Cuti-Cuti Cameron Highland Banglo Kilat TNB - Part 2 - Sessi Bergambar !

Assalamualaikum wbt,

So lepas kami lelepak di Al Manshoor Strawberry, kami terus gerak ke Banglo Kilat... abah terlajak jalan sebab signboard sangatlah kecik... lepas tu seberang jalan... pelagi... patah balik ler kan... hiks

Dah sampai... mata lebih attract dengan bunga-bunga dan taman permainan kat situ.. time ni tak rasa sejuk sangat... sesuam sejuk lepas hujan gittew.... lepas tu aku start bising kat mama... "tak sejuk pun??... dah la kipas ke aircond ke takde...." Mama cakap... "nanti sejuk lettew..."


Kami sampai dalam pukul 3.30pm.. suasana yang redup dan tidak begitu cerah... inilah banglo kilat TNB... Aku snap gambar dari taman permainan... cantik kan pemandangan walaupun berdekatan hutan?? Kalau yuolsss nak tahu, kami sewa kat sini.. RM5 je satu malam... RM5 !! hewhew..

Actually masuk je dalam banglo, aku dah rasa lain.. tapi "benda ghaib" tu main cak2 je dengan aku... budak kecik comey je.... tapi tak mengganggu... Aku tido nyenyak cuma sakit kaki akibat sejuk sangat...

Teman adik2 yang dah besar tapi perasan baby2 lagi...

Duduk dekat sini, aku jadi bibik kepada Princess Arissa... hahahaha dia asyik panggil... "bonda! bonda! bonda! tolong buaikan..." hentam je la labu... time ni la nak merasa jadi mak2... kalau berdua je dengan tuan suami maka jadi baby2 je... hohoho



Setiap bilik mandi mesti ada bath tab dan kelengkapan water heater.. cuma dibilik aku dan tuan suami, water heater kami tak berfungsi... maka mandi lah guna air paip yang sejuk bagai nak gila... dah mandi tu masing2 lah kejang....



Ini master-room sebenarnya... sepatutnya maklong paklong yang amik bilik ni... atau mama dengan abah... tapi depa kasik kami lakibini bilik ni... kasik kami feeling2 honeymoon... baik kan paklong maklong & mama abah?? alhamdulillah... merasa lah fefeeling honeymoon gittew... cuma bilik air je tak memuaskan... sobs ~



Ini bilik paklong, maklong, kaklong dengan 3 orang anak-anak dia... agak besar jugak katil dia sebenarnya... masa aku tengok.. kemain teruja lagi tau... terbayang kalau banglo tu milik sendiri... eceh berangan je la kau mampu ~



Bilik mama dengan abah... adik2 semua tido dekat hall... gambar hall tak sempat plak nak snap... kira macam kasik chance abah mama honeymoon jugak laa kan... haaa ! bilik mama dengan abah ni... sampai ke bilik mandi berfungsi dengan baik....

Petang tu ikut mama beli barang sikit... quite expensive jugak barang2 kat Cameron ye... macam beg.. baju... kasut.... then balik dah dekat maghrib... amikkkoooo.... sejuk mulai terjah ke tulang2.... pagi esok tu pulak hujan... memang membeku jugak lah aku dengan tuan suami... sweater tak bawak... bajet kulit kebal sangat... haha !



Cakkk !!

Tayang muka sketttt.... oklah... part 2 dah siap... thanks sebab sudi baca... saja aku nak kongsi kisah pengembaraan lah sangat ni... hoho

See ya !
Cuti-Cuti Cameron Highland Banglo Kilat TNB - Part 2 - Sessi Bergambar ! Cuti-Cuti Cameron Highland Banglo Kilat TNB - Part 2 - Sessi Bergambar ! Reviewed by Tunsha Ayunie on December 20, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.