.. kerja dia asyik tanya soalan.. senyum.. berangan... 
wa pergi toilet pun nak tanya..
"Bonda... nak buat apeee..??" eh budak ni...



Hahhh sessi bonda dengan ayah Is pulak bergambar... huahuahua

Bonda dengan Arissa dah sama size pun... aduhai...

Balik rumah kali ni, dapat solat terawih jemaah bersama.. tahun ni memang mama abah tak pergi surau.. dah best kot buat sama-sama kat rumah.. lebih afdhal.. tak payah fikir siapa nak curi slipar pun... haa yelaa... slipar buruk abah pun pernah kena curi tau...

Kisah kucing ni, nama yang comot tu Messy.. yang oren tu Brownie.. Messy ni layan Brownie macam anak tau... dia belai.. dia sayang sangat kat Brownie ni.. mana Brownie pergi dia ada kat situ.. Brownie tido, dia peluk.. Messy tu betina.. Brownie tu jantan... suka sangat tengok kasih sayang dua ekor kucing kesayangan kami sekeluarga ni..

Lepas tu As ada datang rumah hantar satu katon air Pop The Soda... sedapppp rasa Laici ! air ni ada perisa durian belanda, nenas, mangga, pisang dan laici...


2 hari sebelum raya nak balik sana lagi... huuyeahhh !! sedih tak dapat stay lama sebab wa tersangkut dengan schedule treatment...

Tenkiu sudi baca :)

Lagu Kiki the Stering Lock ~

3:26 PM 0
Lagu Kiki the Stering Lock ~

BILA KISAH KIKI DI-VIRALKAN | Ramai yang ambil kesempatan untuk mempromosikan kisah Kiki ni... wa takde rasa simpati pun pada Kiki ni sebenarnya sebab wa more simpati pada uncle yang cuba tenangkan keadaan tapi ditempelak oleh manusia berkaum hawa ni..

Penuh sebenarnya newfeed dengan kisah dah troll minah ni sampai bosan pun ada.. tapi yang terbaru, ada pulak mereka yang meluangkan masa membuat lagu dari pepatah perkataan yang keluar dari mulut Kiki..

Macam-macam !

Info Pemilik Peugeot CDM 25 - Kiki Kamaruddin

1:22 PM 0
Info Pemilik Peugeot CDM 25 - Kiki Kamaruddin
Pemilik Peugeot CDM 25 - Kiki Kamaruddin | Haha ! nak tergelak bila kes ni menjadi sangat2 viral di Facebook. Bukan itu je, jadi bahan troll lagi sampaikan abah wa pun guna gambar minah ni pegang stering lock untuk mempromosi page tudung dan baju kurung dia... haaa... jejemputlah beli kat SINI ye... opsss promot jugak ~

ok sambung.

Kiki Kamaruddin, adalah seorang wedding planner, dari info yang wa baca.. muka dia selalu menepek di Ampang Point untuk Kerja Kahwin..  mungkin kerana kes ini, dah takde yang nak ambil dia jadi wedding planner lagi.. rakyat Malaysia terasa sangat dengan perbuatan minah ni... sampaikan wa gelak kikikiki pun dah mendatangkan kemeluatan oleh hakak wa ! muahahahhaa !


Mungkin kereta Peugeot beliau beli dengan duit cash maka mengamuk tak tentu pasal... yela, dia tak suka berhutang pun :)

Dan di antara gambar2 troll yang di-share didalam Facebook :-


Sebelum ini Kiki ada memuat-naik status dia yang kelihatan sedar diri, tapi kita boleh baca juga yang dia masih hentam golongan bawak kereta cabuk / lama kat luar sana tu.. hurm.. kenapa la perangai kamu sebegini wahai, hawa?


Allah SWT uji lu dengan harta mewah, kini DIA aibkan lu satu dunia.. lu masih tak sedar... wa yakin rezeki Allah dimana-mana.. tapi jangan kerana kes ini.. rezeki lu tertutup wahai Kiki... kecantikan seorang wanita dari akhlaknya... lu dah la so-so aje... plus akhlak yang sebegini... hurmmm..

Mungkin kerana keangkuhan lu, maka Allah menunjukkan siapa lu...