Terima Kasih Dato' Seri....


Tak apa lah dato' seri,
dato' seri duduk rumah bil elektrik,
bil berjuta-juta dapat free,
biar kami merasa tarif elektrik yang semakin tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri pakai kereta perdana versi baru,
biar kami hutang kereta sampai mati..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri makan & minum mewah-mewah,
biar kami minum air tanpa gula..

**********************************************

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri boleh pakai driver,
biar kami naik LRT harga tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
dato' seri naik kapal terbang free,
biar kami masuk highway harga tol yang tinggi..

Tak apa lah dato' seri,
kami semua berkorban untuk dato' seri
sebab kami yakin kalau tiada parti dato' seri
semua bangsa akan MATI!!!

Terima Kasih dato' seri..

*********************************************

Tak apa lah dato seri....
PRU karang pangkah BN jugak.
Umpama timun hendaknya
Melanggar kami terluka, Dilanggar kami cedera..
Tapi itulah nasib kami yang hina.

Tanpa elaun seperti menteri..
Makan bayar sendiri, Kereta pandu sendiri, 
Minyak isi sendiri, Jalan sesak kami hadap setiap hari..

Mudah pula tuan berkata,
"Jangan makan bila ayam naik harga,
Jangan minum manis bila naik harga gula,
Jangan guna jalan jika tol naik berganda,
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia."

*****************************************************

Kami umpama kain basahan Tuan perah habis-habisan,
Akhirnya kami kekeringan, Merana kami tuan kesenangan,
Duit sejemput kami diperas hingga rabak,
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak,
Diusul kami tuan amuk sampai koyak,
Kami senyum lihat tuan makin menggalak..

Tak mengapalah tuan
Kami terima segala ketentuan
Cuma ingat pesan Tuhan, Setiap perkara ada balasan
Nasib tuan belum ketahuan..

Tuan jangan lupa, Kami manusia biasa,
Sabar kami ada tahapnya,
Luka kecil boleh menjadi nanah juga..
Jangan sampai menjadi barah pula

*************************************************

Cukuplah tuan menyeksa,
Cukuplah tuan buat kami merana,
Kuasa tuan dari kami,
Naiknya tuan dari kami,
Jatuhnya tuan juga dari kami...

********************************

Luahan ini hanya copypaste yang waolsss baca dari Facebook... dan memang setuju... sambil baca ni sedih jugak... sampai bila nak hidup di bawah kepimpinan kuku besi...?? hurm.. takpelah Dato' Seri.. Ana redha...

Cheers,
Tunsha
Terima Kasih Dato' Seri.... Terima Kasih Dato' Seri.... Reviewed by Tunsha Ayunie on November 23, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.