RESEPI MIENG KAM VERSI GOJESSS (HOMEMADE)

RESEPI MIENG KAM VERSI GOJESSS (HOMEMADE) - Assalamualaikum wbt. Ramai yang tanya aku.. Mieng Kam tu apa?? semuanya dalam entri Kisah Di Teratak Bonda... Sekadar perkenalan, Mieng Kam ni makanan yang banyak dijual di jalanan kawasan Thailand. Ianya dimakan ala-ala sireh, tapi menggunakan daun kaduk dan inti-inti yang sedap dikunyah didalam mulut.

Haritu aku buat, lepas tu AyahChik dan family datang rumah. Anak dia yang berumur 13 tahun pun pandai makan Mieng Kam ni. Hajat hati nak buat untuk perut sendiri je, tapi mama boleh pulak suruh aku buat banyak-banyak. Haha!

So aku share jela resepi Mieng Kam ni untuk tatapan semua.

 

RESEPI MIENG KAM VERSI GOJESSS (HOMEMADE)
Bahan-bahan (Sos) :-
2 ketul gula kabung @ gula merah
4 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci belacan
1 sudu udang kering
sedikit garam
tepung gandum untuk memekatkan (jika perlu)

Cara-caranya :-
Masak gula kabung dengan air sehingga gula kabung cair. Tapiskan. Bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, belacan dan udang kering dikisar halus. Masukkan bahan kisar ke dalam air gula dan masak sehingga pekat. Masukkan garam. Sejukkan.

Bahan-bahan lain :-
Daun kaduk
Bawang merah - potong dadu
Halia muda - potong dadu
Limau nipis - buang kulit, potong dadu
Cili padi - potong kecil
Udang kering - sangai
Kacang - digoreng

Cara makan ?
Letak semua bahan atas daun kaduk, letak sos, lipat dan makan... jangan gelojoh ! Makan slow2 je... Sedikit nasihat, jangan makan Mieng Kam ni macam makan nasik pulak, sat lagi perut berangin je... hahahah aku dah kena... mihmih

Selamat mencuba ye?
RESEPI MIENG KAM VERSI GOJESSS (HOMEMADE) RESEPI MIENG KAM VERSI GOJESSS (HOMEMADE) Reviewed by Tunsha Ayunie on December 03, 2014 Rating: 5

1 comment

  1. bebelit lidahku festime sebut menu nih..mieng kam? mcm best je

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.