Berapa Sangatlah Nilai Duit Syiling Tu....

Sedih bila tengok syiling bersepah seolah tidak berharga... teringat peminta sedekah merangkap mengemis yang mencari sesen untuk koleksi supaya boleh mengisi perut... betapa berharganya syiling itu bagi mereka yang susah, dan betapa "sampah"nya syiling tu pada mereka yang senang menghitung wang kertas..


Ini adalah koleksi syiling yang sentiasa Tokis dan Tuca kutip kat rumah in-law awali kami tinggal di sini... Tokis kumpul dalam gelas... banyak kan?

Masa kami tinggal kat Selayang berdua, kehidupan Tuca dengan Tokis sangat susah sampai perlu menggadaikan henpon dan cincin kawin... Tuca tak kisah sebab ini pilihan Tuca untuk susah senang dengan Tokis... 

Suatu masa kami tak ada duit langsung.... mujur Tokis ada simpan syiling... bila kira2 dapatlah dalam RM6... dengan duit tu kami makan roti canai dengan teh tarik je....

Bagi Tuca... berapa sen pun nilai matawang tu... tetap berharga... sebab syiling lah kami berdua dapat makan roti canai time tu... kalau tak, perut tak terisi la gamaknya.. hihi

Cheers,
Tuca.
Berapa Sangatlah Nilai Duit Syiling Tu.... Berapa Sangatlah Nilai Duit Syiling Tu.... Reviewed by Tunsha Ayunie on December 23, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.